Lonjakan Baru K Jaan Pusat Boleh Berubah Begini


 

1. Pusat boleh berubah walau PN tidak menang 6 negeri
MARANG: Walaupun PERIKATAN NASIONAL (PN) tidak menang keseluruhan enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam namun perubahan kerajaan boleh berlaku di peringkat pusat.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian berdasarkan kemenangan PAS yang memperolehi banyak kerusi pada kali ini.
“Walaupun tidak menang (enam negeri), banyak kerusi yang kita dapat, ini satu lonjakan baru akan memberi perubahan.
“Makna menunjukkan sokongan PH merosot khususnya kita dapati peratus undi yang merosot, peratus merosot ini undi protes terhadap PH-BN yang sebenarnya,” katanya kepada media di Dewan Tok Guru, Rusila, malam tadi.
Menurutnya lagi, walaupun PN tidak tidak dapat merampas Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor, ia masih boleh berlaku perubahan kerana kerajaan hari ini adalah kerajaan campuran.
“Kita tahu dalam DAP sendiri mengalami krisis dalaman pemilihan calon, serang menyerang dalam masa pilihan raya termasuk juga parti lain. Yang stabil ialah PN.
“Kita melihat PH hanya mempunyai 80 kerusi lebih di samping Sabah, Sarawak dan BN memberi sokongan macam sementara waktu sahaja. Kita difahamkan bahawa ada SD (akuan bersumpah) yang dibuat secara rasmi. Dia bentuk kerajaan sedemikian rupa.
“Kita menyaksikan perbahasan-perbahasan di parlimen, ahli-ahli parlimen daripada BN-Umno termasuk Sabah dan Sarawak menunjukkan tidak senang hati mereka dalam kerajaan.
“Jadi pembangkang dalam kerajaan, itu yang berlaku. Keadaan ini kita mengharapkan akan memberi perubahan untuk mendukung kepada kita untuk mendapat majoriti sehingga dapat mengambil alih kerajaan,” katanya.
Malah kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, pertukaran kerajaan adalah amalan biasa dalam demokrasi.
“Undi tak percaya, ambil SD dan sebagainya, itu amalan biasa dalam demokrasi ia boleh berlaku,” katanya. – HARAKAHDAILY 13/8/2023
2. ‘Kita harapkan kerajaan pusat turut berlapang dada’ 

MARANG: Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap kepimpinan kerajaan pusat berlapang dada dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.
Katanya, kerajaan pusat perlu menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat negeri ini pasa PRN kali ini.
“Jadi kita mengharapkan perkara sama di kerajaan pusat untuk turut berlapang dada dan menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat negeri Terengganu dengan kerajaan pusat juga dengan pelbagai agensi dan kementerian berlapang dada dan boleh berbincang dengan kami dengan cara matang.
“Pada saya tidak ada masalah kerajaan negeri dan persekutuan untuk bekerjasama,” ujarnya yang memenangi kerusi Dun Ru Rendang untuk penggal kedua.
Menurutnya, ini kerana semua bentuk kerjasama antara negeri dan persekutuan adalah termaktub dalam Jadual Sembilan, di bawah bidang kuasa masing-masing.
“Ada bidang kuasa pusat, negeri dan bersama. Bila sebut bidang kuasa bersama orang yang merangka Perlembagaan pada waktu dahulu telah melihat bahawa perlunya kerjasama di antara negeri dan pusat.
“Tinggal lagi ialah bagaimana penerimaan di pihak kerajaan pusat,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.
Bagi kerajaan negeri, jelasnya sangat terbuka dan berlapang dada untuk berhubung dengan kerajaan persekutuan dalam apa jua isu dan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.
Dr Samsuri juga berkata, akan memperincikan mengenai cadangan kerajaan negeri lebih ‘tally’ dengan kerajaan persekutuan dari segi founder dan penjanaan semua.
“Bab ini kita akan perincikan dalam satu majlis yang lain sebab tentunya kepimpinan baru akan menawarkan beberapa perkara yang akan dilaksanakan selain daripada janji manifesto bagaimana nak menambahbaik pentadbiran, antara kerajaan negeri dan pusat.
“Jadi perincian itu akan disebut setelah kita membentuk kabinet di peringkat negeri, tentulah ada majlis bersama dengan pihak awam ataupun media, kita akan perinci daripada situ,” katanya.
Pada PRN semalam, PERIKATAN NASIONAL memenangi semua 32 kerusi Dun dengan majoriti yang lebih besar berbanding PRU14 lalu.
Calon PN pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak, Datuk Ahmad Amzad Hashim turut mempertahankan kemenangan yang diperolehi pada PRU15 lalu dengan majoriti lebih besar. – HARAKAHDAILY 13/8/2023 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lonjakan baru! K'jaan Pusat boleh berubah. Begini..
Lihat juga komen ini..
Bagaimana ekonomi negara selepas ini, kerana ‘neoliberal’ madani dah tempang?

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Kita lihat petikan sedutan dari pengalisis di atas..
Mengenai debat antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman sempena pilihanraya negeri 2023.. Jika apa yang keluar daripada mulut menteri itu akan jadi dasar kerajaan, maka kita patut risau.
Risau kerana..
1. Menteri berulang-ulang memomokkan penonton dengan hutang kerajaan 1 bilion. Dan dia kata selepas ni hanya akan ada projek projek kerajaan yang dibiayai swasta saja. Ini terang-terang neoliberalisme, penswastaan totok.
Di negara-negara Eropah dan Amerika, kerajaan-kerajaan dah menjauhi ini, sedang memeras otak cari cara yang bukan betul-betul penswastaan. Kita di sini lagi mahu nak melompat jauh ke pembiayaan swasta!
2. Dia menjual Dasar Gaji Progresif yang jelas cuba ditiru daripada Singapura. Dia kata ini cara yang kerajaan campur tangan secara langsung dalam isu gaji.
Tapi, dia perlu ingat Dasar baru Singapura itu pada 2022, akan disubsidi sebahagian oleh kerajaan Singapura.
Undang-undang fiskal Singapura membolehkan ini dibuat sebab ia bukan jenis Belanjawan Berimbang (Balanced Budget) seperti Malaysia.
Subsidi diberi hanya untuk tempoh 5 tahun saja, kenapa? Sebab Fiscal Rule di sana ialah hanya untuk 1 tempoh pilihanraya.
Selepas pilihanraya dan kerajaan baru dilantik, subsidi besar yang ditanggung pada tahun awal akan dibiayai oleh lebihan pada tahun 4 dan 5.
Dasar Gaji Progresif itu pun hanya eksperimen sebagai reaksi kepada Parti Pekerja, iaitu pembangkang yang tiba-tiba menang banyak kerusi dalam pilihanraya terbaru.
Dasar ini tidak terbukti, malah mungkin akan dibuang selepas pilihanraya Singapura seterusnya. Subsidi gaji bukan belanja Pembangunan yang longgar kawalannya di Malaysia. Kalau tiada subsisdi, saya tak nampak dasar ini akan berjalan sebab Singapura pun terpaksa beri subsidi.
3. Dia kata nak serahkan semua kepada pegawai tinggi kerajaan. Semua tahu yang manifesto dan formula pilihanraya partinya tidak masuk dalam Naratif Ekonomi Madani yang diumumkan.
Sesiapa yang selalu ikut dialog, pengumuman Jabatan Statistik, Kementerian Kewangan, MITI, kastam dan Lembaga Hasil akan tahu yang kandungan, kesimpulan Ekonomi Madani dibuat pegawai kerajaan.
Sepatutnya, halatuju ekonomi ditentukan oleh parti politik, selalunya ikut manifesto pilihanraya mereka. Pegawai kerajaan cuma beri input dan bantu laksanakan manifesto.
Kalau siang-siang dah buang manifesto dan guna halatuju, kesimpulan pegawai kerajaan, apa guna rakyat mengundi? Apa guna pilihanraya? Apa guna kempen?
Saya tak nafikan bagi orang berumur atas 50-an, dah biasa hidup dan berjaya pada zaman “authoritarian”. Tapi mengikut apa berlaku di negara maju, pelbagai masalah ekonomi hanya dirungkai oleh sistem yang lebih demokratik.
Sekian, harap maklum.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2023/08/lonjakan-baru-kjaan-pusat-boleh-berubah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanpa Tambah Kawasan Baru Pun Kerajaan Perpaduan Masih Boleh Menang Pru Akan Datang

Tanpa Tambah Kawasan Baru Pun Kerajaan Perpaduan Masih Boleh Menang Pru Akan Datang

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 93 hits
Satu isu yang hebat diperkatakan berikutan keputusan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik keluar Muda daripada menyokong kerajaan perpaduan seterusnya menyebabkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim hilang majoriti dua pertiga ialah ia kononny...
Boleh Tak Dia Nyanyi Je Watak Jisoo Bp Dalam Drama Baru Cetus Kritikan Netizen Tapi Kenapa

Boleh Tak Dia Nyanyi Je Watak Jisoo Bp Dalam Drama Baru Cetus Kritikan Netizen Tapi Kenapa

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 157 hits
Bukan senang kan untuk kita puaskan hati semua orang ARTIKEL BERKAITAN Pada 31 Ogos Ji soo BLACKPINK dan Park Jung min telah dilamar terajui siri zombi baru berjudul Influenza dan masih menelitinya kini Untuk pengetahuan Influenza ialah seb...
Kad Touch N Go Versi Baru Boleh Tambah Nilai Guna E Wallet Tanpa Surcaj

Kad Touch N Go Versi Baru Boleh Tambah Nilai Guna E Wallet Tanpa Surcaj

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 179 hits
Kumpulan Touch n Go kini memperkenalkan kad baharu yang ditambah baik di mana pengguna boleh menambah nilai pada bila bila masa dari aplikasi Touch n Go eWallet Malah tiada surcaj dikenakan untuk tambah nilai Kad baharu ini juga dilengkapi ...
Kalau Boleh Elaklah Saman Menyaman Tak Ke Mana Pun Yusof Haslam Dah Sebulan Tak Jumpa Puteri Sarah

Kalau Boleh Elaklah Saman Menyaman Tak Ke Mana Pun Yusof Haslam Dah Sebulan Tak Jumpa Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 112 hits
Penerbit serta pelakon hebat Datuk Yusof Haslam tampil mendoakan agar menantunya Puteri Sarah diberi kesabaran selepas timbul isu seorang individu yang tidak disukai 8216 menganggunya 8217 Bagaimanapun Yusof Haslam berkata dia tidak boleh m...
Cikgu Sekolah Ini Rugi Rm37 000 Diperdaya Kucing Undang Reaksi Netizen Macam Mana Boleh Jadi Macam Itu

Cikgu Sekolah Ini Rugi Rm37 000 Diperdaya Kucing Undang Reaksi Netizen Macam Mana Boleh Jadi Macam Itu

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 92 hits
Seorang guru mengalami kerugian RM37 750 akibat terpedaya dengan penipuan jualan Tidak wujud melibatkan seekor kucing baka Munchkin di Facebook Ketua Polis Alor Gajah Arshad Abu berkata wanita berusia 39 tahun yang tinggal di Alor Gajah itu...
Formula Razak Boleh Selamatkan Bn

Formula Razak Boleh Selamatkan Bn

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 128 hits
SEJAK lima tahun lalu khususnya selepas Pilihan Raya Umum ke 15 kedudukan masa depan Barisan Nasional terus menjadi bahan perbualan perbincangan dan debat tanpa henti Salah satu daripada arus persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada ia ma...
Betul Ke Dengan Ultrasound Saja Dah Boleh Tau Bengkak Tiroid Tu Kanser Ke

Betul Ke Dengan Ultrasound Saja Dah Boleh Tau Bengkak Tiroid Tu Kanser Ke

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 226 hits
Soalan Hanya melalui ultrasound saja tanpa biopsy kita boleh tau bengkak tu kanser atau tak eh Betul ke dengan ultrasound saja dah boleh tau bengkak tiroid tu kanser ke Jawapan Suspicious kanser boleh tengok melalui ultrasound Tu yang TIRAD...
Kalau Boleh Nak Beranak Setiap Tahun Mahu Anak Ramai Emma Maembong Sedia Hamil Lagi

Kalau Boleh Nak Beranak Setiap Tahun Mahu Anak Ramai Emma Maembong Sedia Hamil Lagi

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 152 hits
Mahu memiliki anak ramai pelakon cantik Emma Maembong tidak menolak jika dianugerahkan rezeki hamil dalam masa terdekat ini Walaupun baru sahaja melahirkan anak kedua beberapa bulan lalu namun akui Emma dia bersedia kerana amat sukakan kelu...
No Talks About Opening Uitm To Non Bumi Students Says Zambry

Economists Tout Entrepreneurship As Panacea For Poverty

Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai

Suria Klcc Dan Hari Jumaat Di Sentral Suites Kl

Majlis Rumah Terbuka Koperasi Norras Berhad

Jengah Kebun Melihat Tanaman

Penjawat Awam Ditahan Salah Guna Jawatan Luluskan Rm12 000 Untuk Kegunaan Diri

Beraninya Kata Saya Pernah Bercinta Dengan Aliff Didi Astillah



Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra


Huggies Malaysia Meraikan Ibu Dan Memperkenalkan Lampin Bayi Baharu Mereka Dengan Fun Run

Unlocking Insights Leveraging The Indonesia Brand Database For Brand Research

Bantuan Sara Diri Mahasiswa Penuntut Negeri Perak

Akaun Fleksibel Tidak Layak Pengeluaran Ini Sebabnya Cara Atasi

Hampir Band Hidup Umr Bersamaku Chord

Haziq Rosebi Zuraida Chord