Login E Filing Lhdn Log Masuk Daftar Cara Isi E Filing


LOGIN E-FILING LHDN:LOG MASUK,DAFTAR & CARA ISI E-FILING(https://ez.hasil.gov.my)

Kini,musim bayar cukai kini kembali bermula 1 Mac 2021,berikut adalah cara login e-filing LHDN dan panduan mengisi borang cukai pendapatan atau borang e-BE melalui sistem e-Filing ezHASiL LDHNM.
APA ITU e-filing?
e-filing adalah kemudahan online bagi mengisi maklumat mengenai cukai pendapatan yang perlu dibayar.
Bagi individu, borang nyata cukai pendapatan perlu diserahkan kepada LHDN mengikut tarikh yang ditetapkan.
Kemudahan e-filing membolehkan penyerahan dan pengisian borang ini dilakukan secara online sahaja.
Bagi cukai taksiran tahun 2020, kini e-filing dibuka pada 1 Mac 2021 ini.
Anda boleh mula login ke dalam sistem e-Filing LHDN bagi mengisi borang dengan lengkap dan menghantar kepada LHDN.
CARA DAFTAR E-FILING LHDN
Sebelum login e-filing LHDN,anda perlu daftar terlebih dahulu.Pendaftaran boleh dibuat online melalui portal rasmi http://edaftar.hasil.gov.my
Bagi pengguna kali pertama, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah:
#1 – Lengkapkan borang pendaftaran online
Layari http://edaftar.hasil.gov.my/dafsgjpn.php untuk mendaftar kali pertama. Anda akan dibawa ke halaman seperti berikut:
Selepas selesai anda akan diberi satu nombor permohonan contohnya Ai-a78629uf9797d23
Pastikan anda catat nombor tersebut untuk digunakan ketika mahu menyemak status pendaftaran kelak.
#2 – Muat naik dokumen diperlukan
Anda kemudiannya diminta untuk memuat naik salinan dokumen berikut:
Pasport bagi bukan warganegara Malaysia yang tidak menjalankan perniagaan Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan. Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan. Ketika memuat naik dokumen pengenalan anda, pastikan hanya muka depan yang dengan jelas menunjukkan nama dan no. pengenalan diperlukan. #3 – Semak status permohonan
Selepas beberapa hari, anda boleh membuat semakan online status permohonan di http://edaftar.hasil.gov.my/info.php
Jika permohonan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yang akan digunakan semasa mengisi efiling pula nanti.
Peringatan: Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yang lengkap.
CARA PENETAPAN KATA LALUAN E-FILING LHDN
Untuk keselamatan, sila pastikan Kata Laluan anda mematuhi syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah:
Minimum 8 dan maksimum 12 aksara Minimum 1 huruf besar Minimum 1 huruf kecil Minimum 1 angka Aksara khas/Simbol tidak dibenarkan APA ITU FRASA KESELAMATAN E-FILING LHDN
Frasa Keselamatan adalah kawalan keselamatan untuk memastikan anda log masuk ke laman ezHASiL yang sebenar. Sila pastikan Frasa Keselamatan yang dipaparkan adalah betul sebelum teruskan. Jika tidak, jangan masukkan kata laluan anda.
CARA PENETAPAN FRASA KESELAMATAN E-FILING LHDN
Frasa Keselamatan boleh ditetapkan seperti di bawah:
Log masuk ke ezHASiL Setelah berjaya log masuk ke ezHASiL, halaman “Penetapan Frasa Keselamatan” akan dipaparkan. Sila isi frasa keselamatan anda. Login Kali Pertama
Pada langkah kedua (2) semasa proses Login Kali Pertama.
Format frasa keselamatan adalah:
Minimum 8 dan maksimum 15 aksara Aksara khas / Simbol tidak dibenarkan TUKAR FRASA KESELAMATAN E-FILING LHDN
Frasa Keselamatan boleh ditukar. Sila log masuk ke ezHASiL dan pilih menu “Penyenggaraan”. Seterusnya pilih sub menu “Tukar Frasa Keselamatan”.
TERLUPA FRASA KESELAMATAN E-FILING LHDN
Anda dinasihatkan supaya melakukan set semula Frasa Keselamatan. Frasa Keselamatan akan di set semula apabila anda melakukan fungsi Terlupa Kata Laluan.
LOGIN E-FILING LHDN 
Berikut adalah cara login e-filing LHDN 2021:
Sila ke pautan ezHasil https://ez.hasil.gov.my/ci/ Masukkan nombor kad pengenalan dan klik hantar, kemudian masukkan password/kata laluan anda. Pilih e-filing bagi mengisi borang cukai anda. Antara borang yang tersedia di bawah menu e-filing adalah; e-B Tahun Taksiran 2020 e-Borang e-Permohonan Pindaan BE E-Lodgement CKHT e-WHT Semakan Pengesahan borang be Pilih jenis borang, dan klik teruskan. Bolehlah mula mengisi borang e-filing. Jika tidak pastikan, sama ada anda mengisi dengan betul ataupun tidak, simpan dahulu dan logout. Jangan klik hantar. Hubungi pihak LHDN untuk mendapatkan pandangan dan panduan cara mengisi borang ini CARA ISI E-FILING LHDN
#1 – Layari ezHASiL
Layari portal https://ez.hasil.gov.my/CI/ dan pada bahagian Log Masuk sila isi segala maklumat yang diperlukan kemudian klik Hantar.
#2 – Pilih eBorang
Anda kemudian akan dibawa ke halaman eBorang. Di sini pastikan anda pilih eBorang yang betul sama ada:
e-E: Majikan e-BE: Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan e-B: Individu warganegara Malaysia yang ada punca pendapatan perniagaan e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia e-P: Perniagaan perkongsian e-M: Individu bukan warganegara Malaysia e-MT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia Bagi anda yang bekerja makan gaji tanpa perniagaan pilih borang e-BE.
Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
Maklumat Individu Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai Rumusan Sila isi dengan lengkap kesemua maklumat yang diperlukan. Ini bagi memudahkan proses pengiraan cukai pendapatan anda.
Akhir sekali anda perlu sahkan borang taksiran kemudian hantar kepada pihak LHDN secara online.
Di halaman akuan seperti gambar di bawah, anda boleh pilih sama ada untuk mencetak draf borang dalam bentuk PDF, menghantar eBorang atau kembali ke halaman sebelumnya.
Jika anda sudah berpuas hati dengan borang yang diisi, sila klik “Tandatangan & Hantar”.
Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan. Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.
Selesai pendaftaran eFiling cukai pendapatan 2020 anda.
TERLUPA KATA LALUAN eFiling
Sekiranya kata laluan anda telah disekat, tindakan seperti di bawah boleh diambil:
Jika mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, sila ke Terlupa Kata Laluan; atau Jika mempunyai no. telefon bimbit berdaftar dengan LHDNM, sila klik di sini untuk panduan permohonan Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS. https://ez.hasil.gov.my/ci/TerlupaKataLaluan.aspx Hadir ke Cawangan LHDNM yang berdekatan. Untuk pertanyaan, sila hubungi HASiL Care Line di talian 03-8911 1000 (LHDN) SEMAKAN PENGESAHAN & CETAKAN e-BORANG E-FILING LHDN
Sila login e-filing LHDN  atau log masuk ke ezHASiL (https://ez.hasil.gov.my). Klik pada Perkhidmatan -> e-filing -> Semakan Pengesahan. Masukkan jenis borang dan tahun taksiran.
SOALAN LAZIM e-filing
Bilalah tarikh mula isi e-filing?
e-filling mula diisi pada 8 Mac 2021.
Apakah beza borang BE an B?
BE bagi individu ada punca perniagaan, manakala B pula bagi yang tidak mempunyai punca pendapatan perniagaan.
Bagaimana cara menghubungi LHDN mengenai cara mengisi borang ini?
Hubungi 03-8911 1000
Apakah jenis borang yang boleh mula diisi pada 1 Mac 2021?
Borang E, BE,B, M, BT, MT, TF, dan TP
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Maklumat lanjut tentang Login e-Filing LHDN sila muat turun PDF cara mengisi eFiling di sini https://ez.hasil.gov.my/CI/Panduan/PanduanCI_eBorang.pdf
 
The post LOGIN E-FILING LHDN:LOG MASUK,DAFTAR & CARA ISI E-FILING(https://ez.hasil.gov.my) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/login-e-filing-lhdn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Login Bsn Online Cara Log Masuk Mybsn Internet Banking

Login Bsn Online Cara Log Masuk Mybsn Internet Banking

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 973 hits
LOGIN BSN ONLINE CARA LOG MASUK MyBSN INTERNET BANKING Kepada yang ingin tahu cara login BSN online bagi menggunakan internet banking berikut adalah perkongsian tentang cara log masuk Pelanggan BSN boleh login bsn online akaun melalui www m...
Cara Daftar Ssm Percuma Untuk Usahawan B40

Cara Daftar Ssm Percuma Untuk Usahawan B40

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 374 hits
Cara Daftar SSM Percuma Daftar SSM percuma Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin Untuk makluman anda SPPP ini kini diperluas kepada semua usahawan B40 diberikan peluang untuk daftar SSM secara percuma Bagaimana Anda inginkan maklumat lanjut ...
Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid 19 Menggunakan Aplikasi Mysejahtera

Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid 19 Menggunakan Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 537 hits
Jika anda belum daftar untuk terima suntikan vaksin COVID 19 anda boleh ikuti langkah cara daftar terima vaksin menggunakan aplikasi MySejahtera melalui aplikasi di Android dan iOS Hari ini melalui kemaskini terbaru rakyat Malaysia sudah bo...
Beli Bitcoin Melalui Luno Ini Cara Daftar Luno Buat Pemula Untuk Tahun 2021

Beli Bitcoin Melalui Luno Ini Cara Daftar Luno Buat Pemula Untuk Tahun 2021

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 530 hits
Nampaknya matawang digital crytocurrency semakin diterima di Malaysia Kini Malaysia secara sah mempunyai platform jual beli matawang kripto iaitu melalui aplikasi Luno Jika anda ingin cuba boleh daftar bagi pengguna baru disini Sebenarnya d...
Cara Daftar Vaksin Covid 19

Cara Daftar Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 480 hits
CARA DAFTAR VAKSIN COVID 19 Untuk makluman Vaksin Covid 19 iaitu Pfizer baru sahaja sampai ke Malaysia Jika anda bersetuju untuk menerima vaksin ini anda perlu membuat pendaftaran sebagai penerima vaksin terlebih dahulu Bagaimanakah cara da...
Sidang Korupsi Bansos Corona Menko Pmk Dan Ihsan Yunus Masuk Daftar Pengusul Vendor

Sidang Korupsi Bansos Corona Menko Pmk Dan Ihsan Yunus Masuk Daftar Pengusul Vendor

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 229 hits
Ya benar untuk PT PPI dan Pertani tidak ada afiliasinya karena saya tidak tahu Kan ada di daftar penunjukan kalau Pertani saya dapat ada dalam rapat jawab Adi Wahyono
Ada Cara Baru Daftar Vaksin Covid 19

Ada Cara Baru Daftar Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 317 hits
MALAYSIAKINI Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid 19 telah memperkenalkan dua cara terbaru kepada orang awam untuk mendaftar pengambilan vaksin Covid 19 selain kaedah sedia ada iaitu melalui aplikasi MySejahtera Orang awam k...
Cara Daftar I Akaun Kwsp Secara Online

Cara Daftar I Akaun Kwsp Secara Online

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 609 hits
AssalamualaikumBismillahSebenarnya aku dah give up nak dari tahun 2020 lagi tapi sampai sekarang takda respon pun dari pihak KWSP Jadi cara paling senang sekali pergi ja lah kiosk KWSP yang terdekat Cara Register i Akaun Melalui Kiosk KWSP1...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025