Louisa Chong Teringat Kuah Lodeh Masakan Ibu Mentua Sedap Sampai Dihirup
Dah menonton rancangan Nostalgia Ramadan semalam, menarik bukan. Sebenarnya bila dapat tahu Chef Wan akan memasak menu Sayur Lodeh Johor, Louisa Alissa Chong Abdullah atau Louisa Chong cukup teruja menantikan juadah yang selalu dimasak ibu mentuanya dari Johor.
Setiap kali puasa dan Hari Raya, ibu mentuanya memasak seperiuk besar kerana tahu anak menantunya Louisa cukup suka dengan hidangan ini.
Mendirikan rumah tangga dengan Hamid Samad, masakan Melayu memang sudah sebati dengan diri Louisa. Apa tidaknya neneknya berketurunan baba nyonya Melaka yang sajiannya banyak menyamai masakan Melayu.
Selain Louisa ibu saudaranya juga juga berkahwin dengan orang Melayu seperti dirinya. Jadi amalan berbuka puasa memang cukup difahami dan dihormati dalam keluarga Louisa.
Setiap kali balik beraya ke kediaman keluarga mentua pula, hidangan Sayur Lodeh Johor akan disajikan. “Kalau mak mentua yang masak kuah ni , percaya tak saya boleh makan segala sayurnya dan boleh mengadap tiga mangkuk sekali makan. Kuah lodeh tu saya hirup macam minum air,” ujarnya tertawa kecil.
Buat Louisa kedatangan Ramadan ditunggu dengan cukup teruja. “Bagi saya berpuasa taklah susah sangat. Macam hari biasa aje, cuma kita bersarapan awal pagi dengan bersahur. Banyak kebaikan berpuasa ni salah satunya saya dapat juga berdiet cara sihat,” ceritanya yang juga memenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama Cina terbitan Media Prima yang berlangsung di China, peringkat Asia baru-baru ini.
Bagi sesiapa yang nak ‘refresh’ memori atau tercicir mencatat resipi semalam, ni dia 2 resipinya Sayur Lodeh dan kuih Bingka Ubi.
SAYUR LODEH
BAHAN-BAHAN :
1 liter santan cair300gm udang basar | dibersihkanBahan dikisar halus :
10 biji bawang merah2 batang serai1sm halia1sm lengkuas8 biji buah keras10 tangkai cili merah | dibuang biji1sm kunyit hidup1 sudu makan serbuk ketumbar2 sudu makan belacan | dibakar4 ulas bawang putih60gm udang keringBahan sayur-sayuran :
10 batang kacang panjang | dipotong panjang 5sm3 keping tauhu | digoreng dan dipotong besar4 keping tempe | digoreng dan dipotong besar1 batang terung | dipotong 5sm panjang150gm kubis½ biji sengkuang | dipotong memanjang30gm soo hoon | dicelur4 helai daun salam2 helai daun limau purutCARA MEMASAK :
Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus hingga naik bau.Masukkan santan cair dan sayur-sayuran, biarkan sehingga semua sayuran masak.Selepas 10 minit masukkan udang basah. Sajian sedia dihidang.KUIH BINGKA UBI
BAHAN-BAHAN :
4 cawan ubi kayu parut2 cawan santan pekat1 cawan gula merah1/2 cawan gula pasir3/4 sudu teh garamCARA MEMASAK:
Hancurkan gula merah dengan santan dan tapis.Masukkan ubi, gula pasir dan garam. Gaul sebati.Tuang adunan ke dalam loyang saiz 8 1/2″ atau 9″ yang telah dilengser minyak di permukaan dan di bahagian tepinya.Bakar hingga masak. Jika guna ketuhar, masak menggunakan suhu 200C selama 45-50 minit atau sehingga masak.Untuk pastikan bingka masak atau tidak, cucuk menggunakan lidi. Jika tidak melekat, itu menandakan bingka telah masak.Angkat dan potong bila dah sejukJANGAN LUPA TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN ESOK BERSAMA ELFIRA ROY.
Artis lain yang memeriahkan lagi rancangan ini ialah Erra Fazira, Amy Mastura, Ummi Aida, Siti Nordiana, Amelina, Sharifah Shahira, Amelina, Aaron Aziz, Azira De Fam, Abam Bochey , Noorkumalasari, Serina Chef Wan, Kak Engku dan lain-lain lagi.
Ingat tau jam 5 petang, Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan ini dalam Rasa Nostalgia Ramadan di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima HD 121.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/05/louisa-chong-teringat-kuah-lodeh.html