Jalan Jalan London 2018 Kensington And Stadiums
Day 6
-------
Hari ni kita orang keluar awal. Lepas breakfast kat bilik terus kita org keluar . Memang plan hari ni adalah untuk jalan di park yg terletak tak jauh dari hotel kita org ni . Jalan pun kejap less than 10 min. Apa yang best kat Bayswater ni adalah sebab ia terletak sangat dekat ngan Kensington Garden n Hyde Park . Nak ke Oxford street pun dekat boleh jalan kaki jugak . Tapi lagi best kalau naik bas hahahhah tak jauh pun .
Awal awal pagi memang penuh dah park ni . Waktu malam dia tutup tau . Bukak pun kalau tak silap pukul 8am atau mungkin awal lagi . Akak dah lupa u ols . Tapi mmg banyak anjing yg owner dia org lepas macam tu aje . Dari sekecik kecik anjing yang comel comel kaki kementot sampai la anjing yang besar macam serigala tu .
Ni la maps dia so korang boleh nampak cam na overview park ni . Mmg besar hokey rasanya mmg tak dpt kaver semua . So pagi ni we ols start ngan Kensington palace dulu . Besok baru ke Buckingham Palace serta Hyde Park .
The Diana Princess of Wales Memorial Walk is a 7 mile long walk. Sepanjang tu ada 90 plaques rose gold ni diletakkan atas laluan pejalan kaki ni . So kita boleh ikut je arah yang ditunjukkan dan sepanjang jalan kita boleh nampak tempat femes yang ada kaitan ngan late Lady Diana . Laluan ni akan melalui 4 taman diraja iaitu St. James Oark, Green Park, Hyde Park and Kensington Garden.
Awal pagi memang sejuk . Plus ngan cuaca yang sedikit mendung . Burung merpati pun duk tido lagi . Malas nak terbang sebab sejuk hahahah
Ni la Kensington Palace. Princess Diana pernah tinggal di sini dari tahun 1981 - 1997. Can read more HERE
Masa ni orang tak ramai sangat . Mungkin sebab awal bebenor kan . Semua orang dtg sini awal awal pagi utk berjogging dan naik basikal . Kita org je datang utk bergamba n jalan jalan hahahhaha .
Cantek sangat landscape kat sini . Jadi laluan yg lawa plus daun semua dah start warna kuning . Siap ada makcik sorang tu siap duduk kat kerusi mengadap garden n duk mengkait . Rasa cam nak duduk je tepi dia pinjam jarum kait n benang hahahhaa
cantek kan
I'm still in love with this garden . Nampak sangat tenang . Ala ala secret Garden
Kita orang jalan santai santai je kat sini . Sembang2 hati ke hati pasal anak anak semua, pasal apa yg dah terjadi baru baru ni . Apa yg berlaku dan macam macam la . Pak Sutan mmg a very good listener . Kadang kalau Moon cam nak marah tentang sesuatu dia akan tenangkan n cakap elok elok . Yang buat Moon terpikir balik . Terus rasional tu muncul kembali . Biasa la kita org pompuan ni mmg cepat emo kan . Bila tahu org kata macam macam kat kita terus kita cam sedey . Lagi pun Pak Sutan kenal Moon dah lama dr zaman belajar n dia tahu Moon mcm mana . Kehidupan Moon susah dulu . Kita org pun dah lalui macam macam bersama sama .
Yang penting adalah ketenangan hati tu . Ada org dia tak kaya tapi hati dia tenang n bahagia . Ada org ada segalanya yg dia nak tapi hati dia tak tenang . Asyik nak pikir buruk je pasal orang . So kita pilih la nak yang mana .
Wah terpanjang plak . Tapi tu la yang akak nak sampai kan . Dalam hidup kita , kita concentrate pada kehidupan dan kebahagian kita je tau . Jangan kita nak kisah hal orang dan sibuk nak judge org tu org ni . Kdang ada certain benda di luar kawalan kita ...walaupun kita dah cuba sedaya upaya . But yakin la pada Allah kerana perancangan Allah tu adalah yang sebaik baik nya . Pasti ada hikmahnya . Ok semua ....senyum laaaaaaaaa
ok sambung part happy laks
semua pokok pokok kat sini pun dah berdaun oren n kuning . Patutla ramai yang suka jalan jalan ke London waktu Nov - Jan cam tu sebab hujung Auntum dan nak masuk Winter . Nanti daun daun ni akan gugur n togel sebab masuk winter . Masa ni suhu dalam 11 tapi sejuk
Sebelum gerak balik meh la kita amik gamba bawah pokok berdua . Gamba yg lebih romantis takley share sini hahhaha bahaya . 14 thn marriage n 20 thn bersama ...wowww rasa cam baru kawen je . Jalan berdua ni buat rasa cam dtg London utk Honeymoon plak ..........vleyyyyyyyyyyyy gediks sangat
On d way balik bilik dah sebab hari ni plan nak ke stadium2 yg berhampiran cam Chelsea , Tottenham dan jugak Emirates . Ada lagi few tapi kita tgk la sempat ke tak hahahha . Lalu celah lorong nampak kedai Putera Puteri ni . Ni kecik sket belah Tube queensway . Satu lagi besar sket n ada kerusi meja kat luar , Putera Puteri belah Whiteleys sana . So siapa rindu nak makan nasik lemak boleh la dtg sini . Kueh mueh melayu pun ada .
Ok kita ke Stesen Tube Bayswater dan berhenti di Fullham Broadway utk ke Stadium Chelsea . Kalau nak ke stadium Wembley pun boleh . Tapi Pak Sutan kata malam nanti ada match kat situ n dia takut terlalu ramai org plak . So kita ke Chelsea aje n tgk la cam na selepas tu . Kita relax relax aje
Mari la mengkaji jaringan train yg sangat banyak hahahhah macam2 kaler ada hahah . Nasib la ada Google Map
Jalan Jalan Stadium
Kami ke Stamford Bridge utk tgk stadium Chelsea . Tapi tak masuk pun utk stadium tour . Kalau nak masuk ronda kat dalam kena bayar 28 pound kalau tak silap . Takpa la ronda luar pun boleh je hahahh
beri bag anda utk diperiksa . Nanti dia akan cek kot la kita ada bawak apa apa bahan merbahaya kan . Lepas ok terus boleh je nak ronda area stadium ni
Walaupun org tu peminat Real Madrid ...dia ok je pastu saja whats app gamba ke member yg peminat Chelsea hahahha
Pak Sutan kata dia nak lawat Hazard je . Hahhaha bini pun layan je .
masuk pusing dlm store Chelsea ni .
Macam macam barang ada .
Pusing2 aje hahahha tak membeli apa pun
Ok keluar dr kedai ni , kita org pusing je stadium ni . Kot luar je la . Try gaks intai2 celah pagar tapi tak nampak apa pun hahahhaha
Masa ni tunggu Ain n Wawan utk sampai . Dia org baru gerak dr Bayswater nak dtg sini . Bila dia org sampai ...tunggu dia org plak amik gambar kat stadium . Lepas tu kita org sama sama ke Cravern Cottage utk tgk stadium Fullham FC plak
Kalau nak masuk stadium tour harga dia £15.00 for adult
ok next kita nak ke Emirates Stadium plak . Dari sini kita org naik bas lepas tu naik train utk ke Arsenal . Tapi kita org kena jalan sket , lalu area rumah rumah orang . Tapi rumah kat sini lawa lawa sangat
kegigihan para suami suami layan amik gamba hahahha
Banyak kita org posing depan pokok merah ni sebab lawa sangat . dari jauh dah nampak dah . Rasa cam tebang je pokok tu bawak balik tanam depan rumah hahaha
Sekali nampak ada orang tanam pokok pisang depan umah . Ni lagi vintage ni . Org lain kemain pokok daun oren pokok daun merah ...ni pokok pisang terus . Misti org asia ni ...ke dia buat bisnes jual nasi lemak . Pokok pisang ni siap ada jantung n buah hokey .
Ok next kita ke Emirates Stadium pula
keluar je dari stesen tube Arsenal ni ...jalan sket je terus sampai . Tak jauh dan stadium ni dekat area perumahan jugak hahahha . Untung la org beli umah kat sini . Senang je nak g tgk perlawanan bola hahhaha .
Stadium ni sangat besar . Kena naik atas dan cross jejantas utk ke kawasan stadium
Masa ni dah nak gelap dah padahal baru je pukul 4 lebih . Kalau nak masuk utk stadium tour kena bayar £23.00 .
Masa ni baru 4 lebih u ols . So naik tube balik n ke Piccadily Circus
* image from google
ni la Piccadily Circus atau sebenarnya circle yg membawa maksud simpang jalan hahah . Ia adalah simpang jalan yg terkenal n ramai org lepak kat sini . Waktu malam memang meriah sebab ada banyak LED screen yang besar besar kat sini . Mmg terang benderang la
Ramai org duk melepak je kat sini . Duduk kat bulatan ni cuci mata tgk orang lalu lalang hahahah . Masa ni dah penats sebab 1 hari duk berjalan kan
tapi kat sini mmg sibuk dan penuh la ngan manusia . Pening kejap tgk orang ramai cam ni .
Memandangkan semua pun dah kepenatan mari la kita pulang ke bilik masing2 .
Jalan Jalan London 2018
Departure KLIA to LHRDay 1 - Check in Grand Plaza Service Apartment LondonDay 2 - London to ParisDay 3 - Paris Day 4 - London, Oyster Card, Sim Card , Primark
Day 5 - Big Gen , Eyes Of London , Tower Bridge Day 6 - Kensington Garden, Chelsea FC, Fullham FC, Arsenal FCDay 7 - Dobi , Portobello Market , Malaysian Hall Day 8 - Hyde Park, Buckingham Palace, Westfield shopping mallDay 9 - Speaker Corner , Taza kebab , Heathrow T4 London Guide - Itinerary
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://miera301.blogspot.com/2018/12/jalan-jalan-london-2018-kensington-and.html