Lost 10kg Dengan Leedee Pineapple Dalam Masa 10 Hari Betul Ke


Musim Lockdown ni berat badan memang agak merisaukan bila kita work from home memang Cik iena yakin kita akan lebih kerap makan berbanding jika bekerja di pejabat. Tambahan lagi ada banyak aktiviti masak yang kita buat dirumah terutama yang sudah bekeluarga.
 


 
Bila dah kerap makan pastinya berat badan kita akan naik bukan? Dalam mengatasi masalah berat badan naik Cik iena tertarik dengan satu posting di instagram Leedee.hq yang menyatakan bahawa Leedee Pineapple dikatakan mampu menurunkan berat badan sebanyak 10KG dalam masa 10 hari dan untuk dapatkan kesan yang bagus lagi perlu diambil dengan Leedee Tox Peach.
 

View this post on Instagram A post shared by 𝐋𝐞𝐞𝐝𝐞𝐞 𝐎𝐟𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥 ® (@leedee.hq)


 
Serius sangat teruja nak test keberkesanan nya. Adakah kenyataan ini betul. Kalau betul memang melompat lompat lah berat turun dalam masa 10 hari kan. Maka dengan itu Cik iena pun Cuba lah 1 Kotak Leedee Pineapple dengan Leedee Tox Peach. Kedua dua kotak ini mengandungi jumlah sachet yang sama iaitu 10 sachet 1 kotak.
 
LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH 
Tapi sebelum Cik iena kongsikan Review Jujur pengambilan 10 sachet Leedee Pineapple dengan Leedee Tox Peach ni. Cik iena kongsikan terlebih dahulu tentang kedua dua produk istimewa ini.


 
PRODUK LEEDEE NI ADA KELULUSAN KE?

 LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH 
Ini pasti menjadi tanda tanya semua orang apabila nak amalkan apa apa supplements. Kita sememangnya tidak boleh ambil sembarangan supplements tanpa tahu tentang kelulusan produk tersebut. Supplements ni melibatkan kesihatan kita juga. Kalau tersalah ambil memang boleh memudaratkan kesihatan kita.
Orang kata kita perlu pentingkan kesihatan kita dahulu. Perlu kaji sejauh mana produk ini selamat untuk diamalkan.  Sebelum tu jom kenali apa itu Leedee.
 
APA ITU LEEDEE?Leedee merupakan produk keluaran NADD EMPIRE SDN BHD. Leedee adalah produk makanan tambahan berupa Serbuk Sachet dan telah 3 tahun di pasaran sejak 2018. Leedee Pineapple adalah makanan tambahan yang berasaskan Jus Nenas Brazil dan Manga Afrika sebagai bahan utama bersama campuran makanan Raspberry Ketone, Hoodia, Bitter Orange, dan fructose adalah gula yang dikenali sebagai gula buah kerana ia terdapat dalam banyak buah-buahan untuk pengurusan berat badan.
 
Jadi Leedee ni sama sepertimana jenama jenama diluar dan yang ada dekat drugstore dan farmasi. Cuma ianya tidak dijual di farmasi.


KENAPA LEEDEE TAK JUAL DI FARMASI?Mesti ada keraguan dihati kenapa tidak ada dijual difarmasi. Untuk pengetahuan, Leedee didaftarkan sebagai jualan online jadi ianya tidak termasuk ke  farmasi dan drugstore lain.Untuk dapatkan produk Leedee anda perlu melalui talian atau agen yang berdaftar.


JADI BAHAYA KE TIDAK LEEDEE NI?
Leedee merupakan satu jenama, dan bila sebut bahaya atau tidak orang lebih kaitkan dengan supplements / makanan tambahan yang dihasilkan bagi membantu orang-orang yang
mengalami masalah berat badan atau mempunyai masalah pembuangan.
 

LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH 

Leedee juga telah mendapat surat BKKM iaitu dibawah Pengkelasan Makanan dan bukan dibawah ubat-ubatan yang perlu didaftar dibawah ubatan. Selain daripada itu, Leedee juga telah mendapat kelulusan Ujian Makmal daripada Malaysia dan malah Singapura juga iaitu ALS dan menunjukkan Leedee terbukti bebas dari bahan terlarang Sibutramine.

Sebagaimana yang anda tahu, setiap makanan tambahan/supplements kategori berkaitan haruslah
melalui product registration di Malaysia. Berikut adalah certificate yang dikeluarkan terhadap produk Leedee.
 

Lampiran pengkelasan produk leedee
 


Laporan kelulusan Ujian Makmal


Laporan Ujian Makmal yang menyatakan bebas daripada sibutramine


Laporan Ujian Makmal ALS (SINGAPURA) yang menyatakan bebas daripada sibutramine





Haa sekarang dah tau Leedee selamat digunakan dan tidak merbahaya berdasarkan laporan laporan ujian makmal dan laporan pengkelasan produk leedee yanng dilampirkan diatas. Jadi Sekarang Cik iena nak cerita pula tentang Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach.




LEEDEE PINEAPPLELeedee Pineapple didatangkan dalam bentuk serbuk sachet dan ianya boleh damalkan dengan dua cara iaitu kemam atau minum bersama air. Leedee Pineapple dikatakan  mampu membakar Lemak 6 kali ganda  di bahagian Perut, Peha dan juga lengan Lengan.


LEEDEE PINEAPPLE 
Dengan produk ini anda tidak perlu bersenam bersungguh sungguh. Cukup sekadar 10-20 minit sehari sahaja. Anda juga tidak perlu berlapar kerana produk ini akan membuatkan perut anda berasa kenyang disamping dapat mengawal nafsu makan serta ianya dikatakan produk yang mampu meningkatkan metabolisma badan anda.
 
Selain berfungsi untuk menurunkan berat badan ianya juga berfungsi untuk mencantikkan kulit anda kerana ianya mengandungi Vitamin C. Kandungan Vitamin C dalam satu sachet adalah 200 mg.
 
6 BAHAN TERBAIK LEEDEE PINEAPPLE JUICE
1. NENAS

Membakar LemakKaya dgn Vit CMelawaskanMenghaluskan kulit wajahMencerahkan Kulit

2. GARCINIA

Meningkatkan TenagaMengurangkan Selera MakanMenstabilkan Mood
3. MANGGA AFRIKA

Meningkatkan MetabolismaMenukar Lemak ke TenagaMembakar LemakMelambatkan pembentukkan lemakPerut Rasa Kenyang
4. RASPBERRY KETONE

Meningkatkan MetabolismaMelambatkan Pembentukkan LemakMembakar LemakMengurangkan Selera MakanMeningkatkan Tenaga
5. HOODIA

Mengawal Selera MakanMembakar Lemak DegilMenukarkan Lemak ke TenagaBadan lebih Bertenaga
6.  FRUCTOSE

Gula Asli dalam buah-buahan

CARA PENGAMBILAN LEEDEE PINEAPPLE1 sachet pagi 30 min sebelum sarapan pagi.  Untuk anda yang ada gastrik disarankan untuk ambil
30 min selepas sarapan pagi Dan jangan lupa banyakkan minum air putih untuk mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak.
 
Harga Leedee Pineapple
Leedee Pineapple berharga RM89.00(sm) RM92(ss)

 
LEEDEE TOX PEACHLeedee Tox Peach merupakan produk  Melawaskan  tanpa sakit perut yang memulas yang dapat membantu masalah sembelit disamping Menyingkirkan toksin dalam badan. Ianya dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan dapat mengembalikan kecergasan badan yang lesu.


LEEDEE TOX PEACH 
Selain itu ianya juga mengandungi 200 mg Vitamin C bagi setiap sachet yang mampu mencantik dan mencerahkan kulit anda.

Ianya didatangkan dalam bentuk sachet liquid. Sangat mudah untuk diamalkan .Rasanya juga sangat sedap dan pastu membuatkan anda rasa ingin makan lebih dari satu sachet sehari.


 
10 Bahan Terbaik Leedee-Tox Peach
1. PEACH JUICE

Tinggi seratMembantu sistem pencernaanTinggi Vit CMenghaluskan kulit wajahMencerahkan Kulit
2. ALOE VERA

Melegakan sembelitMembuang toksin dalam tubuhBagus untuk rambut & kulit

3. GUARANA SEED

Memperbaiki sistem penghadamanMenurunkan berat badanMenyihatkan mata
4. PASSION FRUIT

Kaya Vit CMeningkatkan sistem pencernaanMengandungi Vit ATinggi Antioksidan
5. VITAMIN C

Kulit berseriMenghindari jangkitan kumanPenghasilan kolagen
6. OAT FIBER

Untuk tenagaMembantu masalah sembelitKesihatan jantungKulit cantik
7. PEAR

AntioksidanSumber Vit CMencegah sembelitTinggi seratBagus untuk kulit
8. FLAXSEED

Tinggi SeratMengurangkan berat badanAntioksidaKesihatan Pencernaan
9. L-CYSTEINE

Anti-PenuaanUntuk DetoxMencerahkan kulitMenguatkan sistem imun
10. SOLUBLE CORN FIBER

Kesihatan penghadamanPenyerapan calcium yg baik 


CARA PENGAMBILAN LEEDEE TOX PEACH 1 sachet sebelum tidur malam . Jika ingin lebih sedap, Simpan di dalam peti ais
sebelum amalkan.
Untuk anda yang  ada masalah sembelit disarankan ambil 1 sachet setiap hari atau 2 hari 1 kali (bergantung pada keperluan setiap badan)


Cik iena suka giler Leedee Tox Peach ni memang sedap. Tak letak dalam peti ais pun iena dah rasa sedapnya. Kalau letak dalam peti ais lagi berganda sedap. Kalau ikut nafsu tak cukup satu ni hehe

 
Bagi yang tiada masalah Sembelit disarankan ambil separuh sachet dan  amalkan 2 atau 3 kali
sehari. Separuh sachet boleh simpan di dalam peti sejuk.
Apa yang penting anda perlu Cukupkan minum air putih untuk mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak
 
Harga Leedee Tox PeachLeedee Tox Peach berharga RM79(sm) RM82(ss)



REVIEW LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACHBaiklah sekarang Cik iena akan berkongsi review penggunaan kedua dua produk ini untuk 10 sachet. Tapi Cik iena ada berhenti ambil masa hari ke 7 sebab Cik iena baru lepas ambil vaksin AZ takut ada kesan lain pula nanti. jadi Cik iena berhenti dua hari dari amalkan apa apa supplements kecuali Vitamin C.
 


 
Semasa 6 hari pengambilan kedua dua produk ini tiada kesan penurunan berat badan yang Cik iena dapat. Ini mungkin kerana faktor usia CIk iena yang dah 3 series dan kadar metabolisma Cik iena rendah dengan tambahan masalah pencernaan yang dihadapi. Kesan yang dapat adalah perut berasa kenyang dan badan rasa bertenaga walaupun Cik iena stop pengambilan Kafein.

Cik iena ada baca untuk dapatkan kesan yang bagus perlu tinggalkan kafein. Jadi ini dikira pecah rekod Cik iena tak amalkan sebarang kafein semasa amalkan kedua dua produk ini. Jika sebelum ini Cik iena amat memerlukan kafein supaya Cik iena bertenaga dan tidak mengan tuk jika buat kerja.
Dengan pengambilan kedua dua produk ini Cik iena tidak berasa mengantuk bahkan badan rasa lebih bertenaga. Perut rasa kenyang selalu. Memang tiada rasa nafsu nak makan. Cuma Disini situasi Cik iena Cik iena perlu paksa diri makan mengikut waktu makan Cik iena.
Untuk pengetahuan Cik iena memang ada masalah perut tidak boleh kosong. Beberapa tahun lepas Cik iena pernah kogsi di Blog. Ini berkaitan kesihatan pankreas Cik iena. jadi yang ni memang Cik iena perlu paksa diri untuk makan sebab kesihatan perut Cik iena yang berkehendakkan Cik iena untuk makan setiap kali tiba waktunya.
Selain kesan kenyang dan bertenaga, kedua dua produk ini sememangnya sangat membantu masalah pencernaan Cik iena. Cik iena memang susah nak membuang dalam masa seminggu. Secara normalnya jika tidak mengambil ubat untuk melawaskan Cik iena takkan membuang. Cik iena akan membuang seminggu sekali.
Ni memang masalah dari dulu sampai sekarang. Memang memerlukan ubat lawas untuk membuang. Alhamdulillah dengan amalkan dua produk ini. Cik iena akan membuang selepas sarapan pagi. Bila kita dapat membuang memang perut tu rasa ringan.
Dibawah Cik iena kongsikan video unboxing selepas 5  hari Cik iena dah amalkan. Ni sehari sebelum pergi vaksin.


VIDEO LOST 10KG DENGAN LEEDEE PINEAPPLE DALAM MASA 10 HARI BETUL KE ?


Rekod Berat di awal Pengambilan Leedee Pineapple dan Leedee Tox Peach


Rekod timbang berat Cik iena semasa hari pertama pengambilan Leedee Tox Peach pada 14 Jun 2021 malam sebelum tidur. Mengikut rekod Berat 57.5 KG dengan bacaan Body Fat 27.7%


Selepas ambil vaksin Cik iena berhentikan pengambilan selama dua hari dan kemudian sambung semula. Bila dua hari stop maka dengan itu dua hari juga tidak membuang. Selepas sambung makan, Cik iena kembali membuang seperti biasa.
 
Berikut pula selepas hari terakhir pengambilan Leedee Tox Peach dan Leedee Pineapple
 

Rekod timbang berat Cik iena amalkan 10 sachet  Leedee Tox Peach dan Leedee Pineapple pada  27 Jun 2021 pagi. Mengikut rekod Berat 57.2 KG dengan bacaan Body Fat 27.6%
 
Secara kesimpulannya selama amalkan 10 sachet kedua dua produk ini Cik iena hanya berjaya menurunkan 300 GM sahaja dan body fat pun turun sikit. Hehe nampaknya Cik iena tak berjaya turunkan 10 Kg dalam masa 10 hari atau 10 sachet pengambilan Leedee pineapple dengan Leedee Tox Peach. Mungkin untuk badan Cik iena perlu makan 3 kotak keatas. Kalau sekotak 10 sachet mungkin tak cukup untuk turunkan berat dengan faktor usia 3 series.

Macam Cik iena bagi tau kesan bagi setiap individu adalah tidak sama bergantung pada kadar metabolisma seseorang itu. Apa yang kebaikan dapat Cik iena rasa dari kedua produk yang Cik iena amalkan ini adalah ianya mampu memberi tenaga buat Cik iena dan juga mengenyangkan perut. Dan juga ianya sangat sangat membantu dalam sistem pencernaan Cik iena. Boleh membuang setiap hari.


Selama tempoh amalkan produk ini Cik iena lansung tak amalkan kafein. Walaupun tak amalkan kafein namun Cik iena masih kekal bertenaga tidak mengantuk bila work from home. Kebiasaannya Cik iena perlukan bantuan kafein :)


Untuk pengetahuan sepanjang pengambilan kedua dua produk ini Cik iena berhenti ambil Vitamin C sebab dalam kedua dua produk memang dah ada 200 mg bagi setiap sachet menjadikannya 400 mg Vitamin C untuk kedua produk ini dalam masa satu hari. Kadar maximum pengambilan vitamin C adalah 2000mg dalam sehari. Jika lebih ianya amat merbahaya untuk buah pinggang kita.
Jadi sudah mencukupi Vitamin yang diperlukan untuk tubuh . Tak perlu ambil Vitamin C dari produk lain.


Kepada anda diluar sana yang mencuba untuk kurus boleh lah cuba produk Leedee ni mana tau ianya berkesan dengan anda. 


Untuk maklumat lanjut Website :  www.leedee.my
Instagram : @leedee.hq
Facebook :  Leedee Online HQ



 














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2021/07/lost-10kg-dengan-leedee-pineapple-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Leedee Pineapple Dan Leedee Tox Peach Bantu Kawal Selera Makan Disamping Turunkan Berat Badan

Leedee Pineapple Dan Leedee Tox Peach Bantu Kawal Selera Makan Disamping Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 239 hits
LEEDEE PINEAPPLE DAN LEEDEE TOX PEACH BANTU KAWAL SELERA MAKAN DISAMPING TURUNKAN BERAT BADANMemiliki bentuk badan yang kurus lansing pastinya menjadi impian semua wanita kan Bila badan kurus kita rasa cergas pergerakan pun pantas tidak ter...
Ramai Berjaya Kurus Dengan Leedee Betul Ke Leedee Ni Selamat

Ramai Berjaya Kurus Dengan Leedee Betul Ke Leedee Ni Selamat

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 263 hits
Ramai Berjaya Kurus Dengan Leede Betul Ke Leedee ni Selamat l Assalamualaikum Fuhh sejak PKP ni kemain mencanak naik berat ni haa Lagi lagi bila sambut raya hari tu Walau duduk rumah je menu raya kemain meriah Memacam makanan ditelannya Lep...
Betul Ke Leedee Selamat Untuk Diamalkan Dan Boleh Bantu Kawal Berat Badan

Betul Ke Leedee Selamat Untuk Diamalkan Dan Boleh Bantu Kawal Berat Badan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 209 hits
Assalamualaikum Ada tak di kalangan pembaca fizaizawa com yang masih boleh pakai baju saiz zaman anak dara dulu Kalau ada yang masih muat memang Fiza salute habis Sebab kebanyakkan wanita berkahwin nie kalau dah mula bersalin nak dapat bera...
Hanya Terima 2 9 Dosis Per Hari Vaksinasi Covid 19 Di Sumsel Rampung 3 Tahun Lagi

Hanya Terima 2 9 Dosis Per Hari Vaksinasi Covid 19 Di Sumsel Rampung 3 Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 289 hits
Sebanyak 29 ribu dosis vaksin itu nantinya disebar ke 433 unit fasilitas kesehatan di 17 kabupaten dan kota Artinya satu faskes hanya mampu melakukan vaksin 55 dosis sana per hari
Bicara Kes 1mdb Melibatkan Bekas Pm Najib Razak Akan Bersambung Hari Selasa Depan

Bicara Kes 1mdb Melibatkan Bekas Pm Najib Razak Akan Bersambung Hari Selasa Depan

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 181 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak yang menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM2 3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad akan bersa...
Peluang Jana Pasif Income Setiap Hari Tanpa Perlu Menaja Sesiapa

Peluang Jana Pasif Income Setiap Hari Tanpa Perlu Menaja Sesiapa

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 250 hits
Jom Melabur Di Platform Pelaburan Terbaik Dan Selamat Bersama B4U Trades Investment Dari B4U Global MalaysiaPeluang Untuk Menjana Income Pasif Untuk Semua Tanpa Perlu Menaja Sesiapa Jika Mahu Menaja Juga Boleh Tak Ada Masalah Anda Dapat Bon...
Nasib Rizieq Cs Untuk Perkara Tes Swab Di Rs Ummi Ditentukan Hari Ini

Nasib Rizieq Cs Untuk Perkara Tes Swab Di Rs Ummi Ditentukan Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 216 hits
Untuk persidangan hari ini kuasa hukum Rizieq Aziz Yanuar menyampaikan kliennya telah siap menerima putusan dan menyakini majelis hakim dapat memberikan keadilan
Bio Farma Stok Vaksin Mampu Penuhi Target 1 Juta Vaksinasi Per Hari

Bio Farma Stok Vaksin Mampu Penuhi Target 1 Juta Vaksinasi Per Hari

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 214 hits
Bambang mengatakan pemerintah dan produsen Sinovac sudah berkomitmen untuk mendatangkan 260 juta dosis vaksin ke Indonesia Termasuk 11 juta dosis vaksin AstraZeneca dari jalur multilateral dengan Covax facility 50 juta dosis vaksin AstraZen...
Notis 14 Hari Zahid Atau Umno Yang Pentingkan Diri Sendiri

Notis 14 Hari Zahid Atau Umno Yang Pentingkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 288 hits
Kalau dibaca kenyataan media Presiden UMNO yang mendesak agar Parlimen bersidang dalam masa 14 hari nampak hebat sekali penegasannya dan kalau kita tidak memahami keadaan kita diperbodohkan dengan mudah oleh Zahid Sebenarnya kenyataan Zahid...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023