Lokasi Menarik Di Ipoh Patut Anda Kunjungi
Lokasi Menarik Di Ipoh Patut Anda Kunjungi | Assalamualaikum, hi korang. Diah mula jatuh hati pada Ipoh lepas percutian singkat kami sekeluarga bulan September yang lepas. Oleh sebab Diah rasa Ipoh ni best sebab syurga makanan atau lebih tepat syurga bagi penggemar Kopi maka Diah buat entri khas untuk korang yang nak datang Ipoh tapi tak tahu lokasi yang menarik dekat sana.
Percutian yang lepas Diah menetap di Hotel M Boutiqe Ipoh dan sempat cover beberapa lokasi tarikan pelancong. In sha Allah ada kesempatan di tahun depan nak repeat lagi dan cuba makanan lain dekat sana. Diah sempat jejakkan kaki Ke Movie Animation Park Studio (MAPS), Gerbang Malam (Pasar Malam), Dataran Ipoh, Halal Dim Sum Greenwood dan juga Gunung Lang. Dua hari memang tak cukup nak pergi semua lokasi yang dicadangkan di internet. Jadi rancang perjalanan anda sebaik mungkin.
BACA: Review-M-Boutique-hotel-Ipoh
Lokasi Menarik Di Ipoh Patut Anda Kunjungi
Ipoh trip Itinerary
Diah kongsikan Ipoh Trip Itinerary supaya mudah nak rujuk pada masa hadapan. Setiap kali berjalan juga memang tak sah kalau tak cuba makanan yang terkenal di tempat yang kita lawati tu. Macam dekat Ipoh ni dia memang terkenal dengan makanan yang banyak mendapat pengaruh dari kaum Cina seperti Nasi Ayam, Dim Sum, Mee Daud Mat Jasak, Nasi wanggey, Nasi ganja dan juga aneka pilihan kopi. Sebenarnya banyak lagi tapi makanan-makanan ni la yang paling banyak Diah jumpa sepanjang kami bercuti di Ipoh. Untuk yang beragama Islam mohon alert dengan status Halal kedai yang ingin anda kunjungi ya.
7 lokasi Terkenal Sarapan Pagi di Ipoh
BACA: green-town-dim-sum-cafe-ipoh - HALAL
1. Halal Dim Sum Greentown 2. Dim Sum (Foh San/ Ming Court/ Yoke Fook Moon)3. Ipoh Kong Heng Oldtown4. Xin Quan Fang Curry Noodles 5. Nam Heong (Ipoh White Coffee), Kong Heng, Tian Chun6. Ipoh Hollywood
6 lokasi Terkenal Makan Tengahari di Ipoh
1. Yong Tau Foo (Dai Shu Kok @ Pasir Pinji2. Hawker Fare (Lake Wooi Kooi Kopitiam, Central/ Wah Pan / Cowan Street3. Indian Curry Rice (Yong Suan Nasi Ganja, Wanggey @ Jalan Yang Kalsom4. Daichau (Wong Koh Kee @ Oldtown5. Hainan Chicken Rice (Halal) – dekat dengan Klinik Kesihatan Greentown6. Tasek Raban Restaurant berdekatan dengan stadium
8 lokasi Terkenal Makan Malam di Ipoh
1. Mun Choong Seafood Restaurant2. Dataran Ipoh Food Truck3. Rawang Famous Steam Fish (Chinese)4. Thumbs Café & Karat Café 5. Konda Kondi Café 6. Koppeme Café 7. Miker @ Padang Ipoh 8. Satay Endut – taman kanak-kanak di belakang Kamdar
Lagi Lokasi Menarik Di Ipoh
BACA: Seronoknya-bercuti-ke-MAPS taman-rekreasi-gunung-lang-ipoh
1. MAPS Ipoh2. Lost World Of Tambun 3. Gua Tempurung 4. Ipoh Heritage Walk (Starting Point Dari Tourism Centre)5. Gunung Lang6. Kellie Castle 7. Han Chin Pet Soo Museum 8. Kek Long Tong and Sam Poh Tong9. Perak Tong10. Shopping Centre (Ipoh Parade, AEON Kinta City, Aeon Klebang, AEON Station 18)11. Round Ipoh Tour (Old Town / New Town)12. Mesti beli (Pomelo, Heong Peng, Biscuits, Aunkhenglim Salt Baked Chicken)
5 Lokasi Menarik Waktu Malam di Ipoh
1. Gerbang Malam (Pasar Malam Near Lou Wong)2. Hot Spring Di Lost World of Tambun3. Bukit Kledang Untuk Melihat Pemadangan Cantik Bandaraya Ipoh Pada Waktu Malam4. Kinta Riverfront Walk (LED Tree & Light)5. Night Market Di Taman Pertama setiap hari Jumaat
In sha Allah tahun depan akan ke Ipoh lagi untuk khatamkan lokasi menarik yang kami tak sempat nak pergi hari tu. Yang penting satu family memang enjoy trip ke Ipoh. Oleh sebab Diah akan travel dengan anak-anak kecil rasanya next destination Lost World of Tambun kot. Nak kumpul duit nak beli kopi banyak-banyak dan repeat makan Dim Sum. Selamat bercuti
Baca juga: kenapa-bercuti-ke-ipoh?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2018/12/lokasi-menarik-di-ipoh-patut-anda.html