Masih Tidak Faham Kehendak Negara Sendiri


TINDAKAN sebuah restoran makanan Cina untuk menghiasi dindingnya dengan karikatur Mao Tse Tung berserta tentera komunis China, adalah amat malang dalam konteks aspirasi, sentimen dan gagasan nasional yang dipupuk sekian lama.

Ini kerana sudah menjadi dasar negara bahawa kita tidak sesekali mengiktiraf, apatah lagi membenarkan sebarang bentuk fahaman komunisme wujud di negara ini.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana salah seorang daripada pasangan suami isteri yang mengendalikan restoran itu ialah rakyat Malaysia. Dia seharusnya bukan sahaja peka, tetapi dapat berfikir tentang akibatnya apabila perkara subversif begini dilakukan

Seperti yang berlaku pada banyak kejadian lepas seumpama ini, pihak dari satu etnik yang terlibat itu menyatakan mereka tidak mengetahui tindakan mereka itu boleh menggugat kedaulatan negara, selain salah di sisi perundangan negara

Natijahnya di sini ialah bagaimana rakyat yang melalui pelbagai sistem negara sebagai proses sosialisasi kerakyatan Malaysia, boleh begitu alpa tentang matlamat, sikap dan keunggulan negara, sehingga tidak mengetahui tindakannya itu telah membelakangkan negara dari pelbagai segi. Antaranya ialah kedaulatan negara dan semangat kebangsaan.

BUTA HATI
Persoalan lebih besar dan parah lagi ialah bagaimana proses pembentukan negara bangsa kita tidak berjaya menghasilkan rakyat daripada golongan tertentu yang rata-ratanya didapati jahil tentang banyak ehwal negara. Sehubungan ini, mereka tidak mengetahui bahawa menyanyi lagu kebangsaan dalam bahasa lain dan mengherotkan jata negara dengan memasukkan lukisan tidak senonoh adalah salah

Kejahilan ini bukan sahaja wujud dalam kalangan ahli etnik biasa, ia juga memaparkan buta hati para pemimpin mereka. Ini dapat dilihat apabila pemimpin etnik ini cuba melindungi tindakan antinasional, yakni yang bertentangan dengan kepentingan negara, yang telah berlaku

Sehubungan ini, pemimpin ini bukan sahaja mahu menegak benang basah, yakni mempertahan sesuatu yang salah, mereka ikut memperlihat sikap etnosentrik etnik mereka

Ini ketara apabila kejadian di restoran terbabit dianggap mereka sebagai perkara remeh sahaja tentang hiasan dinding dan pinggan sebagai seni serta pengiklanan nakal yang penuh dengan kelucuan, dan tidak lebih daripada itu

Selain ini, tindakan memaparkan imej Mao Tse Tung itu cuba disamakan dengan imej Tunku Abdul Rahman yang boleh ikut dipaparkan di restoran milik orang Malaysia di luar negara. Dalil begini sebenarnya memperlihat bukan sahaja betapa ceteknya pemikiran pemimpin ini, ia ikut mempersoal semangat kebangsaan mereka.

SELAR
Seterusnya, pemimpin ini didapati tidak sensitif kepada kontroversi yang boleh tercetus daripada pemaparan sesuatu imej ini. Apabila imej seseorang itu dipaparkan secara awam, mahu tidak mahu, ia akan dikaitkan dengan penyanjungannya sebagai wira untuk sesuatu, selain merupakan perlambangan kepada sesuatu itu

Tindakan pihak berkuasa yang menurunkan hiasan dinding dan merampas pinggan juga diselar pemimpin etnik ini sebagai bodoh dan mengacau, selain agresif yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia. Sebenarnya itulah caranya yang lazim dilakukan di mana-mana tempat dalam konteks protokol penguatkuasaan. Oleh itu, ia prosedur operasi standard yang tidak perlu dipertikai

Sesungguhnya tindakan serbuan ini tidak pun diperlukan langsung jika pemilik restoran, khususnya yang rakyat Malaysia, mengetahui dan lebih penting lagi memahami sistem politik negara ini

Seperkara daripada tindak balas para pemimpin Cina daripada parti politik berbeza terhadap serbuan ini ialah masih terdapat perasaan persaudaraan Cina Malaysia yang kuat terhadap rakyat China, biarpun setelah sudah lama tiada lagi kerakyatan Tanah Besar China

Cara pemimpin Cina Malaysia mempertahan tindakan pemaparan imej Mao Tse Tung dengan dalil yang dikemukakan itu, ikut menegaskan bahawa kesedaran leluhur etnik Cina masih tidak dapat dihapuskan sepenuhnya

Barangkali ini sesuatu yang lumrah, iaitu bukan sahaja berasa bangga terhadap sesuatu yang ada kaitan dengan etnisiti sendiri, ia ikut melibatkan simpati dalam bentuk keprihatinan, sokongan dan penyanjungan. Ia ibarat air dicencangkan tidak akan putus dan cubit paha kiri paha kanan terasa juga.

GAGAL
Namun, kita semua perlu mempunyai kesatuan dalaman yang cekal sebagai rakyat Malaysia dalam hal sebegini. Untuk ini, pemaparan imej watak yang tiada kaitan langsung dengan negara ini, dan yang boleh pula mencetuskan kontroversi, perlu dielakkan sama sekali

Dalam hal ini, ia tidak boleh sama sekali bersifat busuk-busuk daging dikincah makan, busuk-busuk ikan dibuang, iaitu walaupun tindakan ahli etnik kita itu salah, kita masih tidak mahu menyalahkan mereka. Dengan ini, perkara yang berlaku di restoran itu yang sudah terang lagi bersuluh kesalahannya tidak boleh sesekali dilindungi sebagai persoalan seni, geli hati dan sebagainya

Ia harus diakui serius kerana setelah berdekad-dekad membentuk negara bangsa, kita gagal melahirkan rakyat yang nasionalisitik untuk bukan sahaja mengetahui selain memahami aspirasi negara, tetapi bijak membezakan perkara yang nasional dengan yang antinasional

Sehubungan ini, nampaknya kita sangat memerlukan pembentukan semula agar rakyat Malaysia lebih peka kepada kehendak negara sendiri dan tidak terhadap kesukaan negara lain.

Oleh : PROFESOR Datuk Dr. Teo Kok Seong 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/01/masih-tidak-faham-kehendak-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wow Ratusan Pns Koruptor Masih Digaji Negara Semakin Rugi

Wow Ratusan Pns Koruptor Masih Digaji Negara Semakin Rugi

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 179 hits
Ratusan PNS yang diputuskan bersalah melakukan tindak pidana korupsi alias tipikor masih digaji negara hingga kini Kepala Badan Kepegawaian Negara Bima Haria Wibisana mengatakan ada 118 PNS yang melakukan tipikor dan belum diberhentikan dar...
Kenapa Masih Ada Penyokong Umno Bodoh Nak Faham

Kenapa Masih Ada Penyokong Umno Bodoh Nak Faham

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 222 hits
1 Surat Sokongan kpd Anwar Ibrahim sahih2 Rundingan Sulit Dengan DAP Benar3 Percubaan nak Jatuhkan Kerajaan PN berkali kali4 Agenda peribadi nak lepaskan masalah diri5 MN tak didaftar kerana UMnO kluk klek6 UMNO yg jemput PPBM masuk MN7 Age...
Takiyuddin Pas Tidak Mahu Terlibat Polemik Politik Bawa Negara Ke Kancah Perpecahan

Takiyuddin Pas Tidak Mahu Terlibat Polemik Politik Bawa Negara Ke Kancah Perpecahan

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 255 hits
PAS tidak mahu terlibat atau dilibatkan dalam polemik politik yang membawa negara ke kancah perpecahan sekali gus mengundang ketidakstabilan serta menjadi ancaman terhadap keamanan dan kehidupan ekonomi rakyat Setiausaha Agung Takiyuddin Ha...
Model Kerajaan Sekarang Tidak Datangkan Kebaikan Kepada Negara Najib

Model Kerajaan Sekarang Tidak Datangkan Kebaikan Kepada Negara Najib

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 259 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan model kerajaan yang ada sekarang tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada negara untuk jangka masa panjang Menurut Ahli Parlimen Pekan itu dalam iklim politik yang ada hari ini kebarangkalian un...
Mogok Produksi Perajin Tempe Nilai Swasembada Kedelai Harus Jadi Kebijakan Negara

Mogok Produksi Perajin Tempe Nilai Swasembada Kedelai Harus Jadi Kebijakan Negara

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 241 hits
Karena tempe dan tahu adalah merupakan makanan pokok bangsa indonesia yang merupakan bagian dari melestarikan budaya bangsa seharusnya pemerintah harus turut campur dalam pengendalian harga ini bukan memberi fasilitas impotir untuk melakuka...
Musim Sejuk Melanda Seluruh Negara

Musim Sejuk Melanda Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 396 hits
Musim sejuk melanda seluruh negara Kuala Lumpur Baru memasuki hari ketiga di tahun baharu rakyat Malaysia mulai merasai cuaca sejuk apabila merata tempat hari ini dilanda hujan langit mendung dan diselubungi kabus di kebanyakan tempat di se...
Penerjun Profesional Negara Temui Ajai Ketika Meiakukan Pnerjunan Dari Menara Klcc

Penerjun Profesional Negara Temui Ajai Ketika Meiakukan Pnerjunan Dari Menara Klcc

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 458 hits
Putrajaya Seorang peserta trjun tapak m4ut selepas dipercayai terjtuh ketika melakukan latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di sini Jumaat Dalam kejad1an 5 35 petang itu Azuan Taharudin ...
Jangan Cabar Kedaulatan Negara

Jangan Cabar Kedaulatan Negara

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 275 hits
GEORGETOWN Tindakan pemilik restoran di negeri ini yang menghiasi gambar era revolusi rakyat China serta wajah pemimpin Komunis Mao Tse tung di dinding bangunan premisnya seolah olah sengaja mencabar kedaulatan negara Malah Yang Dipertua Pe...
Parti Politik Kerajaan Hilang Arah Sudah Seperti Normalisasi Negara Arab Israel

Parti Politik Kerajaan Hilang Arah Sudah Seperti Normalisasi Negara Arab Israel

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 225 hits
ismaweb netMereka lupa Perlembagaan yang daulatkan Melayu Islam Raja RajaBANGI 21 Jamadilawal 1442H Selasa Kemelut politik yang tidak berkesudahan menjadi bukti jelas parti parti Melayu dan Islam pada hari ini sudah hilang arah Lebih menduk...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Hina Agong Wajar Dihukum Penjara Bukan Denda Rm5 000

Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured