1mdb Malaysia Rayu Keputusan Mahkamah Dagang London


KUALA LUMPUR: Malaysia menerusi Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Menteri Kewangan Diperbadankan sudah memfailkan permohonan mendapatkan izin bagi merayu keputusan Mahkamah Dagang London ke Mahkamah Rayuan.

Peguam Negara, Tommy Thomas, berkata ia susulan keputusan Mahkamah London membenarkan permohonan mendapatkan semula AS$3.5 bilion (RM14.69 bilion) daripada International Petroleum Investment Company (IPIC) diputuskan terlebih dahulu menerusi prosiding timbang tara yang tertutup.

Beliau berkata, keputusan mahkamah itu tidak memuaskan bagi Malaysia.

“Prosiding ini adalah langkah untuk mendapatkan semula sejumlah besar wang yang sudah dibayar oleh pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak). Kerajaan tetap menumpukan usahanya untuk memastikan aset-aset Malaysia dapat dipulihkan semula.

“Sebagaimana yang dapat dilihat daripada penghasilan aset melalui proses pemulihan aset baru-baru ini, usaha kerajaan untuk mendapatkan keadilan bagi rakyat Malaysia berikutan apa yang diperihalkan sebagai ‘kleptokrasi paling dahsyat’ mula membuahkan hasil,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika berjaya dalam tindakan undang-undang di United Kingdom, Malaysia dapat meneruskan usaha mendapatkan semula AS$3.5 bilion (RM14.69 bilion) yang sudah dibayar anak syarikat 1MDB kepada anak syarikat IPIC, sekali gus mengurangkan tanggungan membayar AS$5.78 bilion (RM24.16 bilion) kepada IPIC dan Pemegang Amanah Bon bagi tempoh lima tahun.

“Dakwaan dikemukakan di Mahkamah Dagang London ialah Surat Ikatan Penyelesaian dan Award Persetujuan sudah direka oleh Najib sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk menipu, dan IPIC dan Aabar Investments PJS (Aabar) tahu Najib bertindak bertentangan dengan kepentingan Menteri Kewangan Diperbadankan dan 1MDB,” katanya.

Tommy berkata, Mahkamah Dagang London sudah menolak percubaan IPIC dan Aabar untuk membatalkan permohonan 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan untuk mencabar Award Persetujuan yang dipersetujui pentadbiran Najib.

“Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan IPIC dan Aabar di bawah Seksyen 9 Akta Timbang Tara United Kingdom 1996 untuk menangguhkan permohonan 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan sementara menunggu prosiding timbang tara yang sedang berjalan, diputuskan,” katanya.

Beliau berkata, Hakim Knowles dari Mahkamah Dagang London berpandangan kes di hadapannya adalah satu keadaan ‘luar biasa dan mendorongnya’ untuk berasa patut, daripada sudut pengurusan kes, membenarkan isu-isu utama antara pihak didengar terlebih dahulu dalam prosiding timbang tara yang sedang berjalan.

“Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menekankan bahawa ia kekal bersedia untuk meneruskan cabaran 1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan pada bila-bila masa dengan mengambil kira keadaan semasa,” katanya.

1MDB dan Menteri Kewangan Diperbadankan Oktober lalu memfailkan permohonan di Mahkamah Dagang di London, United Kingdom bagi mencabar Award Persetujuan yang direkodkan dua pihak dari Malaysia di bawah pentadbiran Najib pada Mei 2017 dengan IPIC Aabar.

Di bawah Award Persetujuan, Malaysia dikehendaki membayar AS$5.78 bilion (RM24.16 bilion) kepada IPIC dan Pemegang Amanah Bon untuk tempoh lebih lima tahun, disebabkan Malaysia dikehendaki, antara lainnya, mengambil tanggungjawab penuh untuk semua bayaran faedah dan jumlah pokok di bawah dua bon dikeluarkan oleh 1MDB pada tahun 2012 yang dijamin bersama oleh IPIC.

Tommy berkata, setakat Mei ini, sebanyak AS$1.6 bilion (RM6.7 bilion) sudah dibayar, meninggalkan baki sebanyak AS$4.16 bilion (RM17.46 bilion).-Berita HarianMedia Shah Alam Kini di Tukar Kepada www.suarabiru.com (https://mediashahalam.blogspot.com)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediashahalam.blogspot.com/2019/05/1mdb-malaysia-rayu-keputusan-mahkamah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SuaraBiru+%28SUARA+BIRU%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ainul Mardhiah Ke London Malam Ini Mohon Doa Seluruh Rakyat Malaysia

Ainul Mardhiah Ke London Malam Ini Mohon Doa Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 530 hits
KELUARGA bayi comel yang menderita kanser mulut Germ Cell Tumor Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin akan berlepas ke London United Kingdom malam ini untuk mendapatkan rawatan doktor pakar Malah menurut bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak 24 dia ...
Hasanah Ketua Perisikan Malaysia Lari Dari Mahkamah

Hasanah Ketua Perisikan Malaysia Lari Dari Mahkamah

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 342 hits
Mahkamah keluar waran tangkap ke atas Hasanah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia Hasanah Abdul Hamid yang dituduh pecah amanah wang kerajaan berj...
Bukaglobal Inisiatif Bukalapak Dalam Meluaskan Platform E Dagang Indonesia Ke Pasaran Malaysia

Bukaglobal Inisiatif Bukalapak Dalam Meluaskan Platform E Dagang Indonesia Ke Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 202 hits
BukaLapak platform e dagang Indonesia kini telah melebarkan sayap perniagaan mereka dengan melancarkan inisiatif terbaru iaitu BukaGlobal Menerusi pelaksanaan platform baharu ini ia memfokuskan perkembangan kepada perusahaan kecil dan seder...
Berkat Doa Seluruh Rakyat Malaysia Ainul Mardhiah Selamat Tiba Di London

Berkat Doa Seluruh Rakyat Malaysia Ainul Mardhiah Selamat Tiba Di London

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 347 hits
AINUL Mardhiah bayi yang menghidap kanser Germ Cell Tumor selamat tiba di London Perkara itu disahkan bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dalam satu posting di Facebooknya petang Sabtu Assalamualaikum Alhamdulillah syukur kepada Allah kami ...
Berlepas Ke London Malam Ini Ribuan Rakyat Malaysia Panjat Doa Buat Ainul Mardhiah

Berlepas Ke London Malam Ini Ribuan Rakyat Malaysia Panjat Doa Buat Ainul Mardhiah

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 319 hits
Malam ini adik Ainul Mardhiah akan berlepas ke London menaiki penerbangan MAS bagi menjalani rawatan Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh bapa bayi comel yang menderita kanser mulut iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak beberapa hari yang le...
Malaysia S Textile Industry Can Bounce Back Say German Industrialists

Malaysia S Textile Industry Can Bounce Back Say German Industrialists

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 316 hits
Malaysia s textile industry can regain its global position because of the quality of its products say exhibitors at one of the world s leading textile fairs FRANKFURT Several German exhibitors at the Techtextil Texprocess 2019 international...
Tki Di Malaysia Tewas Dimangsa Buaya

Tki Di Malaysia Tewas Dimangsa Buaya

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 180 hits
Konsul RI di Tawau Sulistijo Djati Ismoyo melalui Konsul Penerangan Sosial Budaya Firma Agustina Minggu 19 Mei 2019 menyatakan benar seorang WNI yang bekerja di Felda Sahabat 43 dan tinggal di Kongsi Kembara Sakti ditemukan tewas tanpa kepa...
4947 Ppim Terkesan Kisah Tujuh Beranak Berlaukkan Garam Malaysia Gazette 18 5 19

4947 Ppim Terkesan Kisah Tujuh Beranak Berlaukkan Garam Malaysia Gazette 18 5 19

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 334 hits
KUALA LUMPUR Nasib ibu beranak tujuh marsyila Zakaria 35 yang dihimpit kemiskinan teruk sehingga terpaksa bersahur dengan nasi berlaukan garam menyentuh hati Datuk Nadzim Johan yang mengadakan kunjungan mengejut melawat keluarga malang berk...
Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 1793 hits
Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya merupakan anugerah pencapaian tertinggi yang diberikan kepada ahli Pandu Puteri Tunas oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia Melalui penganugerahan ini ia secara langsung mengiktiraf ahli ...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke