Gagal Isytihar Pkp Seluruh Negara Kerajaan Pn Lemah


 GAGAL ISYTIHAR PKP SELURUH NEGARA, KERAJAAN PN LEMAH
Gagal isytihar PKP seluruh negara, kerajaan PN lemahOleh: Redzuan RF8 MediaJanuary 20, 2021SharePerintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang membingungkan rakyat mendapat kritikan mantan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Menurut Dr Lee, PKP 2.0 yang dipeluaskan ke Perlis, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan bermula Januari 22 hingga 4 Februari ini menyusahkan kehidupan rakyat dan golongan peniaga dalam merancang aktiviti mereka.
Katanya, perisytiharan secara berperingkat itu jelas menunjukkan tahap koordinasi dan perancangan yang lemah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Sebab apa tidak dilaksanakan PKP 2.0 ke seluruh negara di peringkat awal mulai 13 Januari? Kenapa tunggu kes-kes daripada kawasan PKP 2.0 merebak ke kawasan lain sebelum ‘lockdown ‘?
“Kenapa tidak diumumkan semalam berkenaan perancangan PKP seterusnya supaya rakyat dan perniagaan boleh buat perancangan awal?” tanya beliau dalam kenyataan media.
Kata Dr Lee lagi, perisytiharan PKP peringkat kedua itu seolah-olah membayangkan bahawa lockdown seluruh negara akan berterusan sehingga hujung Februari 2021.
Katanya, kemungkinan PKP 2.0 fasa pertama (Selangor, Johor, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Wilayah Persekutuan) dan termasuk Kelantan tidak akan ditamatkan pada 26 Januari amat tinggi.
PKP 2.0 di negeri-negeri tersebut mungkin akan dilanjutkan 2 minggu lagi sehingga 9 Februari dan tidak mustahil sehingga 23 Februari iaitu selepas Perayaan Tahun Baru Cina bagi mengurangkan jumlah kes jangkitan harian Covid 19.
Manakala PKP 2.0 fasa kedua, kata Dr Lee, yang melibatkan Perak dan sebagainya juga dijangka tidak akan tamat pada 4 Februari sebaliknya boleh dilanjutkan serentak dengan Selangor dan lain-lain kerana jumlah kes harian tidak akan kurang di bawah 1,000 sehari menjelang 9 Februari.
“Oleh itu, bukankah lebih baik mengumumkan lanjutan PKP 2.0 di seluruh negara (kecuali Sarawak) sehingga 9 Februari ketika pengumuman Menteri Kanan Ismail Sabri pada 19 Januari semalam!?
“Keputusan awal ini akan memberi masa dan ruang kepada rakyat dan perniagaan untuk buat persediaan sepanjang dan selepas PKP 2.0,” katanya.
Bagi Dr Lee, kerajaan Perikatan Nasional dan MKN seolah-olah tidak belajar dari pelaksanaan PKP 1.0 pada Mac hingga Mei tahun lalu, dan sepatutnya tidak mengulangi sikap membuat perhitungan semberono dan menyusahkan rakyat.
“Pengumuman yang dibuat pada saat-saat akhir harus dielakkan, seperti keputusan untuk buka sekolah dan peperiksaan. Data mengenai jumlah kes memang boleh dijangka. Kalau tidak faham, tanyalah Kementerian Kesihatan Malaysia
“Saya harap MKN selaraskan perlaksanakan PKP 2.0 dan mengumumkan segera PKP 2.0 akan dilanjutkan sehingga 9 Februari untuk semua Negeri dan Wilayah Persekutuan, kecuali Sarawak.
“Jangan sesekali mengeluarkan arahan yang setengah masak!” katanya lagi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/gagal-isytihar-pkp-seluruh-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Putuskan Pkp Di Seluruh Negara 22 Januari Sehingga 4 Februari Kecuali Sarawak

Kerajaan Putuskan Pkp Di Seluruh Negara 22 Januari Sehingga 4 Februari Kecuali Sarawak

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 342 hits
PUTRAJAYA Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12 01 tengah malam 22 Januari hingga 4 Februari Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata enam negeri te...
Pkp Cuti Pegawai Anggota Polis Di Seluruh Negara Dibekukan Kpn

Pkp Cuti Pegawai Anggota Polis Di Seluruh Negara Dibekukan Kpn

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 303 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador KUALA LUMPUR Cuti semua pegawai dan anggota polis di seluruh negara dibekukan serta merta berikutan peningkatan kes COVID 19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuat kuasa ...
Pkp Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Bermula 22 Januari Ismail Sabri

Pkp Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak Bermula 22 Januari Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 349 hits
Seluruh negara bermula 22 Januari ini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan kecuali negeri Sarawak selepas Kedah Perak Negeri Sembilan Pahang Terengganu dan Perlis turut dikenakan perintah berkenaan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri...
Pkp Kini Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak

Pkp Kini Di Seluruh Negara Kecuali Sarawak

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 319 hits
Oleh ZULKIFLI MANZOR19 Januari 2021 6 16 pmGambar hiasanPETALING JAYA Perintah Kawalan Pergerakan akan dilaksanakan di Kedah Perak Negeri Sembilan Pahang Terengganu dan Perlis selama 14 hari bermula Khamis ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismai...
Pkp Di Seluruh Kedah Perak Pahang Terengganu Perlis Negeri Sembilan

Pkp Di Seluruh Kedah Perak Pahang Terengganu Perlis Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 468 hits
Salam to all readers PKP di Seluruh Kedah Perak Pahang Terengganu Perlis Negeri Sembilan Semalam sekali lagi kita dikejutkan dengan pengumuman Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimana PKP diperluaskan lagi untuk seluruh negeri Ke...
Pkp 3 0 Lebih Ketat Bakal Dilaksanakan Bekas Pm Kecam Kerajaan Pn Mengarut

Pkp 3 0 Lebih Ketat Bakal Dilaksanakan Bekas Pm Kecam Kerajaan Pn Mengarut

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 705 hits
Jika benar apa yang di bagitahu oleh Najib Razak dalam FB beliau Memang sah kerajaan PN amat bodoh seperti yang di tulis oleh Najib Sepatutnya PKP 2 0 terus diperketatkan tanpa menunggu sebulan baru hendak di ketatkan seperti PKP 1 0Dewan P...
Mapim Tak Setuju Kerajaan Isytihar Darurat

Mapim Tak Setuju Kerajaan Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 254 hits
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Mohd Azmi Abdul Hamid ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Replika Cek Bantuan Selimut Untuk Musim Sejuk Kashmir oleh MAPIM di Kedutaan Pakistan Kuala Lumpur Foto AFIQ HAMBA...
Affordable Background Checks Verisafe S Promise

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Ayam Goreng Rangup 10 Teknik Kreatif Yang Confirm Jadi

Three Innovative Power Products By Cuktech

Six Highways 25 Main Roads In Klang Valley To Be Closed For Asean Summit

Puding Kastard Jagung Mudah Sedap Confirm Jadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Laksam

Susah Bab Coba Konsumsi Makanan Berserat Tinggi Ini

Peras Ugut Pengunjung Hospital Pengawal Keselamatan Direman

Kes Covid 19 Di Thailand Meningkat Lebih Dua Kali Ganda Bangkok Catat Kes Tertinggi

Tak Ramai Tahu Malaysia Sebenarnya Hebat Dalam Dunia Siber

Buasir Otak Tv Bila Orang Minta Sedekah Tapi Kau Kedekut Be Like