Lost Paradise Percutian Mengujakan Bersama Keluarga


 
Untuk Edisi percutian bersama keluarga, AlongMurni (AM) telah bercuti bersama emak dan adik AM selama 2 hari 1 malam. Kebetulan AM berada di Pulau Pinang atas urusan kerja dan ingin meluangkan masa bersama emak. Kali ini AM memilih untuk menginap di Lost Paradise yang sememangnya terkenal dengan keunikan karya seni dalam setiap pembuatan berinspirasikan Thai dan hasil tangan marmar eksotik dari India.
LOST PARADISE PERCUTIAN MENGUJAKAN BERSAMA KELUARGA Perjalanan dari rumah emak di Bukit Mertajam ke Lost Paradise mengambil masa kira-kira 1 jam 20 minit. Emak AM la paling teruja nak datang ke Lost Paradise ini. Sepanjang emak AM tinggal di Pulau Pinang, emak AM tidak pernah pun sampai ke Lost Paradise. 
Katanya ‘asyik dengar kawan-kawan mak dok cerita tempat ini best’. Jadi bila beritahu nak bawa emak ke Lost Paradise kecoh habis group wasapp mak roger yang AM bawa emak ke sini.
Setibanya di Lost Paradise, AM begitu kagum dengan senibina karya seni yang berinspirasikan Thai Bali dan hasil tangan marmar eksotik dari India. Memukau pandangan sesuai dengan namanya Lost Paradise. Menariknya adalah Lost Paradise menghadap dan berada di bahagian Laut Andaman.

AM dapat lihat kawasan sekitar dihiasi dengan bunga orkid dan bunga Bougainvillea. Tak sabar rasanya AM nak tengok dekorasi di dalam bilik.

PENGINAPAN DI GRAND FAMILY SUITE – OMBAK AM memilih di Grand Family Suite. Terdapat 4 jenis Grand Family Suite iaitu Ombak, Subuh, Senja dan Sejarah. Nama-nama ini dipilih dengan teliti untuk mencerminkan unsur alam semula jadi - Ombak, fajar, senja dan sejarah. AM telah menginap di Ombak.

Patutlah dikategorikan sebagai ‘Grand’ kerana sememangnya perabot kayu yang cantik direka dan diletak di dalam ruangan bilik. Siap ada Bath Tub di bilik air. Paling best bila buka sahaja pintu bilik ada kolam mandi persendirian yang khas untuk penginap di Grand Family Suite Ombak ini. Emak AM la paling teruja sebab buka pintu bilik boleh terus terjun ke kolam mandi.



Setiap Grand Family Suite dilengkapi dengan satu katil king dan dua katil single. Kemudahan termasuk tab mandi, peralatan mandian, TV, wifi, penghawa dingin dikawal secara individu, saterika dan air mineral botol percuma.

3 JENIS KOLAM BUATAN TANGAN

Lost Paradise mempunyai dua kolam infiniti eksotik, kedua-duanya unik dengan cara tersendiri, kedua-duanya menghadap ke Laut Andaman.

VOLCANIC ROCK POOL 

Kolam ini diperbuat daripada batu gunung berapi yang diimport dari Bali. Jadi sangat bagus dan berkhasiat untuk dijadikan mandian secarav perubatan. Ianya punyai ciri-ciri tersendiri batuan gunung berapi; kelabu abu apabila kering, jubin bertukar menjadi hitam tengah malam apabila terkena air.

Kolam ini benar-benar kolam hutan semula jadi kerana dikelilingi oleh pokok kelapa dan kurma, pokok pisang, bunga kemboja. Semestinya memberi ketenangan dan santai ketika mandi dan berjemur di sini.

MOROCCAN POOL  Kolam ini direka bentuk unik ini terdiri daripada jubin yang diterbangkan dari Maghribi. Uniknya adalah pool ini dikelilingi oleh sejumlah besar tumbuhan dan bunga tropika yang subur.

Dalam cahaya matahari petang, jubin Morrocon pool ini seolah-olah hidup kerana kristal pemantul memancarkan pancaran cahaya bercahaya melalui air yang jernih.

KIDS POOL               Kolam mandian kanak-kanak pastinya menyeronokkan kerana direka siap dengan gelungsor. Sambil mandi sambil bermain semestinya riuh dibuatnya dengan gelak tawa mereka. Kolam ini terletak betul-betul bersebelahan Volcanic Rock Pool.

FLOATING GARDENS AM sangat kagum dengan pintu 'Gebyok' buatan tangan yang diimport dari Jawa Timur yang mengelilingi taman. Memang rasa tenang bila dengar bunyi deruan ombak laut dan tiupan angin laut. 

Di sini juga terdapat kawasan taman permainan untuk kanak-kanak dan akuarium ikan. Boleh la tenangkan diri berjalan-jalan di kawasan sekitar Floating Garden ini.

KAWASAN SEKITAR BIRU-BIRU ON THE ISLAND

Terdapat Café Biru-Biru on The Island di dalam Lost Paradise ini. Makanan yang disajikan benar-benar sedap dan lain dari yang lain. Lokasi yang sangat menarik untuk menjamu selera sambil menghadap laut dan dekorasi indah. 


Antara menu menarik yang cuba adalah:

💥Nasi Lemak Ayam Berempah: 
Mak AM sangat sukakan rasa Nasi Lemak Ayam Berempah. Rangup diluar tetapi Juicy di dalam. Aroma nasi lemaknya pun sangat wangi dan enak dimakan bersama sambal isitmewa.

💥Squid Ink Tomyum Pasta: 
Walaupun pertama kali mencuba, rasanya memang sedap, berlemak dan AM memang sarankan untuk mencuba. Patutlah menu ini menjadi pilihan pengunjung yang datang ke sini.

💥Rempah Chicken Burger: 
Chicken Burger ini memang lain dari yang lain kerana homemade daging patty yang ada paduan rasa rempah dan uniknya terdapat gabungan bunga kantan di dalam patty.

💥Air Blue Lagoon dan Air Yuzu Fizz.

MASJID TERAPUNG @ TANJUNG BUNGAH Masjid Terapung Tanjung Bungah yang terletak 300-meter dari Lost Paradise. AM tertarik dengan reka bentuk bangunan yang menggabungkan seni bina tempatan dan pengaruh dari Turki. Masjid ini telah dibuka sejak tahun 2007. Masjid ini seakan-akan berada di kawasan pantai ketika air surut dan seolah-olah terapung apabila air pasang.

Reka bentuk bangunan masjid menggabungkan seni bina tempatan dan pengaruh dari Turki. Kubah berbentuk aerodinamik sesuai dengan persekitaran lautan selain menara azan setinggi tujuh tingkat dihiasi ukiran kayu jati serta seni khat kaligrafi Indonesia turut menjadi mercu tanda masjid.

Lantai mozek dan seramik berwarna warni memberi pencahayaan lebih menarik kepada masjid dua tingkat itu yang dicantikkan lagi dengan pagar tembok bercorak bunga matahari di sekeliling serta pintu hadapan masjid.

Dengan berkeluasan masjid 1,295-meter persegi, masjid ini telah dirasmikan pada 16 Mac 2007 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

KATA ALONGMURNI Dekorasi dan seni bina perabot dalaman dan kawasan sekitar Lost Paradise benar-benar mengagumkan. AM sangat sarankan bagi yang datang bercuti ke Pulau Pinang untuk menginap di Lost paradise. Memang puas hati dan tenang bila berada di sini.

LOST PARADISE RESORT

[email protected]

260 Jalan Batu Ferringhi | Tanjung Bungah | Penang, Malaysia

+6048904800, +6042955809

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2024/01/lost-paradise-percutian-mengujakan-bersama-keluarga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Resort Di Melaka Yang Menarik Untuk Percutian Keluarga Istimewa

9 Resort Di Melaka Yang Menarik Untuk Percutian Keluarga Istimewa

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 268 hits
Pemandangan Yang Menanti Anda Di Shah s Beach Resort Bandaraya beca Melaka yang terletak hanya dalam 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur merupakan sebuah negeri yang penuh dengan sejarah sehingga disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan...
Telefilem Keluarga Jj

Telefilem Keluarga Jj

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 260 hits
Tonton Telefilem Keluarga JJ bersiaran pada 15 Januari 2024 hari Isnin jam 9 00 malam di slot Drama On 2 TV2 dan secara online menerusi RTMKlik Telefilem ini pernah ditayangkan pada tahun 2021 karya Nuad Othman terbitan Geltan Consultancy S...
Amanah Temerloh Lancar Derma Kilat Bantu Keluarga Kehilangan Rumah Terbakar

Amanah Temerloh Lancar Derma Kilat Bantu Keluarga Kehilangan Rumah Terbakar

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 237 hits
AMANAH Temerloh melancarkan DERMA KILAT bagi membantu meringankan beban seorang ibu tunggal yang baru kehilangan rumah yang musnah akibat kebakaran pada 13 Januari baru baru ini Oleh itu AMANAH Temerloh mengalu alukan sumbangan semua Wang s...
Senarai Lokasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia

Senarai Lokasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 217 hits
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti merupakan sebuah pusat berperanan membantu para usahawan untuk mendigitalkan perniagaan dalam talian dan seterusnya menjana pendapatan Secara
Bekerja Vs Keluarga

Bekerja Vs Keluarga

papar berkaitan - pada 15/1/2024 - jumlah : 182 hits
Sambungan dari Sekiranya bertembung antara keluarga dan juga kerja yang mana kita nak korbankan Kenapa nak korbankan kerja Kerja Inilah yang kita dapat gaji takkan kita nak korbankan hasil yang kita dapat daripada pekerjaan itu Kenapa nak k...
Bantuan Pangan Untuk 3 583 000 Keluarga Di Jateng Mulai Disalurkan Secara Bertahap

Bantuan Pangan Untuk 3 583 000 Keluarga Di Jateng Mulai Disalurkan Secara Bertahap

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 113 hits
Pemerintah mulai menyalurkan bantuan pangan cadangan beras untuk periode Januari hingga Juni 2024
Carina Jenama Tisu Berkualiti Tinggi Untuk Seisi Keluarga

Carina Jenama Tisu Berkualiti Tinggi Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 165 hits
Buka je kotak terus happy Kotak keriangan kita dah sampai Yang lebih happy sebab ianya kaler Purple My Favourite Colour Benda benda macam Tisu Dapur Tisu Muka Kapas Muka Putik Kapas adalah antara benda wajib yg kena ada stok kat rumah Antar...
Abu Bakar Ba Asyir Dukung Amin Keluarga Beri Penjelasan

Abu Bakar Ba Asyir Dukung Amin Keluarga Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 150 hits
Abdul Rohim membenarkan bahwa video suara rekaman yang beredar di medsos adalah Ustaz Abu Bakar Ba asyir
Anwar Dan Wan Azizah Hadiri Pernikahan Keluarga Diraja Brunei

Anwar Dan Wan Azizah Hadiri Pernikahan Keluarga Diraja Brunei

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 184 hits
Saya dan Azizah hari ini menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana Istana Nurul Iman Bandar Seri Begawan Kami berdua amat berbesar hati menerima jemputan daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa