Cara Daftar Vaksin Covid 19


CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 (Aplikasi MySejahtera)

Untuk makluman Vaksin Covid-19 iaitu Pfizer baru sahaja sampai ke Malaysia. Jika anda bersetuju untuk menerima vaksin ini, anda perlu membuat pendaftaran sebagai penerima vaksin terlebih dahulu.Bagaimanakah cara daftar vaksin Covid-19?
Berdasarkan Buku Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV),terdapa dua kaedah secara dalam talian adalah pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera atau laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my.
Bagi pendaftaran secara manual pula, terdapat tiga kaedah yang membolehkan orang ramai mendaftar iaitu dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Maklumat janji temu seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS.
PROSES VAKSINASI COVID-19
Proses vaksinasi bagi mereka yang mendaftar secara dalam talian mahupun manual adalah sama merangkumi 18 langkah.
Bagaimanapun, bagi individu yang menerima vaksin jenis satu dos, langkah vaksinasi tamat pada Langkah 9 dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 Digital akan diberikan manakala penerima vaksin jenis dua dos proses tamat di Langkah 18.
Berikut adalah proses vaksinasi COVID-19:
Langkah 1 : Pendaftaran secara dalam talian (MySejahtera dan di www.vaksincovid.gov.my) atau secara manual (talian hotline, fasiliti klinik kesihatan dan program bantuan)
Langkah 2 : Terima tarikh janji temu
Langkah 3 : Hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
Langkah 4 : Saringan suhu dan gejala
Langkah 5 : Daftar kod QR dan semakan identiti
Langkah 6 : Konsultasi dan mengisi borang kebenaran
Langkah 7 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 1)
Langkah 8 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan.
Langkah 9 : Terima kad vaksin dan Sijil Imunisasi Vaksin Covid-19 (bagi penerima jenis vaksin satu dos)
Langkah 10 : Pemantauan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) Covid-19
Langkah 11 : Terima tarikh janji temu (suntikan dos kedua)
Langkah 12 : Hadir ke PPV
Langkah 13 : Saringan suhu dan gejala
Langkah 14 : Daftar kod QR dan semakan identiti
Langkah 15 : Terima suntikan dan sahkan penerimaan vaksin (Dos 2)
Langkah 16 : Pemerhatian selama 30 minit selepas suntikan
Langkah 17 : Terima Sijil Imunisasi Vaksin COVID-19 Digital dan kemas kini kad vaksin (bagi daftar manual)
Langkah 18 : Pemerhatian kesihatan diri untuk sebarang kesan sampingan
Sebelum daftar sebagai penerima vaksin Covid-19,anda perlu kemaskini aplikasi MySejahtera terlebih dahulu.
CARA KEMASKINI APLIKASI MySejahtera
Bagaimanakah cara  mengemaskini / update aplikasi pada PlayStore ataupun AppStore?
Terdapat beberapa fungsi kemaskini aplikasi MySejahtera:
KEMASKINI APLIKASI MySejahtera(Status Lokasi Semasa)
Masuk ke dalam aplikasi Mysejahtera yang telah anda update. Klik tutup dahulu jika paparan check in seperti gambar di atas ini terpapar. Kemudian, klik STATUS RISIKO Klik STATUS MULA Sila jawab semua soalan dan klik HANTAR Pastikan semua maklumat tepat,klik OK Kemudian klik ikon PROFIL Kini anda boleh tahu warna zon status lokasi mengikut daerah tempat tinggal anda. KEMASKINI APLIKASI MySejahtera(Tambah Ahli Keluarga)
Masuk ke dalam aplikasi Mysejahtera yang telah anda update. Klik tutup dahulu jika paparan check in seperti gambar di atas ini terpapar. Kemudian, klik MORE Seterusnya klik MANAGE DEPENDENTS Klik ADD DEPENDENTS Sila isi maklumat anak.Jika ada ramai klik ADD ANOTHER Semasa nak check in,sila tandakan anak jika bawa anak bersama CARA DAFTAR PENERIMA VAKSIN COVID-19 (Aplikasi MySejahtera)
Berikut adalah cara daftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui Aplikasi MySejahtera:
Masuk ke dalam aplikasi Mysejahtera yang telah anda update. Klik tutup dahulu jika paparan check in seperti gambar di atas ini terpapar. Kemudian, barulah klik menu yang tertera Vaksinasi Covid-19. Klik menu yang tertera seperti gambar di atas ini. Isikan maklumat peribadi anda seperti nama penuh dan no kad pengenalan.Dan setelah selesai, klik sahkan. Anda akan ditanya jika maklumat anda betul.Klik OK. Klik seterusnya bagi mengetahui sama ada anda berada dalam kategori fasa 1 penerima vaksin atau tidak. Untuk makluman, fasa 1 vaksinasi adalah untuk barisan hadapan (frontliner). JADUAL PROGRAM VAKSINASI COVID-19
Jadual mengikut fasa adalah seperti di bawah:
fasa 1 (februari – April 2021) : Frontliner bahagian kesihatan dan bahagian pertahanan Fasa 2 (April- Ogos 2021): Frontliner dan juga golongan berisiko 60 tahun ke atas. Fasa 3 (May 2021 – Februari 2022): Golongan selebihnya. SOALAN LAZIM
Bagaimanaka cara untuk laporkan kesan sampingan vaksin?
Individu yang mengalami kesan sampingan suntikan boleh membuat laporan di fasiliti kesihatan terdekat, aplikasi MySejahtera dan di portal laporan ConSERF NPRA di www.npra.gov.com
Berapa dos vaksin yang perlu diambil?
Vaksin dua dos merangkumi vaksin dari syarikat Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac) dan CanSinoBIO manakala vaksin satu dos daripada Sputnik V.
Siapa yang layak menerima vaksin Covid-19?
Semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun yang layak boleh menerima vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech.
Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan, mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 seperti warga emas, pesakit dengan masalah perubatan seperti pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma, kanser dan
sebagainya.
Bolehkah saya menolak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19?
Anda boleh memilih untuk tidak menerima vaksin kerana penerimaan vaksin COVID-19 ini adalah secara sukarela.
Sekiranya anda adalah petugas barisan hadapan, mempunyai
penyakit kronik dan warga emas, penerimaan vaksin ini boleh mengurangkan risiko keterukan penyakit apabila anda dijangkiti.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN 
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang cara daftar vaksin Covid-19, sila bertanya kepada petugas kesihatan berhampiran
Anda juga melayari laman sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih tepat dan dipercayai seperti:
• WHO: www.who.int
• CDC : https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html.
• FDA : https://www.fda.gov/emergency-preparedness-andresponse/mcmlegal-regulatory-and-policy-framework/emergency-useauthorization
The post CARA DAFTAR VAKSIN COVID-19 (Aplikasi MySejahtera) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/cara-daftar-vaksin-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid 19 Menggunakan Aplikasi Mysejahtera

Cara Daftar Sebagai Penerima Vaksin Covid 19 Menggunakan Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 537 hits
Jika anda belum daftar untuk terima suntikan vaksin COVID 19 anda boleh ikuti langkah cara daftar terima vaksin menggunakan aplikasi MySejahtera melalui aplikasi di Android dan iOS Hari ini melalui kemaskini terbaru rakyat Malaysia sudah bo...
Korang Dah Daftar Belum Untuk Vaksin Covid 19

Korang Dah Daftar Belum Untuk Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 362 hits
hai assalammualaikum Korang Dah Daftar Belum Untuk Vaksin Covid 19 Korang dah cek belum dekat mysejahtera untuk vaksin ni Dah daftar belum untuk vaksin diri sendiri ni Aku sudah Daftar dekat Mysejahtera Tapi vaksin ni ikut peringkat peringk...
Menjawab Dakwaan Dr Roland Berkenaan Vaksin Covid 19

Menjawab Dakwaan Dr Roland Berkenaan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 201 hits
Saya merujuk video bertajuk berkenaan vaksin Covid 19 oleh Dr Roland Victor Jelas bahawa sikap Dr Roland amat negatif terhadap vaksin Pfizer BioNTech dan hanya fokus kepada kesan sampingan vaksin ini tanpa memberi penjelasan menyeluruh Ini ...
Anda Disarankan Untuk Tangguh Dulu Ambil Vaksin Covid 19 Jika Hamil Menyusu Anak

Anda Disarankan Untuk Tangguh Dulu Ambil Vaksin Covid 19 Jika Hamil Menyusu Anak

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 281 hits
Wanita mengandung serta yang menyusukan anak disaran untuk menangguhkan pengambilan vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech bagi mengelak sebarang kesan sampingan yang mungkin wujud Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia Prof Ma...
Vaksin Pertama Covid 19 Pfizer Biontech Telah Tiba Di Malaysia

Vaksin Pertama Covid 19 Pfizer Biontech Telah Tiba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 419 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera perjalanan vaksin kumpulan pertama vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui penerbangan MH604 pada jam 10 00 pagi hari ini dikendalikan oleh MABkarg...
Satu Jam Penuh Debaran Juruterbang Kongsi Pengalaman Bawa Vaksin Covid 19

Satu Jam Penuh Debaran Juruterbang Kongsi Pengalaman Bawa Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 259 hits
Juruterbang pesawat Airbus 330 300 Kapten Hamdan Che Ismail ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini Foto BernamaSEPANG 21 Feb Ia merupakan satu jam yang paling mendebarkan bagi Kapten Hamdan Che Ismail sepanjan...
Vaksin Covid 19 Sudah Tiba

Vaksin Covid 19 Sudah Tiba

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 263 hits
Kuala Lumpur Kumpulan pertama vaksin Covid 19 Pfizer BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 10 pagi tadi
Vaksin Tiba Buka Lembaran Baru Malaysia Perangi Covid 19

Vaksin Tiba Buka Lembaran Baru Malaysia Perangi Covid 19

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 270 hits
Sebanyak 312 390 dos vaksin jenis Pfizer BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini Foto BernamaSEPANG 21 Feb Vaksin COVID 19 yang ditunggu tunggu untuk melindungi penduduk di Malaysia selamat tiba apabila pesawat ...
Apa Itu Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

Apa Itu Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 412 hits
Kumpulan slot pertama vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui penerbangan MH604 pada jam 10 00 pagi bertarikh 21 Februari 2021 ianya dikendalikan oleh MABkargo Sdn Bhd Apa Itu Vaksin ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian