Kadar Zakat Fitrah 2023 Seluruh Negeri Malaysia Cara Bayar Zakat Online
Kadar Zakat Fitrah 2023 Seluruh Negeri Malaysia & Cara Bayar Zakat Online. Berikut adalah kadar Bayaran Zakat Fitrah untuk tahun 2023/1444H di seluruh negeri di Malaysia sempena bulan Ramadhan yang mulia. Kami juga ingin berkongsi panduan lengkap mengenai cara bayar Zakat Fitrah secara online untuk memudahkan umat Islam dalam menjalankan tanggungjawab keagamaan. Bayaran Zakat Fitrah boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadhan, bermula dari awal hingga akhir bulan tersebut.
Zakat Fitrah, juga dikenali sebagai zakat diri/badan, zakat puasa, zakat Ramadan dan zakat Fitri, merupakan kewajipan fardhu ain bagi setiap orang Islam. Mengeluarkan Zakat Fitrah adalah satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang merdeka dan mampu untuk melakukannya pada waktunya. Kewajipan ini meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan, serta yang berakal atau tidak.
Dapatkan informasi terkini dan terbaru melalui telegram rasmi sistem guru online disini:
Kadar Zakat Fitrah 2023 Seluruh Negeri Malaysia & Cara Bayar Zakat Online
Kadar Zakat Fitrah 2023/1444H Bagi Setiap Negeri Di Malaysia
Setiap tahun, zakat fitrah menjadi satu amalan penting dalam agama Islam. Ia bukan sahaja membersihkan dan menyucikan jiwa yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia, tetapi juga membantu fakir miskin dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kadar zakat fitrah 2023/1444H bagi setiap negeri di Malaysia adalah berbeza-beza dan ditentukan berdasarkan makanan asasi sesebuah negeri seperti beras. Kadar yang biasanya dikeluarkan ialah satu gantang Baghdad bersamaan dengan timbangan metrik 2.60 kilogram (2600 gram). Nilai kadar zakat fitrah ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada harga beras yang dikonsumsi oleh kebanyakan penduduk Islam di sesebuah negeri. Mari kita tunaikan kewajipan fardhu ain kita dengan memastikan zakat fitrah kita dibayar pada waktunya untuk membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.
Baca juga :
Soal Jawab Ramadan
Takwim Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Seluruh Negeri 2023
Jumlah Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2023 Dan Pautan Rasmi Cara Bayar Zakat Fitrah Online
Adalah disenarai untuk Jadual Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2023 bagi seluruh negeri di Malaysia.Juga dikongsikan bersama panduan cara bayar zakat fitrah online untuk setiap negeri beserta pautan rasmi laman web pihak autoriti :-
Senarai Negeri & Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2023
Perlis : RM7.00
Kedah : RM6.50/ RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Pulau Pinang : RM7.00/ RM13.00/ RM20.00
Perak : RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Selangor : RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Negeri Sembilan : RM7.00/ RM10.00/ RM21.00
Melaka : RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Johor : RM7.00/ RM13.00
Pahang : RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Terengganu : RM8.00/ RM10.00/ RM24.00
Kelantan : RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Sarawak : RM7.00
Sabah : RM7.00
Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan : RM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Ada negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar. Bagi pembayar zakat hendaklah memilih kadar zakat yang sama harga dengan jenis beras yang menjadi makanan harian mereka. Untuk contoh pada tahun 2023 :-
Negeri Selangor Darul Ehsan
Jenis beras Super Special sebagai beras harian : Kadar RM7.00
Beras putih import/ beras perang/ beras pulut/ herba ponni/ beras wangi : RM14.00
Beras basmathi/ beras jepun/ beras merah : RM21.00
Negeri Perak Darul Rizuan
Beras Super Special Tempatan 5% : Kadar RM7.00
Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni : RM14.00
Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah: RM21.00
Negeri Kedah Darul Aman
Beras Super Spesial Tempatan 10% : RM6.50
Beras Super Spesial Tempatan 5% : RM7.00
Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni : RM14.00
Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah: RM21.00
Negeri Melaka
Beras Super Special Tempatan 5% : RM7.00
Beras Import seperti Beras Wangi dan seumpamanya : RM14.00
Beras Basmathi dan seumpamanya : RM21.00
Negeri Johor Darul Takzim
Beras Super Tempatan : RM7.00
Selain daripada jenis Beras Super Tempatan seperti Beras Import (Beras Wangi, Beras Basmathi) dan seumpamanya : RM13.00
* Kadar zakat Fitrah adalah sumber dari Majlis Agama Islam Negeri, Pusat Zakat dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ)
Cara Bayar Zakat Fitrah Online Mengikut Negeri
Dibawah adalah panduan membayar zakat fitrah secara atas talian untuk negeri masing-masing :-
1. JOHOR
Bagi yang berkaitan pembayaran zakat fitrah di Negeri Johor HANYA dilaksanakan secara dalam talian melalui saluran-saluran berikut:
1. Zakat Johor Online Payment http://www.epayment.maij.gov.my/
3. Fastpay https://fitrah.maij.gov.my/
4. TULUS https://www.bayarzakatjohor.com/
2. TERENGGANU
Untuk pembayaran zakat fitrah online untuk Terengganu boleh dibuat melalui :-
1) eZakat Maidam https://ezakat.maidam.gov.my/online/
3.PERAK
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyarankan tiga kaedah utama yang boleh dilaksanakan untuk membayar zakat fitrah sepanjang bulan ramadan di Perak
Atas talian/ Online:
QR Code Maybank, aplikasi GoPayZ, SnapNPay, Shopee, Financial Process eXchange (FPX) melalui Portal MAIPk
Bayaran melalui Amil:
Untuk memudahkan kutipan zakat fitrah, kaunter Drive-thru telah diperkenalkan di beberapa masjid utama daerah dan masjid yang terletak di tepi jalan besar. Kaunter ini beroperasi pada hari Selasa, Rabu, Sabtu dan Ahad antara jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Penjarakan sosial akan diawasi ketat dan tidak akan ada proses bersalaman. Pembayaran zakat fitrah secara langsung kepada Amil hanya akan dilakukan dalam dua situasi iaitu apabila seseorang itu terlalu uzur dan tidak mahir menggunakan kemudahan atas talian atau apabila mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan kampung yang tidak mempunyai kemudahan internet.
Bayaran terus pada Tabung Khas Fitrah:
Untuk memudahkan masyarakat dan petugas barisan hadapan menunaikan zakat fitrah, Tabung Khas Fitrah akan didirikan di beberapa lokasi strategik seperti masjid, hospital dan pejabat polis yang terpilih. Pembayar hanya perlu memasukkan jumlah bayaran zakat fitrah, maklumat peribadi dan nombor telefon ke dalam sampul, kemudian memasukkannya ke dalam tabung yang disediakan. Proses ini memudahkan dan menjimatkan masa pembayar dalam menunaikan kewajipan zakat fitrah mereka.
4. PULAU PINANG
Khusus umat islam di Negeri Pulau Pinang boleh membuat bayaran Zakat menggunakan pembayaran secara atas talian (online) samada dengan menggunakan :
https://zakatpenang2u.com/
Jom Pay
QRCode
Aplikasi GoPayZ
FPX
5. KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
Panduan Bayar Zakat Fitrah online di KL & Putrajaya boleh ditunaikan bermula pada 1 Ramadan 1443H di pautan :-
PPZ MAIWP
Laman sesawang Ejen-ejen Bank (14 buah bank)
PayHalal
Portal MyEG
U-Mobile
Pos Online
6. SABAH
Untuk umat Islam di Sabah boleh melaksanakan pembayaran zakat fitrah melalui wakil-wakil amil yang bertauliah atau membayar secara dalam talian melalui saluran Perbankan Internet ( online banking ) dan melalui Gerbang Pembayaran Atas Talian (online payment gateway ) seperti MYeG dan Boost serta Majlis Ugama Islam Sabah
7. SARAWAK
Untuk umat islam rakyat Sarawak, melalui Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) masih meneruskan kaedah tradisional pembayaran menerusi amil yang dilantik. Namun TBS juga telah menyediakan kaedah alternatif untuk memudahkan umat Islam membayar zakat fitrah pada Ramadan 1443H. Pembayaran secara dalam talian boleh dibuat menerusi :-
Portal pelanggan TBS iaitu Baitulmal Kamek
MyEG dan Maybank2U
Aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak
8.KELANTAN
MAIK juga mengalu-alukan umat Islam di Kelantan untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara dalam talian dengan merujuk dibawah:
Portal MAIK
Laman sesawang ejen-ejen bank (16 bank)
Pembayaran kepada amil fitrah yang dilantik juga ada disediakan
9. KEDAH
Untuk pembayaran zakat untuk umat Islam di Kedah pada tahun 2020 digalakkan untuk dilaksanakan secara atas talian berikutan keadaan semasa. Antaranya adalah menerusi platform atas talian (online) seperti dibawah:
Laman sesawang ‘Jom Zakat’
Asnaf Care
Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) yang boleh diakses melalui telefon pintar
10. SELANGOR
Umat Islam di Selangor boleh membuat pembayaran zakat secara atas talian (online) melalui:-
EZakatPay
Perbankan internet di sembilan bank iaitu Public Bank, Hong Leong Bank, Maybank,CIMB, Ambank, Bank Rakyat, RHB, Bank Islam dan Alliance Bank
Portal MyEg
Pos Online
Aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost
Tidak lupa juga, Lembaga Zakat Selangor LZS turut meletakkan QR Code di lokasi terpilih untuk memudahkan masyarakat mengakses terus ke platform pembayaran atas talian EzakatPay.
11. MELAKA
Untuk pembayaran zakat fitrah di Negeri Melaka boleh dibuat kepada amil fitrah yang dilantik ataupun Bayar Zakat Fitrah secara online di pautan :-
iZAKAT
QEPay Bank Muamalat
12. NEGERI SEMBILAN
Umat Islam di Negeri Sembilan boleh membuat pembayaran zakat secara atas talian (online) melalui:-
Portal Pembayaran Zakat Negeri Sembilan
Aplikasi ZakatN9
Aplikasi SnapNPay
JomPAY
Untuk pembayaran kepada amil fitrah yang dilantik, keperluan hanya diberikan untuk pegawai PBMaINS mengikut keputusan pihak pengurusan.
13.PAHANG
Bagi pembayaran zakat fitrah online untuk umat Islam di Pahang boleh dibuat menerusi platform atas talian (online) FPX di bawah:
eZakat MUIP
14.PERLIS
Umat Islam di Perlis boleh membuat kadar bayaran zakat fitrah secara atas talian (online) melalui:-
Portal MAIPS
Pembayaran zakat kepada Amil Fitrah yang dilantik juga disediakan.
Telah disenaraikan lengkap Kadar Zakat Fitrah 2023 Seluruh Negeri Malaysia & Cara Bayar Zakat Online yang telah diperkenalkan mengikut kaedah negeri masing-masing.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/03/kadar-zakat-fitrah-2023-seluruh-negeri-malaysia.html