Lockdown Takkan Henti Kenaikan Kes Covid 19 Kata Ahli Virologi
                     Predeep Nambiar

Ahli  virologi berkata, wabak Covid-19 akan terus merebak selagi rantaian penularannya berterusan, justeru fokus sepatutnya diberikan kepada  vaksinasi.GEORGE TOWN: Jumlah kes Covid-19 dalam negara akan terus meningkat  walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan kerana  strain yang mudah berjangkit membuatkan kehadirannya terus dirasai,  menurut dua ahli virologi dari Universiti Sains Malaysia.
Mereka berkata, keadaan normal mungkin kembali apabila kebanyakan  rakyat divaksin dan jumlah kes serius berkurangan serta virus menjadi  endemik.
Dr Kumitaa Theva Das dan Dr Muhammad Amir Yunus berkata demikian  selepas bekas perdana menteri, Najib Razak baru-baru ini bertanya kenapa  jumlah kes harian masih tinggi walaupun PKP sekali lagi dilaksanakan.

Dr Kumitaa Theva Das.Kumitaa berkata, hampir pasti strain yang lebih mudah berjangkit ada  dalam kalangan kita dan kadar positifnya dijangka meningkat.
                                                                                                                                         Merujuk kajian 64 negara baru-baru ini katanya, jumlah jangkitan yang  berpunca daripada varian Delta meningkat sebanyak 97% berbanding varian  yang mula dikesan di Wuhan, China.
“Apa yang dimaksudkan ini adalah jika virus terdahulu menular  daripada seorang individu kepada dua orang, varian Delta kini  menjangkiti empat orang,” katanya kepada FMT.
Memetik laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah pada 23  Jun lalu katanya, nilai kebolehjangkitan varian Alpha adalah 29%, Beta  (25%), Gamma (38%) dan Delta (97%).
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 14 kes varian  Beta dan lapan kes varian Delta antara 11 hingga 19 Jun lalu. Menjelang  24 Jun, 189 kes varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan  (VOI) dicatatkan.
                                                                                                                                                                                                                       Kumitaa berkata, tumpuan sekarang tidak sepatutnya hanya pada kadar  positif dan nilai R-naught (R0) semata-mata, tetapi juga mengenai strain  dan semudah mana ia menular.
“Pada pendapat saya, kadar positif negara akan meningkat walaupun  ‘lockdown’ dilaksanakan. Ini disebabkan varian baharu. Ia lebih mudah  merebak.
“Mungkin kita boleh mengambil pendekatan Singapura. Sebaik sahaja  kita memberikan vaksin kepada majoriti populasi, kita boleh  mengisytiharkannya sebagai endemik, sesuatu yang akan wujud bersama kita  selamanya.

Dr Muhammad Amir Yunus.“Ia akan sama seperti selesema, dengan individu perlu mengambil suntikan sekali setahun.”
Amir berkata, Covid-19 akan terus berkembang selagi rantaian penularan berterusan.
Katanya, fokus sepatutnya diberikan kepada vaksinasi.
Beliau menggesa pelaksanaan “lockdown” dipertimbangkan semula dengan  segera kerana ia terbukti tidak berkesan mengurangkan jumlah kes  Covid-19.
“Lockdown bukan lagi satu-satunya langkah berkesan untuk membendung penularan pada masa depan.
“Juga, langkah ‘lockdown” semasa kita separuh masak akibat kepentingan ekonomi dengan kebanyakan kilang masih beroperasi.
“Dengan lebih banyak vaksinasi dan penurunan ketara kes Covid-19 yang  serius, kita boleh mengambill laluan endemik seperti negara jiran kita  dan membina semula ekonomi.
“Saya fikir paling tidak apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah  mengkaji atau mempertimbangkan semula strategi ‘lockdown’. Mungkin kita  boleh menggunakan langkah lebih ketat di negeri dengan jumlah kes tinggi  dan melonggarkan syarat di negeri yang mencatatkan kes lebih sedikit.”
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/lockdown-takkan-henti-kenaikan-kes.html