London Intinerary


 Apa nak buat di London ?

Jalan jalan di London 

Mana tempat best di London ?



Sebenarnya sebelum pergi tu kemain cari web yang boleh buat intinerary sebab we ols kan ke sana around 9 - 10 days kan . Pastu tolak 2 hari kat paris so ada dlm 7 hari kat london .

Lepas tu tak pernah pergi . Semua based pada pengalaman org yang pernah pergi mcm Kak Nor la banyak share sebab dia mmg selalu sangat ke London hahahah  . Kak Moon rujuk blog Elly n blog Filla serta blog blog lain macam De-avonturen , Mat Salleh cari makan , modernmummy



Kak Moon nak share 1 web ni yang Kak Moon rasa bagus n sangat membantu . Sebab kita takut kita ikut plan mcm 10 places you must visit in London tu tapi takut mcm jauh n kita kena asyik naik train n tukar bus . So yg web ni siap dia buat laluan siap siap so kita jalan sekali harung

cam contoh kita ke Bukit Bintang Lot 10 misalnya ...terus boleh ke Pavillion  ke Low Yat ke Berjaya Time Square contohnya .

Bukan start di Bukit Bintang lepas tu dia suruh ke Mid Valley Megamall lepas tu suruh ke Sunway Pyramid pastu ke Sate Kajang contohnya . Kan jauh jauh tu kannnnn

Nama dia Visitacity


Boleh pilih city mana yang kita akan pergi lawati  
 Kita boleh mintak dia buatkan intinerary utk 1 hari , 3 hari atau banyak hari . 
Kita jugak boleh add tempat tinggal kita dan juga tempat2 makan

Boleh add tempat yang kita nak pergi . contohnya ada 1 hari tu kita nak ke market 
- Portobello Market - Borough Market - Camden Market 
Boleh add utk acara sopink sopink so boleh la add- Oxford Street - St Regeant
ni contoh k . So u ols boleh la adjust ikut timing n kesesuaian percutian korang ye . Cam kita org tak ada buat intineray siap table ke apa sebab kita org cam tak letak timing . So just tulis je ok day 1 kita nak ke tempat ni tempat ni . Kalau tak sempat kita carry forward to the next day . 

Sebelum pergi tu Kak Moon mmg asyik tgk Google Maps aje . Yer la baru 1st time nak pergi kalau boleh tahu la arah tujuan tu nak ke mana hahahhaha. So Kak Moon list kan tempat mengikut kategori 
- Must Visit in London - Shopping Streets - Royal Parks- Markets - Stadiums  - Museum



Must Visit In London - Attraction 1) Big Ben 2) London Eye3) Tower Bridge4) Tower of London5 ) Trafalgar Square6) St Paul Cathederal


 
1) Big Ben - ni tower yang ada jam tu . Masa kita org dtg tu tower tu under construction utk baik pulih . So nampak jam tu aje seketul hahahha . Entry akak ke Big Ben
  2) London Eye - Dari Big Ben ni boleh nampak dah London Eye ni . So cross je jambatan n turun bawah . So kita jalan sepanjang Sungai Thames .



 Harga tiket nak naik London Eye adalah £25.20 seorang . Ni adalah harga utk beli online . Kalau walk in mahal sket .


3) Tower Bridge - ni la jambatan yg org duk nyanyi London bridge is falling down , falling down falling down . Nak bergambar atas jambatan pun boleh . Tapi kalau nak nampak keseluruhan tower bridge kena turun bawah n snap gambar . Tepi tu juga ada Tower of London



kat tepi sungai ni banyak tempat duduk n boleh jalan jalan . Hujung sana selepas Tower of London ada public toilet hahah n ada org jual fish n chips harga £10 .


4) Tower of London - ni adalah istana yang berusia 900 tahun . Dalam ni juga disimpan crown jewel . Kita org tak sempat masuk pun dalam ni . Lalu kot tepi aje .


Adult (age 18+): £22.70Seniors, full-time students, disabled visitors: £17.70Tuesday-Saturday: 09:00-16:30
Sunday-Monday: 10:00-16:30Last admission: 16:00

5) Trafalgar Square - ni macam dataran . Kita org tak sempat dtg sini . Sini la ada fountain yg org selalu bergambar kalau dtg London . Ada tugu singa yang besar tu . Dekat sini juga dekat ngan national museum .



6) St Paul Cathederal - ni adalah gereja yang besar di London n sangat femes




JALAN JALAN SHOPPING
1) Oxford Street2) Regent Street3) Bond Street4) Westfield
1) Oxford Street - Sepanjang panjang jalan ni ada banyak tempat boleh shopping . Primark pun terletak kat Oxford Street ni . Ada lebih 300 kedai utk shopping . Selfridges pun ada sini. Debenhams , Topshop . 

Kedai depan Primark tu best sebab ada jual macam macam jenis perfume n gift set yang comel2 geram hokey . Kita org ke sini semata mata nak masuk Primark tu aje hahahha

2) Regeant Street
* image from here
3) Bond Street
*image from HERE

4) Westfields - Ni best sebab dia macam Shopping Mall yang besar . Dalam ni pun ada Primark juga . Jalan dalam Mall best sket sebab pusing2 dlm ni je kan n tandas bersepah hahahah . Highly reccomended utk dtg sini k . Kita org dua kali dtg sini hahhaha .
     * image from HERE

JALAN JALAN TAMAN1) Hyde Park2) Kensington Garden3) St James Green Park
1) Hyde Park - Since kita org stay di area Bayswater , Grand Plaza n Holiday Villa maka Hyde Park ni sangat dekat . Mmg walking distance sahaja . Hyde Park ni sangat la besar . Masa ni hujung Autumn so daun daun kat pokok semer dah start nak kering n gugur . So semua dah jadi kuning and oren .Mmg cantek sangat .  
Hyde Park dibuka dari jam 5 pagi dan di tutup pada waktu malam . Park ni luas dalam 350 ekar . Utk cross Hyde Park ni lebih kurang 2km jugaks . Wiki ni kata 2 km dalam 25 min . Yer ka ...akak jalan cross ni pun rasa lama gilerssssssss hahahha .




2) Kensington Garden and Palace - ni pun sebelah2 je pun belah ni Kensington Garden n belah sana Hyde Park .Dlm Kensington Garden ni ada Kensington Palace tempat di mana mendiang Princess Diana pernah tinggal . Lepas tu sekarang anak dia plak duk situ . Pastu skrg konroversi Meghan tu kan ..sepatutnya dia pun duk situ tapi sebab tak ngam ngan Kate dia mintak pindah hahah . Eh terbawang plakkkkkkkkk . Tapi kat sini pun best . Ada tasik n ada istana pastu tepi istana tu ada garden . Mmg lawa la . 
 Kensington Palace 


3) St James Green Park  - Park ni kat dalam bandar . Ada tasik yang cantik kat dalam ni 


Ada banyak lagi Park yang cantik cantik . So kalau u ols berpeluang n ada masa nak jalan jalan , boleh la singgah ke park ni . Boleh refer Royal Park



JALAN JALAN MARKET1) Borough Market 2) Camden 3) Portobello 
 Ada banyak market . So u ols boleh pilih mana yang menarik . Dalam list akak nak pergi 3 ni

1) Borough Market - Di buka dari Isnin hingga Sabtu . Borough market sangat femes sebab ada banyak jual makanan makanan yang pelbagai . Dalam market pun cantek dan luas . Market ni berusia 1000 tahun .
 
2) Camden -  Camden ni ala ala hipster sket . Ada jual barang antik dan juga modern art serta craft . Bangunan kat sini warna warni dan sangat unik .
 
3) Portobello Market - Ni market ala ala pasar malam sebab nanti peniaga akan kukak stall di tepi tepi jalan . Kat sini banyak jual makanan , barang antik dan mcm mcm . Tapi masa kita org pergi tu agak lewat . Di tambah pulak dengan hujan . Hari yang sama pulak pekerja tube buat mogok . So banyak jalan ditutup . 
 
 
 
JALAN JALAN STADIUM 1) Wembley Stadium 2) Emirates3) Stamford Bridge4) Cravern Cottage5) Loftus Road
1)  - Wembley Stadium - Wembley adalah largest fully covered stadium in the world ( source Wiki ). Tapi dia bukan la tertutup sepenuhnya . tapi atap dia kaver semua seat dalam stadium . Pak Sutan mmg nak pergi kat sini tapi hari yg kitaorg jalan jalan stadium tu . Malam tu kat Wembley tgh ada game apa ntah so kalau kita org pergi tak pasal pasal terperangkap dlm kesesakan . So tak sempat ke Wembley ni .
Kalau nak stadium tour harga dia £19 seorang 

2) Emirates Stadium - Arsenal 
Stadium ni mampu menempatkan 60,000 orang . Stadium ni adalah stadium ke 3 terbesar di London selepas Wembley dan Old Trafford. . Nak dtg ke sini pun senang . Just berhenti di stesen Arsenal dan jalan sket aje terus sampai .

Stadium Tour berharga £23 seorang utk 1.5 jam





3) Stamford Bridges - ChelseaNak dtg ke sini pun sangat senang . Kita org dr stesen Queensway n stop kat Fullham Broadway . Stesen ni berada dlm shopping mall . Keluar Mall tu ke belah kiri n jalan dalam 100 meter je  dah sampai stadium

Stadium Tour £23 untuk 1 jam
 *image from here 



4) Cravern Cottage - Fullham Ni jauh sket . Sebab kena naik bas n kena jalan jauh sket lalu tepi tepi rumah orang . Fullham stadium ni mampu menempatkan 25,700 orang pada satu masa . Lokasi dia betul2 tepi sungai Thames . 
Stadium tour berharga £15 seorang
* image from HERE



5) Loftus Road - Queen Park Ranger Pak Sutan nak pergi juga yang ni tapi tak sempat . Loftus Road Stadium mampu menempatkan 20,000  . Loftus Road ni tak jauh dari Bayswater kalau naik train berhentu kat Shephard Bush yg dekat ngan mall Westfield tu and jalan dlm 15 min utk sampai

Stadium tour berharga £15.00 seorang
* image from here

Ada banyak lagi stadium bola disekitar London ni tau . Kalau nak ke Old Trafford - Manchester United atau ke Anfield - Liverpool kena jalan jauh sket la . Mmg kena spend 1 hari ke sana . Nanti kak moon share gamba Wan ke Anfield . Sebab dia mmg awal awal dah plan nak ke stadium Liverpool . Kita org tak dpt follow sebab kita org kan balik awal kan

Ok nanti akak share harga harga bilik di Grand Plaza Serviced Apartment dan juga bilik hotel di Holiday Vila

Perbelanjaan dan berapa banyak duit poket yg diperlukan

ok u ols hope ini membantu 


Jalan Jalan London 2018
Departure KLIA to LHRDay 1 - Check in Grand Plaza Service Apartment LondonDay 2 - London to ParisDay 3 - Paris Day 4 - London, Oyster Card, Sim Card , Primark
Day 5 - Big Gen , Eyes Of London , Tower Bridge Day 6 - Kensington Garden, Chelsea FC, Fullham FC, Arsenal FCDay 7 - Dobi , Portobello Market , Malaysian Hall Day 8 - Hyde Park, Buckingham Palace, Westfield shopping mall
Day 9 - Speaker Corner, Lunch at Taza , Heathrow T4


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://miera301.blogspot.com/2018/12/london-intinerary.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalan Jalan London 2018 Hyde Park Buckingham Palace Westfields

Jalan Jalan London 2018 Hyde Park Buckingham Palace Westfields

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 200 hits
Day 8 Hari ni cuaca sangat cantek Cerah dan langit sangat biru Memang sesuai utk gie jalan jalan kat taman Since hari tuh dah jalan jalan kat kali ni kita ke Hyde Park plak Sebelah sebelah aje park ni Lepas tu jalan lagi hingga tembus ke Bu...
Jalan Jalan London 2018 Laundry Day Portobello And Malaysian Hall

Jalan Jalan London 2018 Laundry Day Portobello And Malaysian Hall

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 402 hits
Day 7 Hari ni mmg plan nak mendobi baju Sebab baju bersih semua dah habis hehehheheh Pagi2 dah masukkan semua baju kat dlm luggage sebab senang nak bawak kan Tgk TV ada mention hari ni 7 Nov 2018 ada Tube Strike So banyak tube ditutup n ter...
Jalan Jalan London 2018 Kensington And Stadiums

Jalan Jalan London 2018 Kensington And Stadiums

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 311 hits
Day 6 Hari ni kita orang keluar awal Lepas breakfast kat bilik terus kita org keluar Memang plan hari ni adalah untuk jalan di park yg terletak tak jauh dari hotel kita org ni Jalan pun kejap less than 10 min Apa yang best kat Bayswater ni ...
Jalan Jalan London 2018 Speaker Corner Lunch At Taza Heathrow T4

Jalan Jalan London 2018 Speaker Corner Lunch At Taza Heathrow T4

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 217 hits
Day 9 Last day in London Hari ni dah last day kat sini Flight balik ke Malaysia adalah waktu malam So siang dapat la meronda ronda dulu Moon n Sutan balik awal sket Kak Nor n anak anak menantu stay lagi kat sini 4 hari pagi pagi lepas makan...
Trump Visit Mass Protests To Be Held In London As Baby Blimp Returns

Trump Visit Mass Protests To Be Held In London As Baby Blimp Returns

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 243 hits
Thousands of demonstrators will line the streets of London to protest against the state visit of President Donald Trump on Tuesday The Labour leader Jeremy Corbyn who refused to attend a state banquet on Monday evening for the president sai...
1mdb Malaysia Rayu Keputusan Mahkamah Dagang London

1mdb Malaysia Rayu Keputusan Mahkamah Dagang London

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Malaysia menerusi Syarikat 1Malaysia Development Berhad dan Menteri Kewangan Diperbadankan sudah memfailkan permohonan mendapatkan izin bagi merayu keputusan Mahkamah Dagang London ke Mahkamah Rayuan Peguam Negara Tommy Thomas ...
M Sian Govt Applies For Permission To Appeal London Commercial Court Decision

M Sian Govt Applies For Permission To Appeal London Commercial Court Decision

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 240 hits
The Malaysian government has filed an application for permission to appeal against the London Commercial Court s decision to delay its legal challenge seeking to nullify a consent award involving 1MDB Minister of Financed Incorporated and t...
Jalan Jalan London 2018 Big Ben Eyes Of London Tower Bridge

Jalan Jalan London 2018 Big Ben Eyes Of London Tower Bridge

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 219 hits
Day 5 Hari ni plan ke Big Ben jalan sket atas jambatan tu n turun bawah dan boleh ke Eyes of London Then jalan lagi sepanjang sungai tgk tgk kawasan ke London yg lebih dengan bangunan moden2 Then naik bas ke Tower Bridge Semer satu laluan H...
Jalan Jalan London 2018 Beli Simkad Oyster Card Dan Ke Primark

Jalan Jalan London 2018 Beli Simkad Oyster Card Dan Ke Primark

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 316 hits
Day 4 Kami dah kembali ke London setelah 2 hari ke Paris Masih di Grand Plaza hari ni Nanti tengahari sikit Moon n Sutan akan tukar ke Holiday Villa Hotel Tak jauh pun dari Grand Plaza Service Apartment ni Kak Nor kata kesian Moon n Sutan n...
Cara Memasarkan Homestay Anda

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Comment On Tak Perlu Berpantang Lepas Bersalin By Pantang Bersalin Berapa Hari Blog Muhasabahtrading Dot Com

Comment On Pembekal Baja Bio Organik Felcra By Ps Goh

Comment On Pembekal Baja Bio Organik Felcra By Admin 2

Importance Of Drinking Water

The Helical Pearl House By A3 Projects In Ipoh Malaysia

Cops Tracking Down Duo Involved In Pasir Mas Shooting