Selepas 30 Tahun Kini Dewan Persatuan Badminton Pahang Berwajah Baharu


KUANTAN: Selepas lebih 30 tahun, Dewan Persatuan Badminton Pahang di Indera Mahkota di sini kini berwajah baharu setelah kerja menukar karpet dan lampu di situ siap sepenuhnya pada 31 Mei lalu.
Presiden Persatuan Badminton Pahang, Tengku Aidy Ahmad Shah Tengku Kamil Ismail berkata, di dewan badminton itu, terdapat enam gelanggang dan ini pertama kali penukaran karpet baharu yang lebih selesa dan berkualiti tinggi dibuat.
“Begitu juga lampu, sebelum ini gelanggang ini memakai lampu tiang sejak ia dibuka. Kini kita sudah naik taraf, tiada lagi lampu tiang dan gangguan pendawaian seperti mana sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dewan baharu sempena Kejohanan Badminton Affin-100Plus Junior Elite Tour (Sirkit Kedua)-Kumpulan A di Dewan Badminton Pahang di sini semalam.
Tengku Aidy Ahmad Shah berkata, wajah baharu Dewan Badminton Pahang merupakan antara usaha persatuan dan beliau selaku presiden bagi mencapai misi dan matlamat untuk mengangkat keunggulan skuad badminton negeri ini.
“Matlamat saya dan persatuan untuk melahirkan lebih ramai pemain yang bukan sahaja bertaraf kebangsaan malah antarabangsa,” katanya.
Mengulas Kejohanan Badminton Affin-100Plus Junior Elite Tour (Sirkit Kedua)-Kumpulan A, beliau berkata, seramai 250 peserta menyertainya dari lima negeri iaitu Pahang, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Melaka.
Katanya, kejohanan lima hari berakhir semalam ini merupakan sirkit kedua bagi mengumpul mata memasuki pertandingan akhir yang dijadualkan di Kuala Lumpur, bulan hadapan.
“Pada kejohanan sirkit kedua ini, setiap pemenang hanya menerima medal kerana kejohanan ini selepas sirkit pertama di Melaka bulan lalu bertujuan mengumpul mata bagi melayakkan diri ke grand final.
“Ketika grand final di Kuala Lumpur nanti baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menyediakan hadiah berupa wang tunai,” katanya.
Beliau berkata, pada kejohanan sirkit kedua itu, pemain dari Selangor mendominasi perlawanan apabila menang lima pingat emas, Melaka (tiga emas) dan masing-masing dua emas buat Pahang dan Perak.
“Pemain perseorangan Pahang 14 tahun, Marcus Hang Yug Hwei yang mendapat johan kali ini merupakan juara perseorangan lelaki 12 tahun di Grand Prix Final (Juara 12 Tahun Malaysia) di Kuala Lumpur tahun lalu.
“Tahun ini, dia naik ke usia 14 tahun dan muncul juara sirkit kedua Kejohanan Badminton Affin-100Plus Junior Elite Tour di negeri ini. Ini merupakan kebanggaan buat negeri ini dan persatuan menerusi pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaam (SMJK) Tanah Putih, Kuantan tersebut,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.pahangdaily.net/2023/06/selepas-lebih-30-tahun-dewan-persatuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nuviton Senjata Rahsia Untuk Lelaki Mencari Stamina Ditingkatkan Selepas 30 Tahun

Nuviton Senjata Rahsia Untuk Lelaki Mencari Stamina Ditingkatkan Selepas 30 Tahun

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 177 hits
Adakah anda seorang lelaki yang mengalami penurunan stamina selepas umur 30 tahun Jika ya jangan risau Anda berada di tempat yang betul Dalam artikel ini kami akan meneroka senjata rahsia yang boleh membantu meningkatkan stamina anda selepa...
Selepas 66 Tahun Merdeka Rakyat Terbanyak Akan Terus Niaga Tepi Jalan Dan Tepi Longkang Pandailah Engkau

Selepas 66 Tahun Merdeka Rakyat Terbanyak Akan Terus Niaga Tepi Jalan Dan Tepi Longkang Pandailah Engkau

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 214 hits
seru kerajaan negeri tingkat usaha naik taraf warung geraiperlu membangun kemudahan itumenyumbang pendapatan rakyat terbanyakperancangan jelas menaik taraf mengindahkan gerai warung seluruh negarausaha membangun kemudahan rakyat terbanyakwa...
Dapur Gas Baru Selepas 14 Tahun

Dapur Gas Baru Selepas 14 Tahun

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 228 hits
Dapur Gas Baru Selepas 14 Tahun Hadiah dari En suami sebab rajin masuk dapur agaknya Hehe dapus gas lama masih elok tetapi sebab dah bosan maka tukar la baru Baru bersemangat nak masak untuk family kan Dapur gas yang lama tu dari jenama Mor...
Gila Ke Apa Giliran Haji Kini Cecah 148 Tahun

Gila Ke Apa Giliran Haji Kini Cecah 148 Tahun

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 380 hits
Kamarul Irwan Alias BernamaTempoh giliran menunggu umat Islam di Malaysia untuk menunaikan haji kini mencecah 148 tahun menurut Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman Beliau berkata pada masa ini lebih 3...
Saya Tiada Apa Apa Berusia 28 Tahun Kini Lee Dohyun Dedah Ingin Jadi Tua Lebih Cepat

Saya Tiada Apa Apa Berusia 28 Tahun Kini Lee Dohyun Dedah Ingin Jadi Tua Lebih Cepat

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 233 hits
Debut pada tahun 2017 Lee Do hyun tidak dinafikan merupakan salah seorang pelakon yang sedang meningkat naik kini ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Lee Do hyun telah terlibat dengan satu temu bual susulan tamatnya drama The Good Bad Mother Ke...
Tular Lelaki Usia 50 Tahun Mengamuk Tidak Dipanggil Baby Kini Sudah Ditahan Polis

Tular Lelaki Usia 50 Tahun Mengamuk Tidak Dipanggil Baby Kini Sudah Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 180 hits
LELAKI yang tular mengamuk di sebuah restoran akibat tidak dipanggil baby dan ayang oleh pelayan restoran sudah diberkas pihak polis di sebuah premis di Jalan Samudera utara 2 Taman Samudera 68 Batu Caves Selangor awal pagi tadi Ketua Polis...
Masjid Berusia 120 Tahun Tiba Tiba Muncul Semula Selepas 30 Tahun Hilang

Masjid Berusia 120 Tahun Tiba Tiba Muncul Semula Selepas 30 Tahun Hilang

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 206 hits
Masjid berusia 120 tahun tiba tiba muncul semula selepas 30 tahun 8216 hilang 8217 Sebuah masjid yang dipercayai tenggelam tiga dekad yang lalu dilaporkan muncul semula akibat kesan kemarau dan air yang semakin surut di Empangan Phulwaria d...
Kewpie Turns 100 And It S A Celebration Worth Squeezing Into

Nasihat Buat Rafizi Dan Nik Nazmi

Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam Di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Choosing The Right Oem Company In Malaysia For Your Brand S Growth

Supermono Supreme Xtr Pepo Customizes The Royal Enfield Guerrilla 450

Follow Up Di Kpj Seremban

Tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 2025

Bts We Are Back


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

The Ayatollahs Bluffing Is Falling Apart

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam