Lokman Kini Jadi Jurucakap Dan Pembela Dap Kata Mca


satuberita.my
By SatuBerita
-June 22, 2023
SELAMA berdekad MCA dan DAP menjadi musuh tradisi dan saling menyerang, sehinggalah selepas penubuhan kerajaan tahun lalu yang memaksa mereka “mengadakan gencatan senjata”

Namun, menurut Naib Presiden MCA Ti Lian Ker, peranan menyerang parti itu kini nampaknya telah diambil alih oleh anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Lokman Adam.

Ti malah mengucapkan tahniah kepada DAP kerana Lokman – yang dahulunya berseteru dengan parti itu – kini menjadi “jurucakap dan pembela” mereka.

MIC dan MCA hari ini menyuarakan rasa tidak puas hati terhaap Lokman kerana menganggap mereka sebagai “biawak hidup” dalam BN kerana gagal memberi impak sejak PRU 2008.

Dalam kenyataan hari ini, Ti mengecam Lokman dan membangkitkan Deklarasi Setapak yang dibuat DAP pada 1967 yang menekankan prinsip kesamarataan kaum dan menentang pengasingan antara bumiputera dan bukan bumiputera dalam proses membina negara.

Ekoran naratif itu, Ti berkata DAP mendapat sokongan popular manakala undi orang Cina dan India terhadap BN merosot.

Dia juga membangkitkan apa yang disifatkannya sebagai politik dalaman Umno yang menghakis sokongan Melayu, dengan ada pemimpin parti itu yang keluar dan menubuhkan parti lain dan menarik penyokongnya.

“Personaliti-personaliti (bekas) UMNO ini juga diperalat dan ditunggang oleh DAP sehinggalah DAP bukan sahaja berjaya memonopoli undi Cina dan India, tetapi juga menambah sokongan pengundi Melayu yang merupakan penyokong tegar dan tradisi BN,” kata Ti.

‘Jangan biadab’

Ti turut membangkitkan seruan perubahan yang dilaungkan DAP sebelum ini dengan menyifatkan Umno sebagai “penyamun” denan BN bertindak balas dengan penegasan “No DAP”.

“Inilah latar belakang dan hakikat politik yang perlu kita terima secara kolektif.

“Janganlah Lokman menjadi biadab seperti DAP yang pernah gelar MCA sebagai ‘anjing Umno’ dengan melabel MCA dan MIC sebagai ‘biawak hidup’. Bertaubatlah dan janganlah mengaibkan lebih-lebih lagi rakan seperjuangan,” katanya lagi.

Sejak menganggotai BN, kata Ti, MCA sentiasa mengamalkan politik kesederhanaan dan menghormati perbezaan.

” Adakah Lokma mahu MCA menjadi parti ekstremis dan cauvinis demi meraih undi sehingga mengorbankan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia?

“Sedar atau tidak, DAP sering menuduh MCA dan MIC gagal mempertahankan atau membela kaum Cina dan India. Malah DAP juga sudah lama menanam doktrin bahawa MCA dan MIC ‘tunduk’ kepada UMNO,” katanya lapor Malaysiakini.

‘Bawa Umno keluar BN’

Sementara itu, jurucakap MCA Mike Chong Yew Chuan berkata antara punca kegagalan partinya dan MIC untuk menarik sokongan adalah kerana “segelintir pemimpin Umno yang kurang matang dan tidak bertanggungjawab” yang membuat kenyataan yang menghakis sokongan terhadap BN sejak beberapa PRU lalu.

Chong berkata MCA sentiasa menjunjung semangat kekeluargaan dalam BN yang membolehkan gabungan itu mengharung segala halangan dan cabaran sehingga hari ini.

“Namun begitu, fitnah tidak berasas yang dilemparkan oleh Lokman semasa telah mencemarkan integriti dan imej MCA dan MIC di kalangan umum.

“Memandangkan dia telah menyatakan secara terang pandangan terhadap MCA dan MIC, berdasarkan semangat demokrasi dia dipelawa memohon kepada partinya untuk menarik diri daripada BN dan menyertai PH secara rasmi,” katanya yang turut mendesak Lokman agar memohon maaf secara terbuka atas kenyataan yang dibuatnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/lokman-kini-jadi-jurucakap-dan-pembela.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Leader Hits Out At Dap Spokesman Lokman

Mca Leader Hits Out At Dap Spokesman Lokman

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 381 hits
Party vice president Ti Lian Ker reminds Umno Supreme Council member Lokman Adam that criticising MCA and MIC would only further embarrass Barisan Nasional MCA vice president Ti Lian Ker has urged Umno Supreme Council member Lokman Adam to ...
Tak Perlu Maaf Umno Dap Dah Lama Lupa Sengketa Kata Zahid

Tak Perlu Maaf Umno Dap Dah Lama Lupa Sengketa Kata Zahid

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 441 hits
Umno dan DAP sudah melupakan sengketa selepas kedua dua parti mencapai persetujuan dalam perundingan membentuk kerajaan perpaduan Zahid Hamidi berkata DAP tidak perlu memohon maaf atas segala tohmahan parti itu terhadap Umno Presiden Umno b...
Dap Islamofobia Gelar Kejayaan Pas Sebagai Gelombang Hijau Kata Hadi

Dap Islamofobia Gelar Kejayaan Pas Sebagai Gelombang Hijau Kata Hadi

papar berkaitan - pada 29/6/2023 - jumlah : 256 hits
DAP Islamofobia gelar kejayaan PAS sebagai gelombang hijau kata Hadi Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Jun
Dilabel Pakatan Korup Tak Malu Ke Umno Bn Nak Undi Dap Kata Ahmad Fadhli

Dilabel Pakatan Korup Tak Malu Ke Umno Bn Nak Undi Dap Kata Ahmad Fadhli

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 249 hits
agendaily com24 06 2023Ketua Pemuda PAS dan Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari Tidak malukah penyokong UMNO Barisan Nasional untuk mengundi DAP apabila mereka dihina dengan label pakatan korup soal Ahmad Fadhli Shaari Ketua Pemuda Perik...
Pemuda Mca Saran Pulau Kempen Prn Kerana Disisih Sejak Bn Berkawan Dengan Dap

Pemuda Mca Saran Pulau Kempen Prn Kerana Disisih Sejak Bn Berkawan Dengan Dap

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 220 hits
Pemuda MCA menyarankan kepemimpinan parti itu memulau Pilihan Raya Negeri di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi Setiausaha Agung Pemuda MCA Daniel Wa turut menyarankan MCA tidak membantu mana mana calon yang didakwa bersifat som...
Mca Cabar Dap Hukum Tony Pua

Mca Cabar Dap Hukum Tony Pua

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 381 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 24 2023 1 11 PMMCA hari ini mencabar DAP untuk mengambil tindakan ke atas bekas ahli parlimen Damansara Tony Pua selepas dia menyerang Umno yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan Naib Presiden MCA Ti ...
Lupakan Kisah Silam Move On Kata Dap Kepada Umno

Lupakan Kisah Silam Move On Kata Dap Kepada Umno

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 208 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 9 2023Setiausaha Agung DAP Anthony Loke hari ini meminta ahli ahli Umno supaya tidak lagi mengungkit kisah silam dan menoktahi segala sengketa serta terus fokus untuk bergerak ke hadapan bersama kerajaan perp...
Biodata Nina Smith Pelakon Melayu Amerika

Legal Loopholes Big Tech And The Politicians Who Let Them Thrive

Ibu Saman Ladang Tenusu Dakwa Susu Mentah Punca Bayi Maut Dalam Kandungan

Jiwa Guna Line Internet Umobile

Guan Eng S Defence Team Tears Into Statement On Witness Attack

Penhaligon S Marks 155 Years With A Grand Fragrance Exhibition In Kuala Lumpur

Makan Makan Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru

Rawatan Fisioterapi Untuk Sakit Tumit Kaki Panduan Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sambal Daging Kentang Simple Tapi Mudah Membuka Selera

Senyap Tak Bererti Tak Terluka

Sultan Pahang Seru Rakyat Negeri Ini Agar Tampil Jadi Pelopor Hidupkan Semula Roh Pengunaan Tulisan Jawi

Jasri Bersatu Pahang Kecewa Tiada Maklumat Terkini Sepuluh Projek Perumahan Generasi Baru Felda

5 Rekomendasi Sunscreen Untuk Kulit Berminyak Bukan Cuma Melindungi Dari Uv Tapi Juga Menutrisi Kulit