Ada Cara Baru Daftar Vaksin Covid 19


MALAYSIAKINI


Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah memperkenalkan dua cara terbaru kepada orang awam untuk mendaftar pengambilan vaksin Covid-19, selain kaedah sedia ada iaitu melalui aplikasi MySejahtera.
Orang awam kini boleh mendaftar menerusi laman web JKJAV yang tersedia dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan disertakan beberapa informasi berhubung vaksinasi tersebut.
Selain itu, mereka juga boleh menelefon talian 1800-888-828 bagi pendaftaran.
Dua kaedah baru itu diperkenalkan oleh JKJAV menerusi akaun sosial media tengah hari tadi.
Sementara itu, jawatankuasa itu turut mendedahkan jumlah orang awam yang telah mendaftar setakat ini melebihi 2 juta, dengan jumlah tepat sebanyak 2,024,356 pendaftaran setakat 3 petang hari ini.
Ini berlaku setelah pendaftaran dibuka kepada umum 10 hari yang lalu pada 23 Februari dan mencapai sejuta pendaftaran pertama pada 26 Februari.
Bagaimanapun, ia cuma merangkumi 6.33 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia yang berjumlah 32 juta orang.
Kerajaan berharap dapat memvaksin sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk pada bulan Februari tahun depan untuk mencapai imuniti kelompok terhadap penyakit ini dan melindungi mereka yang tidak dapat menerima vaksin.
Sementara itu, JKJAV berkata, seramai 99,616 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech Comirnaty sejak semalam.
Sarawak merupakan negeri yang mempunyai jumlah orang awam menerima vaksin iaitu sebanyak 14,134, diikuti dengan Kelantan (10,941) dan Kuala Lumpur (10,970).
Program Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan telah bermula pada 24 Feb dan fasa pertama diberikan kepada petugas barisan hadapan, anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri (Adun) yang layak.
Fasa terbabit juga akan berterusan sehingga April, yang menyasarkan seramai 500,000 orang.
Fasa kedua pada April sehingga Ogos pula menyasarkan untuk memvaksin 9.4 juta orang.
Ini termasuk kakitangan kesihatan dan perkhidmatan penting serta individu berisiko mengalami gejala Covid-19 seperti warga emas mereka yang dan mempunyai penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, dan tinggi tekanan darah.
Bagi fasa ketiga, bermula pada Mei hingga Februari tahun 2022, pemberian vaksin akan diberikan kepada orang awam dewasa termasuk bukan warganegara. Fasa ini menyasarkan sekurang-kurangnya 13.7 juta orang.
Setakat ini, Comirnaty merupakan satu-satunya vaksin yang digunakan dalam kempen tersebut ,empat vaksin lain juga sedang dalam proses.
Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini memberikan kelulusan bagi pendaftaran bersyarat untuk vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh firma Britain AstraZeneca dan firma China Sinovac.
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga sedang meneliti vaksin yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Nasional Gamaleya untuk Epidemiologi dan Mikrobiologi Rusia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/ada-cara-baru-daftar-vaksin-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid 19 Menggunakan Aplikasi Mysejahtera

Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid 19 Menggunakan Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 584 hits
Jika anda belum daftar untuk terima suntikan vaksin COVID 19 anda boleh ikuti langkah cara daftar terima vaksin menggunakan aplikasi MySejahtera melalui aplikasi di Android dan iOS Hari ini melalui kemaskini terbaru rakyat Malaysia sudah bo...
Cara Daftar Vaksin Covid 19

Cara Daftar Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 519 hits
CARA DAFTAR VAKSIN COVID 19 Untuk makluman Vaksin Covid 19 iaitu Pfizer baru sahaja sampai ke Malaysia Jika anda bersetuju untuk menerima vaksin ini anda perlu membuat pendaftaran sebagai penerima vaksin terlebih dahulu Bagaimanakah cara da...
Cara Daftarkan Mak Ayah Untuk Terima Vaksin Covid 19

Cara Daftarkan Mak Ayah Untuk Terima Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 254 hits
Cara Daftarkan Mak Ayah Untuk Terima Vaksin Covid 19 TERDAHULU pendaftaran tanggungan untuk menerima vaksinasi Covid 19 telah diperkenalkan menerusi aplikasi MySejahtera seperti apa yang telah diumumkan oleh Penyelaras Program Imunisasi Cov...
Vaksin Tiba Buka Lembaran Baru Malaysia Perangi Covid 19

Vaksin Tiba Buka Lembaran Baru Malaysia Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 310 hits
Sebanyak 312 390 dos vaksin jenis Pfizer BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini Foto BernamaSEPANG 21 Feb Vaksin COVID 19 yang ditunggu tunggu untuk melindungi penduduk di Malaysia selamat tiba apabila pesawat ...
Korang Dah Daftar Belum Untuk Vaksin Covid 19

Korang Dah Daftar Belum Untuk Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 395 hits
hai assalammualaikum Korang Dah Daftar Belum Untuk Vaksin Covid 19 Korang dah cek belum dekat mysejahtera untuk vaksin ni Dah daftar belum untuk vaksin diri sendiri ni Aku sudah Daftar dekat Mysejahtera Tapi vaksin ni ikut peringkat peringk...
Menristek Sebut Varian Baru B119 Belum Berdampak Kinerja Vaksin Covid 19

Menristek Sebut Varian Baru B119 Belum Berdampak Kinerja Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 282 hits
Meskipun ditemukan varian baru Menristek Bambang menuturkan pengembangan vaksin Covid 19 secara mandiri masih terus berjalan sesuai jadwal Menurut dia tentunya pengujian kinerja bibit vaksin terhadap varian baru tersebut tetap akan dilakuka...
Vaksin Covid 19 Sudah Tiba

Vaksin Covid 19 Sudah Tiba

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 299 hits
Kuala Lumpur Kumpulan pertama vaksin Covid 19 Pfizer BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 10 pagi tadi
Satu Jam Penuh Debaran Juruterbang Kongsi Pengalaman Bawa Vaksin Covid 19

Satu Jam Penuh Debaran Juruterbang Kongsi Pengalaman Bawa Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 292 hits
Juruterbang pesawat Airbus 330 300 Kapten Hamdan Che Ismail ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini Foto BernamaSEPANG 21 Feb Ia merupakan satu jam yang paling mendebarkan bagi Kapten Hamdan Che Ismail sepanjan...
Garis Panduan Suntikan Vaksin Covid 19 Ketika Ramadan Akhir Bulan Ini

Garis Panduan Suntikan Vaksin Covid 19 Ketika Ramadan Akhir Bulan Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 283 hits
NILAI Garis panduan dan hukum pengambilan suntikan vaksin Covid 19 ketika Ramadan dijangka dikeluarkan pada hujung bulan ini kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad Al Bakri Beliau berkata panduan itu bagi memberi pemahaman...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Di Balik Layar Dakwah Yufid

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations

10 Malaysians Fined For Illegal Street Racing In Hatyai

Teen Runs Red Light Crashes Into Motorcyclist While Fleeing Police In Sungai Petani

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung