I Akaun Kwsp Daftar Online Login Semakan Penyata


Panduan Pendaftaran Ahli KWSP, Pengaktifan i-Akaun & Semakan Penyata KWSP Online
Lanjutan daripada pengumuman Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).
Tentu ramai yang nak buat pengeluaran @ pinjaman ini dan nak semak baki Akaun 2 kan?
Sebagai pekerja, perasan tak setiap bulan ada sebahagian gaji kita akan dipotong sedikit untuk dicarum ke KWSP?
Selain bahagian gaji kita, terdapat juga bahagian yang dicarum oleh majikan untuk kita.
Bagi yang bekerja sendiri, kita juga digalakkan untuk mencarum dalam KWSP.
Sebenarnya kita mempunyai banyak kelebihan apabila kita menjadi ahli KWSP.
Berikut dikongsikan bagaimana mendaftar dan membuat semakan penyata KWSP online ini.
Jom baca selanjutnya.
Apakah KWSP? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu menyimpan wang bagi kegunaan pada hari tua.
Ini kerana simpanan KWSP memastikan kita mempunyai simpanan persaraan setelah bersara atau tidak lagi bekerja.
Oleh sebab itu, Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri.
Bukan sekadar menyimpan untuk hari tua, wang KWSP juga boleh dikeluarkan sebahagiannya untuk digunapakai dalam kes-kes tertentu seperti:
membeli rumah / hartanah mengurangkan pinjaman perumahan menyelesaikan pinjaman pendidikan menerima rawatan kesihatan di institusi perubatan dalam negara Jika anda telah memohon pengeluaran i-Citra, anda boleh gunakan panduan ini untuk menyemak baki akaun 1 & 2 setelah membuat pengeluaran setiap bulan.
5 Kelebihan Menjadi Ahli KWSP Selain dapat membantu kita lebih berdisiplin untuk membuat simpanan persaraan, antara kelebihan menjadi ahli KWSP adalah seperti berikut:
Pelaburan Terjamin : Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Oleh itu, dalam keadaan apa sekali pun, ahli diberi jaminan akan menerima kadar dividen minimum itu. Bantuan Hilang Upaya : Bantuan sebanyak RM5,000 dibayar kepada ahli yang layak dan telah membuat Pengeluaran Hilang Upaya. Pendaftaran Haji : Ahli KWSP layak untuk membuat pendaftaran Haji KWSP dengan mengemukakan Penyata Ahli KWSP. Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Lembaga Tabung Haji (LTH) sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi. Bantuan Kematian Kepada Waris : Bantuan sebanyak RM2,500 dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli (mengikut budi bicara KWSP), apabila Pengeluaran Kematian dibuat. Pelepasan Cukai : Caruman KWSP mendapat pelepasan cukai sehingga jumlah maksimum RM4,000 tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa (termasuk pelepasan untuk bayaran premium insurans nyawa). NOTA: KWSP bukan hanya untuk majikan dan pekerja tetap, pekerja freelance seperti rider FoodPanda atau yang berniaga sendiri juga boleh mendaftar secara sukarela di bawah skim i-Saraan KWSP.
Cara Pendaftaran Ahli KWSP Terdapat beberapa cara mendaftar sebagai ahli KWSP :
1. PENDAFTARAN AUTOMATIK OLEH MAJIKAN
Apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan, anda akan menjadi ahli KWSP secara automatik.
Pendaftaran ini di buat atas nama dan nombor MyKad anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Akaun anda hanya akan diaktifkan setelah KWSP mendapat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
2. PENDAFTARAN DI KAUNTER
Hanya dengan menggunakan MyKad, ahli boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana kaunter KWSP.
Jika pengesahan gagal atau anda bukan warganegara Malaysia, anda perlu melengkapkan Borang KWSP 3 (Daftar). Anda akan menerima notis dengan nombor ahli KWSP sebaik pendaftaran diluluskan.
3. I-AKAUN MAJIKAN
Majikan anda boleh mendaftarkan anda sebagai ahli KWSP melalui i-Akaun (Majikan) dengan maklumat anda.
Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP apabila pendaftaran berjaya.
4. KIOSK
Anda boleh mendaftar sebagai ahli di mana-mana lokasi yang mempunyai Kiosk KWSP dengan hanya menggunakan MyKad dan pengesahan cap ibu jari.
Anda akan menerima notis berserta nombor ahli KWSP sekiranya pendaftaran berjaya.
5. PENDAFTARAN SENDIRI
Jika anda bekerja sendiri dan ingin mencarum KWSP, anda boleh membuat pendaftaran melalui skim i-Saraan.
Sila rujuk : i-Saraan KWSP: Cara Pendaftaran & Terima RM250 Caruman Tambahan
Pendaftaran & Pengaktifan KWSP Online (i-Akaun) Sekiranya anda telah berdaftar sebagai ahli KWSP, anda boleh membuat pendaftaran KWSP online melalui i-Akaun.
i-Akaun ini membantu anda menguruskan akaun KWSP anda secara online, seperti
Kemaskini profil peribadi Semak kelayakan pengeluaran Semak baki simpanan Semak penyata KWSP Semak rekod caruman Memohon e-Pengeluaran Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah Menyemak maklumat penamaan Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan Menyemak transaksi caruman KWSP terkini Menyemak log aktiviti i-Akaun Langkah Mendaftar / Mengaktifkan i-Akaun adalah seperti berikut:
Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda Layari laman web www.kwsp.gov.my Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU Muat turun aplikasi mobil i-Akaun Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda. Cara Daftar i-Akaun Online (View Mode) Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk ke kaunter atau pejabat KWSP, anda boleh buat pendaftaran i-Akaun (view mode) secara online sahaja tanpa perlu ke kios / kaunter KWSP.
Caranya mudah, anda hanya perlu hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 (8am-5pm).
Bagaimanapun, kemudahan i-Akaun (view mode) adalah terhad kepada:
Semakan Baki Akaun Semakan Caruman Semasa Semakan Profil Semakan Sejarah Pengeluaran Semakan Kelayakan Pengeluaran Push Notifications/i-Akaun Secured Inbox
*Untuk akses penuh i-Akaun seperti kemudahan reset kata laluan, e-Pengeluaran, Penamaan, muat turun penyata, i-Invest dan Simpanan Shariah, ahli perlu hadir ke kios/kaunter di cawangan KWSP untuk pendaftaran nombor telefon TAC dan membuat pengesahan cap ibu jari.
Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks untuk dapatkan lokasi kios/kaunter.
Baca juga: Semakan Nombor KWSP Ahli Secara Online (Guna Nombor IC)
Semakan Penyata KWSP Online KWSP telah memudahkan akses simpanan KWSP anda melalui i-Akaun (Ahli), di mana anda boleh memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah.
Jadi, macam mana nak buat semakan penyata KWSP online?
Berikut dikongsikan langkah demi langkah:
Log masuk di pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login menggunakan ID & Kata Laluan yang telah ditetapkan. Klik tab ‘Akaun Peribadi’. Pilih penyata bagi tahun yang dikehendaki dan tekan ‘Cari’. Maklumat penyata akaun anda akan dipaparkan. Penyata Akaun 1 dan Akaun 2 berserta jumlahnya akan dipaparkan secara terperinci untuk semakan anda.
Anda juga boleh melihat penyata bagi tahun sebelumnya.
Ia juga boleh dicetak untuk kegunaan dokumen sokongan dalam membuat pinjaman perumahan dan sebagainya.
Jika anda bekerja sebagai penjawat awam dan ingin membuat pinjaman perumahan LPPSA, baca selanjutnya di SINI.
Semakan Kelayakan Pinjaman Bercagar @ Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2 KWSP) Untuk membuat semakan sama ada anda layak membuat permohonan bagi pinjaman bercagar KWSP (FSA2 MBSB) ini, sila ikuti langkah berikut:
Daftar dan aktifkan i-Akaun sekiranys perlu* (Rujuk cara mendaftar i-Akaun KWSP : i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata) Semak kelayakan di i-Akaun Mohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB) Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan.
Layari https://fsa2.kwsp.gov.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fasiliti Sokongan Akaun KWSP 2 ini atau rujuk artikel berikut: FSA2 – Fasiliti Sokongan Akaun 2
Muat Turun Aplikasi i-Akaun KWSP Selain melayari laman web KWSP, i-Akaun juga boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui
Aplikasi i-Akaun di Google Apps Store Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/i-akaun-kwsp-online/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=i-akaun-kwsp-online

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Login Kt Online

Login Kt Online

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 375 hits
LOGIN KT ONLINE Kepada tentera di Malaysia adakah anda telah daftar sebagai ahli Koperasi Tentera Bagaimanakah cara login KT online Kenapa perlu login KT online Mudah untuk membuat sebarang traksaksi online contonya bagi tujuan membuat sema...
Semakan Duit Jkm Online

Semakan Duit Jkm Online

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 407 hits
Semakan Duit JKM Online Penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kini boleh membuat semakan online bayaran duit JKM mereka bagi jadual pembayaran JKM 2023 Semakan pembayaran boleh dibuat secara The post first appeared on
Beku Akaun Bersatu Tidak Boleh Dicabar Melalui Semakan Kehakiman Kata Peguam

Beku Akaun Bersatu Tidak Boleh Dicabar Melalui Semakan Kehakiman Kata Peguam

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 242 hits
PEGUAM Negara membantah permohonan parti Bersatu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membekukan akaun banknya bagi tujuan siasatan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bol...
I Ihsan Mbsb Loan Cara Apply Pinjaman Login Online Banking

I Ihsan Mbsb Loan Cara Apply Pinjaman Login Online Banking

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 526 hits
Cara Apply i Ihsan Mbsb Loan bank dan pinjaman peribadi mbsb malaysia di fsa2mbsbbank serta Login Di Online Banking Malaysia Buiding Society Berhad Bank merupakan sebuah institusi perbankan yang menjalankan perkhidmatan dan perniagaan perba...
Kt Online Pendaftaran Semakan Dividen Koperasi Tentera

Kt Online Pendaftaran Semakan Dividen Koperasi Tentera

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 261 hits
Koperasi Tentera adalah sebuah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Koperasi ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengambil kira kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia dengan misi utama untuk meningkatkan taraf so...
Semakan Status Tarikh Luput Lesen Memandu Online

Semakan Status Tarikh Luput Lesen Memandu Online

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 263 hits
Semakan Status Tarikh Luput Lesen Memandu Online Pernah tak anda terlupa untuk renew lesen memandu Adakah anda tahu tarikh luput lesen memandu Panduan buat pemandu kenderaan di Malaysia yang mungkin terlepas pandang atau terlupa untuk mempe...
Semakan Plkn 2018 Senarai Nama Penempatan Permohonan Pelatih Sukarela Online

Semakan Plkn 2018 Senarai Nama Penempatan Permohonan Pelatih Sukarela Online

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 233 hits
Semakan PLKN 2018 Senarai Nama Penempatan Permohonan Pelatih Sukarela Online Anda berminat nak menjalani Latihan Khidmat Negara 2018 Jika sebelum ini pelatih PLKN akan menjalani latihan kursus ini dalam tempoh 6 bulan kini format telah beru...
Cara Daftar Akaun Myproton Official

Cara Daftar Akaun Myproton Official

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 194 hits
CARA DAFTAR AKAUN MyPROTON OFFICIAL Terkini PROTON Holdings Bhd memperkenalkan aplikasi mudah alih baharu iaitu MyProton Official yang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada semua pelanggan yang memiliki kereta nasional itu Melalui aplika...
Lupa Password Akaun Bsn Ini Cara Tukar Password Akaun Bsn Online

Lupa Password Akaun Bsn Ini Cara Tukar Password Akaun Bsn Online

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 283 hits
Jika anda pengguna perbankan internet Bank Simpanan Nasional dan terlupa kata laluan akaun BSN Online tidak perlu risau kerana BSN menyediakan cara mudah untuk menukar kata laluan akaun secara dalam talian Ya tidak dinafikan memang membimba...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa