London Wales 20 28 Januari 2025 Day 1




Pemergian kami ke United Kingdom kali ini adalah untuk menghadiri majlis konvokesyen Hazween. Dia tidak pernah menghadiri mana mana majlis graduasi kerana menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda ketika pandemik covid 19 melanda dunia. 
Jadi saya merasakan adalah perlu untuk hadir bagi majlis konvokesyen pertama bagi Hazween seperti mana kami menghadiri majlis konvokesyen anak anak yang lain. Keputusan ini saya yang buat sendiri, bukan permintaan Aween. Sebagai ibu, kita kena bijak membuat keputusan walaupun ada perkara lain yang perlu dikorbankan. Seorang ibu akan melakukan apa yang terbaik untuk kegembiraan apa lagi ianya adalah majlis yang hadir sekali seumur hidup. 
Perjalanan saya ke London ni dah banyak kali saya kongsikan. Sehingga ada yang mengusik bahawa London dah macam secondhome saya. Tapi catatan ini adalah untuk memori sahaja supaya tidak lupa. Lagi pun saya memang suka UK dan tak sabar untuk ke sana lagi dan lagi. 


Kali ini saya memilih penerbangan Emirates walaupun ada transit kerana anak anak mengatakan penerbangan Emirates atau Qatar lebih baik dan lebih selesa. Lagi pula bila ada transit, kita tidak terlalu penat dan kaki pun tidak bengkak seperti sebelum ini. 
Kami keluar dari rumah pukul 8.00 malam dengan dihantar oleh Alain, Nana dan Juita serta Ammar Yahya dan Aliya Hajar. 
Sampai di KLIA pukul 9.00 malam. Kami turun ke food court di tingkat 2 kerana kaunter check in belum lagi dibuka. 

Selepas check in masuk, kami singgah minum di cafe yang berdekatan  dengan departure gate kami. Semasa di sini, ada seorang jemaah yang akan berangkat umrah menegur, ini Kak Azie ke. Hahaha ada juga yang tahu keberangkatan kami ya. Terima kasih kerana menegur. 

Penerbangan Emirates EK0343 ke Dubai berlepas pukul 1.25 pagi pada 20 Januari dan memakan masa selama 6 jam 40 minit ke Terminal 3 Dubai. Kami tiba di Concourse B, pukul 4.45 pagi waktu tempatan. 
Ini adalah kali pertama saya mengambil penerbangan Emirates ke London. Pertama kali juga tiba di Terminal 3 Heathrow International Airport. Sepanjang penerbangan, kami dihidangkan dengan 2 kali makan sekali light snack selepas berlepas iaitu chicken sandwich dan 2 jam sebelum mendarat stir fry chicken with egg noodles. Sedap walaupun masih kekenyangan. 
Penerbangan penuh dengan jemaah yang bertolak untuk mengerjakan umrah. Sesampai di Concourse B, Terminal 3 Dubai Airport, kami terus ke connecting dan berjalan ke tempat duduk B23 sementara menunggu masuk waktu solat Subuh. 
Bila berada di sini, teringat kawan kawan semasa kami ke Morocco di mana kami semua lepak dan tidur di bangku berdekatan gate B29 sebelum berjalan kemudian naik buggy untuk ke surau yang lebih besar dan selesa berdekatan C19. Boleh klik di SINI. 

Saya solat di surau depan gate B29 yang memang penuh sesak kerana bilik solat yang kecil sahaja. Di sini memang tiada surau wanita selain surau ini. 
Penerbangan dari Dubai ke London mengambil masa selama 8 jam 10 minit. Bertolak 9.40 pagi waktu tempatan dan tiba di Terminal 3, Heathrow International Airport pukul 5.40 petang. Lebih kurang pukul 9.00 malam waktu Malaysia. Penerbangan sangat selesa kerana tidak ramai penumpang di dalam penerbangan ini. 

Hidangan tengahari semasa dalam penerbangan sangat sedap. Saya pilih menu beef stroganoff bersama roasted potatoes, creamy potato salad with crunchy vegetable slaw sebagai appetiser. 

Sebelum mendarat kami diberikan chicken sandwich. Entah kenapa sandwich Emirates atau Qatar Airlines sangat sedap. Secara jujur betul lah hidangan dalam Emirates sedap sedap. Seat juga rasanya lebih selesa. Maklumlah semuanya menggunakan airbus A380. Tiket juga lebih murah. 
Sebaik mengambil bag, kami keluar dan mengambil lift turun untuk mengambil train untuk ke Paddington train station. Dari train station, kami berjalan sedikit sahaja dah sampai ke tempat penginapan kami di Aspen Suites. 

Kesejukan dalam bilik walaupun ada heater. Dalam hati aduhaai macam mana nak dok negara sejuk ni kalau dah menggigil kesejukan. Selepas solat dan mandi saya mula tertidur kerana jet lag. Nelly dan Aween keluar beli kebab Taza untuk makan malam.  
Saya bangun makan dan kemudian sambung tidur. Pukul 2.00 pagi waktu London, saya dah terjaga dan tak boleh tidur. Saya masuk ke dapur untuk rendam mee hoon. Kemudian masuk bilik sebelum bangun untuk menggoreng mee hoon dan makan pagi pagi buta dengan Nelly. 
Hahaha dalam kesejukan cepat lapar jadinya. Lepas tu, sambung berbaring sehingga tertidur. Setakat ini dahulu, catatan perjalanan hari pertama percutian London Wales Januari 2025. Jangan lupa entri seterusnya. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/02/london-wales-20-28-januari-2025-day-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
London Wales Day 4 Majlis Konvokesyen

London Wales Day 4 Majlis Konvokesyen

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 158 hits
Alhamdulillah kini tiba ke entri di mana tujuan kedatangan kami ke London kali ini Hari di mana Aween menghadiri majlis konvokesyen selepas menamatkan pengajian ACCA di University of South Wales Sebelum itu boleh klik entri sebelum ini di S...
London Wales Day 2 London

London Wales Day 2 London

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 138 hits
Alhamdulillah bertemu lagi dengan catatan perjalanan hari kedua percutian London Wales Januari 2025 Boleh baca entri sebelum ini dengan klik di Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini pagi hari kedua saya masih jet lag Pukul 2 00 pa...
Januari 23 2025

Januari 23 2025

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 140 hits
Bila ada yang memerlukan pertolongan hulurkanlah bantuan walaupun diri kita sendiri sedang diuji Ingatlah ada yang menanggung ujian lebih berat daripada kita Tidak salah untuk berbuat baik malah Allah amat menyukai hambaNya yang suka memban...
Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 324 hits
Hi Korang Beribu ribu rakyat Malaysia membanjiri Putrajaya untuk menyertai Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 yang amat dinanti nantikan Lebih 23 000 pelari dan 13 000 sahabat handai serta ahli keluarga dari semua peringkat usia bersemangat me...
Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 30 Januari 2025 Hingga 5 Februari 2025

Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 30 Januari 2025 Hingga 5 Februari 2025

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 146 hits
Menurut kenyataan media Kementerian Kewangan Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3 18 seliter Harga tersebut masih kekal rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun 2024 iait
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Matawang Kripto Polkadot Jumaat 24 Januari 2025

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Matawang Kripto Polkadot Jumaat 24 Januari 2025

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 183 hits
Berdasarkan carta 4 jam mata wang kripto Polkadot pergerakan harga menunjukkan corak 123 Menurun diikuti oleh Ross Hook ditambah dengan kemunculan penumpuan antara pergerakan harga Polkadot dan penunjuk Pengayun Stochastic serta pergerakan ...
Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan

Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Thalapathy Vijay Tarik Perhatian Umat Islam Anjur Majlis Berbuka Puasa Di Chennai

Semak Keputusan Upkk 2025 Secara Online Dan Sms Upkk Jarak No Mykad Ke 15888

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor

Lirik Lagu Husnul Khotimah Ezyree Fayyad

Kemarau Kemenangan Sri Pahang Lebih Empat Bulan Berakhir Berjaya Tewaskan Pdrm 3 1 Malam Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Mami Yang Cantik Lyla Mulan Teh Atikah Suhaime

Tip Masak Cekodok Pisang Elok Bulat Cantik Bentuknya

Berbuka Di Rumah Mertua

Rahsia Simpan Emas 1 Gram Sebulan Tanpa Ganggu Kewangan

Tips Keluarga Bahagia Yang Mudah Diamalkan

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort Pilihan Dengan Harga Berbaloi