Login Kt Online
LOGIN KT ONLINE (CARA DAFTAR & SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA)
Kepada tentera di Malaysia,adakah anda telah daftar sebagai ahli Koperasi Tentera(KT)?Bagaimanakah cara login KT online? Kenapa perlu login KT online?Mudah untuk membuat sebarang traksaksi online,contonya bagi tujuan membuat semakan dividen Koperasi Tentera(KT)
Baca tentang CARA MOHON MORATORIUM MAYBANK (Borang Web maybank2u.com.my)
APA ITU KOPERASI TENTERA(KT)?
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (atau Koperasi Tentera) merupakan sebuah Koperasi serbaguna yang telah ditubuhkan pada Tahun 1960 bagi meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
KELAYAKAN AHLI KOPERASI TENTERA(KT)
Keahliannya terbuka kepada semua anggota ATM dan kakitangan awam yang mencurahkan khidmat dengan Kementerian Pertahanan Malaysia.
Anda dah daftar JHEV ONLINE?
FUNGSI & OBJEKTIF KOPERASI TENTERA(KT)
Berikut adalah objektif KT:
Menggalakan anggota menabung dan berjimat dengan menyediakan kemudahan menabung yang selamat serta dengan pulangan yang menarik.
Memenuhi keperluan kewangan dan bukan kewangan anggota dengan perkhidmatan efisyen dan selesa setaraf dengan institusi ternama.
Menyumbang kepada kebajikan dan aktiviti sosial anggota.
Menghasilkan pulangan atas modal pada kadar yang kompetitif.
Menjaga kepentingan anggota dan koperasi dengan cekap, amanah dan berkualiti.
KELEBIHAN MENCARUM KOPERASI TENTERA(KT)
Sudah tentu mereka berdasarkan rekod menerima kadar dividen koperasi tentera yang agak tinggi setiap tahun
Jikalau anak yang dapat keputusan PT3 dan keputusan SPM yang cemerlang mereka layak menerima insentif tunai dibawah program dan Skim Insentif Kecemerlangan (SIK)
Koperasi tentera adalah antara koperasi kukuh di Malaysia. Berdasarkan koperasi tentera yang diletakkan di bawah Lembaga Angkatan Tentera Malaysia, LTAT adalah bank koperasi ketiga terbesar di Malaysia.
PROUDK & PINJAMAN KOPERASI TENTERA
Antara produk yang ditawarkan oleh KT ialah:
Pembiayaan peribadi
Perlindungan Takaful
Pajak gadai Islam Ar-Rahnu
Pembiayaan SME
Kemudahan pelaburan kepada anggota.
Pinjaman koperasi tentera yang ditawarkan adalah dalam bentuk:
Pembiayaan peribadi berpenjamin dan tanpa penjamin
Pembiayaan ekspres
Pembiayaan yuran KT
Pembiayaan takaful dan cukai jalan.
MUAT TURUN APLIKASI KOPERASI TENTERA(KT) ONLINE
Anda juga boleh mendaftar dengan menggunakan aplikasi ditelefon pintar dengan klik pautan dibawah
google play store
apple aps store
CARA DAFTAR KOPERASI TENTERA(KT) ONLINE
Anda perlu ke portal Koperasi tentera klik pautan berikut untuk pendaftaran kali pertama : https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/firstTimeLogin
Buat dan kenalpasti identity anda
Masukan pilih jenis pengenalan
Tentera ID
No kad pengenalan
No passport
Klik setuju terma dan syarat dan klik butang teruskan
Klik hantar OTP
OTP akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas ( SMS)
Masukan ID pengguna
Cipta dan tetapkan kata laluan
Masukan semula kata laluan
Pilih imej dan frasa keselamatan
Jawab soalan keselamatan
Pendaftaran anda telah Berjaya
CARA LOGIN KT ONLINE
Berikut merupakan cara-cara untuk anda login koperasi tentera anda. Namun anda harus pastikan bahawa anda telah mendaftar buat kali pertama dahulu.
Klik pautan https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login
Masukan id pengguna
Tekan teruskan
Sahkan id pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
Tekan masuk @ login
Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
Nak buat semakan penyata gaji ATM online,anda boleh LOGIN SPGATM UGAT
SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) ONLINE
Anda boleh semak dividen caruman anda di koperasi dengan cara online sahaja. Caranya adalah seperti berikut.
Klik pautan https://www.ktonline.com.my/ktib/app/?lang=ms#!/login
Masukan id pengguna
Tekan teruskan
Sahkan id pengguna melalui imej dan masukkan kata laluan
Tekan masuk @ login
Paparan akan menunjukkan akaun koperasi anda
Klik pada hahagian no akaun anda
Anda akan dapat melihat transaksi dan baki terkini akaun anda
Jika dividen telah disalurkan, ianya akan dicatat pada bahagian transaksi
SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMS
Taip KT BAKI NOTent/Mykad & Hantar ke 33310
SEMAKAN KELAYAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMS
Taip KT DIV NOTent/Mykad & Hantar ke 33310
SEMAKAN WASI KOPERASI TENTERA(KT) MELALUI SMS
Taip KT WASI NOTent/Mykad & Hantar ke 33310
SEMAKAN TARIKH BAYARAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) 2023
Koperasi Tentera akan mula membayar dividen pada (akan dikemaskini kemudian) tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
CARA PEMBAYARAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA(KT) TERKINI
Pembayaran dividen akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan dan anggota boleh mengeluarkannya melalui kaunter dan KTOnline. Tiada Borang Pengeluaran Dividen pada tahun ini.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila hubungi Wisma Koperasi Tentera,No 1, Jalan 2/65C,Off Jalan Pahang Barat,53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2303 0000
Email:
[email protected]
The post LOGIN KT ONLINE (CARA DAFTAR & SEMAKAN DIVIDEN KOPERASI TENTERA) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/koperasi-tentera-kt-online.html