Lokman Adam Gagal Ketepi Kebenaran Peguam Negara Mulakan Prosiding Komital


Bernama Datuk Lokman Noor Adam. PUTRAJAYA – Bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam gagal dalam usaha terakhirnya untuk mengetepikan kebenaran diperoleh Peguam Negara bagi memulakan prosiding komital terhadapnya.
Ini berikutan rayuannya ditolak Mahkamah Persekutuan hari ini.
Peguam Negara mendapat kebenaran memulakan prosiding komital terhadap Lokman atas dakwaan mengugut seorang saksi dalam perbicaraan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang menolak rayuan Lokman, memutuskan bahawa notis tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada Lokman dan mahkamah mendapati responden (pendakwa raya) mematuhi Perintah 52 Peraturan 2B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
Beliau berkata notis tunjuk sebab tidak perlu dikeluarkan oleh mahkamah tetapi oleh mana-mana pihak yang memohon mahkamah untuk proses penghinaan.
Kenyataan dan afidavit sokongan oleh responden mencukupi untuk memaklumkan Lokman mengenai dakwaan penghinaan yang perlu dijawab, katanya.
“Melihat kenyataan dan afidavit sokongan secara keseluruhan, kami tidak mendapati bahawa ada prasangka terhadap perayu (Lokman),” kata Tengku Maimun
Tengku Maimun yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Abdul Rahman Sebli, Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim mendengar rayuan Lokman melalui aplikasi Zoom.
Berikutan keputusan hari ini, Lokman perlu menjawab pertuduhan menghina mahkamah di Mahkamah Tinggi.
Kesnya ditetapkan untuk sebutan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah pada 27 Jan ini.
Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi pada 2019 untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman bagi perbuatan menghina mahkamah yang dilakukan dua kali pada 25 Sept tahun yang sama.
Thomas memulakan prosiding komital terhadap Lokman Noor dengan memohon supaya responden dipenjara atau didenda atas perbuatannya.
Prosiding komital terhadap Lokman itu atas dakwaan beliau mengugut saksi kes berkaitan 1MDB, iaitu bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.
Menurut Thomas, pada 25 Sept 2019, Lokman Noor dalam temu bual video telah mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk mengugut Amhari Efendi kerana memberi keterangan dalam perbicaraan kes Najib di Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata pada hari yang sama, Lokman Noor telah membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi, yang merupakan saksi kelapan pihak pendakwaan, berhubung keterangan yang diberikannya pada perbicaraan kes Najib.
Menurut Thomas, objektif atau tujuan tindakan responden adalah untuk mengganggu dan mengugut Amhari Efendi, saksi-saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi yang mungkin tampil untuk memberi keterangan terhadap Najib pada perbicaraan itu.
Pada 14 Jan 2020, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Lokman untuk mengetepikan perintah ex-parte peguam negara untuk kebenaran bagi memulakan prosiding berkenaan.
Lokman juga gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan yang menolaknya pada Mei tahun lepas.
Dalam prosiding hari ini, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Lokman berhujah bahawa terdapat kekurangan dalam notis tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadap anak guamnya.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pula berhujah bahawa tuduhan yang dihadapi Lokman adalah menggangu saksi dan campur tangan pentadbiran keadilan yang merupakan penghinaan serius terhadap mahkamah.— BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/lokman-adam-gagal-ketepi-kebenaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkb Negara Gagal Lindungi Warganya Kalau Kasus Penembakan Fpi Mangkrak

Pkb Negara Gagal Lindungi Warganya Kalau Kasus Penembakan Fpi Mangkrak

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 167 hits
Kasus penembakan enam laskar Front Pembela Islam harus benar benar diusut tuntas Hal tersebut ditegaskan anggota Komisi III DPR fraksi PKB Jazilul Fawaid menanggapi hasil rekomendasi Komisi Nasional Hak Asasi Manusia yang menyebut tidak ada...
Federal Court Dismisses Lokman Adam S Appeal In Contempt Case

Federal Court Dismisses Lokman Adam S Appeal In Contempt Case

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 237 hits
Former Umno supreme council member Lokman Noor Adam will now need to proceed with the hearing of the merits of the contempt proceedings against him This followed on the heels of the Federal Court today dismissing his appeal to set aside the...
Gagal Isytihar Pkp Seluruh Negara Kerajaan Pn Lemah

Gagal Isytihar Pkp Seluruh Negara Kerajaan Pn Lemah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 276 hits
GAGAL ISYTIHAR PKP SELURUH NEGARA KERAJAAN PN LEMAHGagal isytihar PKP seluruh negara kerajaan PN lemahOleh January 20 2021Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua yang membingungkan rakyat mendapat kritikan mantan Timbalan Menteri Kesihatan D...
Lokman Adam To Answer Contempt Charge Brought By Ag

Lokman Adam To Answer Contempt Charge Brought By Ag

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 201 hits
Former Umno Supreme Council member Lokman Noor Adam has been ordered to answer a contempt charge in relation to former prime minister Najib Razak s 1MDB trial This follows the decision by a five member Federal Court bench today which dismis...
Rentasan 803 Negara Didaruratkan Antara Kepentingan Politik Dan Rakyat

Rentasan 803 Negara Didaruratkan Antara Kepentingan Politik Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 270 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8021 PAS KEKAL MAIN DUA KOLAM 2 PROKLAMASI DARURAT TIADA PRU 3 PEMBANGKANG PERLU DIPANGGIL TUBUH JAWATANKUASA BEBAS
Masih Tidak Faham Kehendak Negara Sendiri

Masih Tidak Faham Kehendak Negara Sendiri

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 195 hits
TINDAKAN sebuah restoran makanan Cina untuk menghiasi dindingnya dengan karikatur Mao Tse Tung berserta tentera komunis China adalah amat malang dalam konteks aspirasi sentimen dan gagasan nasional yang dipupuk sekian lama Ini kerana sudah ...
Jokowi Disuntik Vaksin Covid 19 Sinovac Hari Ini Ibu Negara Kapan

Jokowi Disuntik Vaksin Covid 19 Sinovac Hari Ini Ibu Negara Kapan

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 295 hits
Presiden Joko Widodo akan menjalani vaksinasi Covid 19 perdana pada hari ini Rabu Proses vaksinasi perdana itu akan disiarkan secara langsung melalui live streaming Kepala Sekretariat Presiden Heru Budi Hartono menyatakan bahwa Presiden Jok...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa