London Wales Day 2 London


 
Alhamdulillah bertemu lagi dengan catatan perjalanan hari kedua percutian London Wales Januari 2025. Boleh baca entri sebelum ini dengan klik di SINI. 
Seperti yang saya tulis dalam entri sebelum ini, pagi hari kedua, saya masih jet lag. Pukul 2.00 pagi saya dah bangun. Bila terjaga perut dah terasa lapar. Maklum lah waktu di Malaysia dah pagi. Saya masuk ke dapur dan rendam mee hoon. 
Bila Nelly pun bangun, baru saya masuk semula ke dapur untuk memasak mee hoon goreng. Mee hoon benar benar bodo kerana tiada lauk dan tiada sayur langsung. Telur pun tak ada. Tapi makan sampai menambah 3 kali. Sedap bila lapar dan makan dalam kesejukan. Kemudian sambung baring baring sementara menunggu solat Subuh. 
Pukul 8.00 lebih kami keluar. Aduhai sungguh sejuk dengan angin yang kuat.  Ambil bas untuk ke Selfridges di Oxford Street. 

Selepas Nelly selesai shopping di sini, kami berjalan menyusuri sepanjang Oxford Street kerana Aween mahu mencari kasut. Sambil berjalan, kami berhenti ambil gambar walaupun dalam keadaan kena berwaspada dengan sekeliling. Maklumlah banyak laporan berkenaan kes handphone snatched terutama oleh mereka yang menaiki basikal laju. 


Saya pula memang dah plan nak cari kasut tapi saya perasan tak banyak kedai kasut sekarang ni. Kasut untuk pakai majlis Aween. Memang tak bawa kasut. Kalau ada pun, semua design yang tak sesuai dengan saya kerana heel yang tinggi dan design yang runcing di hadapan.
Bila lapar kami singgah makan Wok To Walk. Makan di luar dalam kesejukan. Kemudian kami berjalan ke butik Polene. Sementara Nelly di situ saya berjalan untuk melihat kalau ada kedai kasut sehingga tiba di Picadilly Circus. Namun memang tak jumpa kedai kasut. Dah lama, saya tak ke sini. Akhir sekali, saya ke sini hujung tahun 2018. Jadi alang alang dah sampai sini, saya singgahlah bergambar buat kenang kenangan. 

Dalam perjalanan balik, singgah sekejap di Hyde Park. Sekejap jer kami di situ. Cuaca di musim winter ni tak cukup cantik untuk bergambar. Kemudian kami naik bas dan balik ke bilik untuk mengemas barang barang untuk dibawa ke Wales. 

Selepas solat, kami keluar lagi. Kali ini kami ambil uber sahaja untuk ke Bank Negara Malaysia London di The Berkeley Square. Nostalgia pula bila melihat gambar gambar Gabenor dan pengurusan kanan Bank Negara di dalam bilik mesyuarat. 
Selain Kak Halimah, jumpa juga Aliff dan Austin yang ketika itu masih ada di pejabat. Kak Halimah siap menyediakan minuman untuk kami. 




Dulu masa saya bertugas di Jabatan Sumber Manusia dari akhir 1980an sehingga 2006, saya memang bertanggungjawab berkenaan pengambilan dan penempatan staf serta pemegang biasiswa BNM termasuk di Bank Negara Malaysia London dan New York. Tapi tak ada rezeki untuk menjejakkan kaki ke pejabat ini. 
Setiap kali ke sini, pastinya jadual kami sangat padat. Bila dah sampai ke sini, Kak Halimah meminta saya menandatangani buku pelawat sebagai kenang kenangan kami di sini. Rasanya kami adalah pelawat pertama yang menandatangani buku tersebut dalam tahun 2025. Terima kasih Kak Halimah, Austin dan Alif atas layanan mesra buat kami. 




Keluar dari situ, kami ke butik Louis Vuitton di Regent Street dan Long Champ di Bond Street. Musim sejuk ni, kedai ditutup lebih awal. Pukul 7.00 malam kedai dah ditutup. Jadi kami masuk sekejap jer. Sekadar menjamu mata. 
Kami kemudian mengambil uber untuk ke Restoran Putera Puteri untuk makan malam. Kami semua memesan nasi lemak dan nasi kandar. Sedap nasi lemaknya. Sambal dan lauk ayam goreng yang disediakan panas panas pun sedap. 
Kemudian singgah di kedai runcit beli buah strawberry. Setiap kali ke sini, saya akan beli buah buah. Kalau di Malaysia, saya tak akan beli strawberry kerana rasanya yang masam. Tapi di sini, buahnya manis manis dan bersaiz besar. Harga pun murah sahaja. 
Nelly ke Waitrose untuk beli butter untuk sarapan pagi keesokannya. Balik bilik rehat kerana pagi lagi kami perlu bersiap untuk ke Wales. OK setakat ini dahulu, jangan lupa entri seterusnya. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/02/london-wales-day-2-london.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
London Wales Day 4 Majlis Konvokesyen

London Wales Day 4 Majlis Konvokesyen

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 159 hits
Alhamdulillah kini tiba ke entri di mana tujuan kedatangan kami ke London kali ini Hari di mana Aween menghadiri majlis konvokesyen selepas menamatkan pengajian ACCA di University of South Wales Sebelum itu boleh klik entri sebelum ini di S...
London Wales 20 28 Januari 2025 Day 1

London Wales 20 28 Januari 2025 Day 1

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 175 hits
Pemergian kami ke United Kingdom kali ini adalah untuk menghadiri majlis konvokesyen Hazween Dia tidak pernah menghadiri mana mana majlis graduasi kerana menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda ketika pandemik covid 19 melanda du...
Premium Seafood Costs More As Big Day Nears

Premium Seafood Costs More As Big Day Nears

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 167 hits
A must have dish Chng holding the Chinese pomfret at his stall at Cecil Street Market in George Town Penang CHAN BOON KAI The StarGEORGE TOWN Prepare to pay the price if you have not stocked up for your home cooked Chinese New Year feast A ...
No Mercy For Najib Groups Say In Marking Grand Discount Day

No Mercy For Najib Groups Say In Marking Grand Discount Day

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 138 hits
To commemorate the one year anniversary of former prime minister Najib Abdul Razak receiving a grand discount over his sentencing four reform based NGOs said Malaysians who hate corruption have one message the man does not deserve mercy Naj...
Ringgit Continues Upward Trend For Third Straight Day

Ringgit Continues Upward Trend For Third Straight Day

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 135 hits
KUALA LUMPUR The ringgit opened stronger for the third consecutive day against the greenback supported by a decline in the US Dollar Index as investors awaited further cues from the White House regarding developments in trade policy At 8am ...
Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 400 hits
DAY TRIP KE PANTAI TELUK CEMPEDAK DAN MENARA 118 KUANTAN PAHANG Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Cuti panjang termasuk cuti tersepit dan cuti Tahun Baru Cina hampir tiba ke penghujung Biasalah all good thi...
Green Day Last Night On Earth Chord

Green Day Last Night On Earth Chord

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 132 hits
A Aaug A6 A7 D Dm A A A Aaug I text a postcard sent to you A6 A7 Did it go through D Dm A Sending all my love to you A Aaug You are the moonlight A6 A7 of my life every night D Dm A Giving all my love to you D Dm A My beating heart belongs ...
Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 163 hits
nbsp Majlis E day Anak Buah Kesayangan Nieyl Hari yang dinanti telah tiba hampir sebulan lebih membuat preparation akhirnya terlaksana dengan baik Walaupun tak segembira yang diharapkan sebab sehari sebelum majlis mak nieyl kena warded deka...
Misteri Dinding Megalitik Montana Yang Menggegarkan Dunia Sains Dan Sejarah

Sungai Golok Attackers Wore Niqabs To Hide Identities Says Deputy Mayor

Ministry To Address Corruption In Ums Says Deputy Minister

Siling Pusat Beli Belah Popular Di Jb Runtuh

Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

Achey Tantari Baby Feaaa Ragam Raya Chord

Balik Asrama

Fipper X Jujutsu Kaisen Langkah Bergaya Dengan Semangat Anime Raya 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Discover The Heart Of Johor At Belinjo Cafe In Setia Alam A Family Legacy Of Flavor

Petua Lembutkan Daging Kredit Cham Osman

Raikan Hari Raya Bersama Kempen Serlahkan Perayaan Mu Dengan Guardian

Geek Bar Raih If Design Award 2025 Untuk Dua Produk Konsep Inovatif

Lirik Lagu Balaklava Fetya

Mencari Al Khaliq