Lotus S Malaysia Buka Cawangan Baharu Di Bandar Indera Mahkota Pahang


LOTUS'S MALAYSIA BUKA CAWANGAN BAHARU DI BANDAR INDERA MAHKOTA PAHANG | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini pada 15 Jun 2023, Khamis Ruby ke Lotus's Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Kebetulan balik kampung di Kuantan, kami singgah ke Lotus's seawal 8 pagi. Parking kawasan Lotus's ni memang banyak. 
Buat pengunjung yang datang awal, Lotus's Bandar Indera Mahkota belanja Nasi Lemak dan Teh Tarik untuk 200 pengunjung. Medan Selera di Lotus's juga selesa. Banyak kerusi meja disediakan. Memang terbaik

Sebenarnya Ruby datang ke pembukaan Lotus's ni ada misi. Misi untuk mendapatkan Ayam seekor pada harga RM 1! Murah betul! Kan? Tahniah Lotus's Malaysia untuk cawangan pertama di negeri Pahang! Lotus's Bandar Indera Mahkota mula beroperasi 8 pagi hingga 10 malam. 
LOTUS'S MALAYSIA BUKA CAWANGAN BAHARU DI BANDAR INDERA MAHKOTA PAHANG

Lotus’s Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) telah meluaskan kehadirannya ke Bandar Indera Makhota, Pahang dengan stor baharunya. Yang pertama di negeri ini, ruang stor dan pusat beli-belah satu tingkat itu berkeluasan sekitar 10,000 meter persegi dan terletak secara strategik di Jalan Sungai Lembing, iaitu jalan utama yang menghubungkan Bandar Indera Makhota ke Bandar Kuantan

Stor dibuka secara rasmi hari ini dan telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Muhamad Radzi Johari, Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Pahang Darul Makmur dan diiringi Kenneth Chuah, Presiden Lotus’s Malaysia serta barisan Kepimpinan Lotus’s


“Dengan susun atur stor dan reka bentuk terbaharu kami, serta pelbagai pilihan menarik, kami pasti, stor baharu ini akan memberikan kemudahan, nilai dan kualiti sebagai pengalaman membeli-belah setempat untuk pelanggan kami di Kuantan”, kata Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah

Format stor baharu menawarkan pilihan yang comprehensive untuk produk segar, barangan runcit, bakeri, barangan rumah dan elektrik serta alat tulis, pakaian dan banyak lagi. 

Untuk pengalaman gastronomi, medan seleranya menawarkan enam gerai makanan seperti masakan Malaysia, Thai dan barat serta satu kaunter minuman. 
Selain 24 penyewa utama, Pandu Lalu Coffee Bean & Tea Leaf, Watsons dan UR by Switch untuk peminat jenama Apple turut kini boleh didapati di Lotus’s Indera Makhota

Pelanggan juga akan mendapat kemudahan menggunakan aplikasi Lotus's Scan & Shop untuk kawalan yang lebih baik terhadap belanjawan beli-belah dan pengalaman daftar keluar yang lebih pantas dengan empat kaunter Self-Checkout. 
Mereka juga akan memperoleh mata My Lotus’s untuk pembelian yang dibuat di stor atau dalam talian, dan boleh ditebus untuk ganjaran dan penjimatan yang lebih besar dengan program keahlian My Lotus’s yang PERCUMA. 
Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan Lotus's Pick-Up dan Lotus's On Demand dalam aplikasi Lotus's Malaysia. 
Tambahan pula, mereka juga akan menikmati potongan sebanyak RM5 dari bayaran penghantaran tanpa perbelanjaan minimum dengan Lotus’s Malaysia untuk penggunaan foodpanda. Rancangan untuk bekerjasama dengan Grab juga sedang diusahakan

Antara aktiviti-akitiviti menarik untuk pelanggan dari 15 hingga 18 Jun termasuk:

✅️ Baucar Ganda-Ganda untuk ahli My Lotus’s✅️ Beg cenderahati bernilai RM20 dengan perbelanjaan minimum RM50✅️ Belanja dan Menang dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit✅️ Sampel Jenama Barangan Lotus’s dan gula-gula kapas PERCUMA✅️ Kios foto

Turut ditawarkan adalah 50 mata My Lotus’s untuk setiap pembelian setiap bulan dengan perbelanjaan bulanan minimum sebanyak RM50 dalam setiap transaksi dengan penggunaan E-dompet TrueMoney dan 100 mata tambahan My Lotus’s untuk ahli My Lotus’s yang memuat turun dan mendaftar aplikasi TrueMoney sehingga Disember 2023


Stor baharu ini juga membawa masuk kira-kira 90 peluang pekerjaan baharu ke Bandar Indera Makhota dan merupakan lokasi stor Lotus’s Malaysia yang ke-66 di seluruh Semenanjung Malaysia

PROGRAM DERMA MAKANAN PERDANA LOTUS'S MALAYSIA
Komited untuk mengubah cabaran industri seperti pembuangan makanan kepada peluang untuk impak sosial, Lotus’s Indera Makhota akan mengelakkan lebihan makanan yang tidak terjual dan selamat dimakan dari hinggap di tapak pelupusan dengan menyalurkannya ke dalam Program Derma Makanan Perdana Lotus’s Malaysia. 

Program ini menyalurkan lebihan makanan yang selamat dimakan setiap hari kepada keluarga yang kekurangan sumber dan kurang berkemampuan melalui kerjasama dengan rakan kongsi amal, Kechara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation. 
Sejak tahun 2018, Lotus’s Malaysia telah berjaya mengelakkan dari 2.4 juta kilogram lebihan makanan hinggap di tapak pelupusan sampah, menukarkannya kepada 10.4 juta hidangan makanan, serta merta memberikan lebih 120,000 keluarga akses kepada nutrisi

MENGENAI LOTUS'S MALAYSIA 
Lotuss Stores Malaysia Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia), adalah ahli Charoen Pokphand Group Co., Ltd (Kumpulan C.P.) sejak Disember 2020. Kumpulan C.P adalah konglomerat multinasional, yang beroperasi di pelbagai industri mulai dari sektor pertanian, industri hingga sektor perkhidmatan. Kumpulan C.P kini mempunyai pelaburan di 21 negara dan ekonomi

Setelah memperoleh perniagaan Tesco Malaysia pada bulan Disember 2020, Lotus's Malaysia kini mengendalikan operasi Tesco sedia ada yang merangkumi penggajian lebih 9,000 pekerja di satu ibu pejabat, dua pusat pengedaran, dan 66 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. 
Lotus’s juga mempunyai rangkaian membeli-belah barangan runcit dalam talian yang paling luas di Malaysia dengan lebih dari 100 trak penghantaran dan operasi di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Negeri Sembilan, dan Ipoh. 
Sebagai bukti kerja yang telah dilakukannya dalam menceriakan pelanggan setiap hari, Lotus’s telah dianugerahkan Anugerah Peruncit Asing Terbaik dan Kedai Harga Patut 2020 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada November 2021

Lotus’s juga telah dianugerahkan dengan Anugerah Majikan Prihatin pada 2021 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai usaha kelestarian kami, lawati https://corp.lotuss.com.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/06/lotuss-malaysia-buka-cawangan-baharu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Penipuan Baharu Dalam Talian Dan Telefon Yang Kerap Berlaku Di Malaysia

9 Penipuan Baharu Dalam Talian Dan Telefon Yang Kerap Berlaku Di Malaysia

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 226 hits
AssalamualaikumBismillahBerhati hati dengan penipuan dalam talian Laporan penipuan dan jenayah siber semakin meningkat dan pelaku mencari cara baharu untuk mengambil kesempatan ke atas orang biasa Untuk melindungi diri anda belajar cara men...
Sydney Bandar Impian Pelancong Malaysia

Sydney Bandar Impian Pelancong Malaysia

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 202 hits
Sydney adalah bandar impian bagi ramai pelancong Malaysia yang ingin menikmati keindahan dan kepelbagaian Australia Dengan iklim yang menyenangkan pantai yang cantik tarikan yang menarik dan makanan halal yang mudah didapati Sydney adalah d...
Ladang Limau Langkap Madu Di Kebun Limau Cameron Highlands Pahang Malaysia

Ladang Limau Langkap Madu Di Kebun Limau Cameron Highlands Pahang Malaysia

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 185 hits
Bahagia dan Gembira boleh dicari bila bila masa asal kita ikhtiar untuk mencapainya dengan bersungguh sungguh Ikut cara kita Korang pernah dengar tak di cameron highlands ada kebun limau Ingatkan di Cameron ada strawberry ja buah lain tu ba...
Selepas 30 Tahun Kini Dewan Persatuan Badminton Pahang Berwajah Baharu

Selepas 30 Tahun Kini Dewan Persatuan Badminton Pahang Berwajah Baharu

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 200 hits
KUANTAN Selepas lebih 30 tahun Dewan Persatuan Badminton Pahang di Indera Mahkota di sini kini berwajah baharu setelah kerja menukar karpet dan lampu di situ siap sepenuhnya pada 31 Mei lalu Presiden Persatuan Badminton Pahang Tengku Aidy A...
Malaysia Indonesia Selesai Isu Berlarutan 18 Tahun

Malaysia Indonesia Selesai Isu Berlarutan 18 Tahun

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 190 hits
Hubungan akrab antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo serta pegawai pegawai kerajaan telah menyaksikan beberapa isu berlarutan sekian lama berjaya diselesaikan dalam rundingan Pada sidang media be...
Malaysia Terima Pelaburan Australia Rm3 Bilion

Malaysia Terima Pelaburan Australia Rm3 Bilion

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 117 hits
Malaysia dijangka akan menjadi pusat data utama di rantau Asia Tenggara apabila menerima pelaburan dari syarikat Australia NEXTDC yang menjadikan Kuala Lumpur atau KL1 sebagai pusat pengoperasian pentingnya Menteri Komunikasi dan Digital Ah...
Malaysia Will Go To The Dogs If Govt Fails To Bring Change Anwar

Malaysia Will Go To The Dogs If Govt Fails To Bring Change Anwar

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 242 hits
Malaysia will go to the dogs if there are no measures taken by the government to bring change Prime Minister Anwar Ibrahim said In an interview with Al Jazeera English s 101 East programme Anwar said parties in the coalition government subs...
Falling Trees Reveal Nation S Rotting Roots

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Why The Us Can T Win The Trade War With China And Shouldn T Try

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Hukum Baca Quran Dan Berzikir Tanpa Wuduk

Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

Khai Bahar Bawa Hatiku Bersama Kamu Chord



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Mitarashi Dango