Littoral Combat Ship Berapa Kali Nak Kena Kencing Ni



MENTERI Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, telah mengumumkan bahawa menerusi mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri secara sebulat suara bersetuju untuk meneruskan program kapal tempur pesisir pantai atau Littoral Combat Ship (LCS) yang telah terbengkalai sekian lama.
Menurut beliau, antara faktor yang diambil kira mengenai kenapa program tersebut bakal diteruskan ialah, LCS merupakan aset yang amat dikehendaki dan diperlukan, terutama dalam merealisasikan konsep pemodenan platform 15 ke 5 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengikut pelan transformasi sedia ada.
Apa yang lebih kritikal menurut beliau lagi, LCS diperlukan untuk meningkatkan kesiapsiagaan pasukan armada TLDM dan menambah baik usaha memelihara serta menjaga persempadanan kedaulatan maritim negara daripada diceroboh.
Terdapat 400 vendor terbabit dalam projek ini dan daripada jumlah itu, 100 adalah syarikat tempatan milik rakyat Malaysia. Implikasi bayaran tertunggak melibatkan syarikat-syarikat tersebut mencecah sehingga RM1 bilion kepada vendor sejak tiga tahun lalu, menjejaskan kedudukan kewangan mereka manakala ramai pekerja terpaksa dibuang.

Sebanyak 90 peratus daripada syarikat-syarikat ini pula ada hubung kait dengan veteran dan majoritinya berada di Lumut, terutama pekerja berkemahiran dan pakar yang turut mempunyai keluarga atau tanggungan di kawasan sekitarnya.
Impak terhadap ekonomi kawasan berdekatan seperti Manjung juga bakal terjejas teruk sekiranya LCS tidak diteruskan, apa lagi selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.
KELEWATAN
Satu siasatan khas diketuai Ketua Audit Negara pada 2021, mendapati hanya RM5.94 bilion telah digunakan manakala sekurang-kurangnya RM1 bilion tidak diketahui ke mana perginya.
Lebih menyedihkan proses perolehan kapal pertama LCS mengalami kelewatan 39.52 peratus atau 43 bulan, menyebabkan pembayaran kepada pengeluar asal atau OEM tidak dapat dibuat mengikut jadual ditetapkan.
Program LCS itu kini seakan satu skrip filem lama yang dimainkan semula, dengan tajuk sedikit berbeza, pengarah serta para pelakon baharu tetapi dengan kesudahan yang sama.
Masih ingatkah mengenai apa yang berlaku pada kapal ronda generasi baharu atau New Generation Patrol Vessel atau (NGPV) untuk TLDM sekitar awal tahun 2000?
Pada tahun 2005, pihak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau Public Accounts Committee (PAC) telah mengumumkan bahawa terdapat skandal rasuah dan kewangan dalam pengurusan program tersebut mengakibatkan firma PSC-ND telah gagal memenuhi tarikh penyerahan NGPV kepada TLDM.
Seperti LCS, 40 buah firma tempatan yang terlibat sebagai sub-kontraktor dalam program NGPV telah tidak dibayar oleh PSC-ND dengan jumlah kira-kira RM180 juta, selain gagal membayar wang caruman KWSP bernilai RM4 juta walaupun potongan dibuat terhadap gaji 1,500 pekerjanya.
PAC menyatakan bahawa RM120 juta perlu untuk menyiapkan dua kapal pertama dengan pihak kerajaan terpaksa menyuntik dana RM80 juta untuk dibayar kepada vendor-vendor tempatan yang terkesan.
Rakyat sebenarnya tidak lagi merasa terkejut dengan apa yang berlaku, malah kata-kata Menteri Kanan (Pertahanan) bahawa keputusan meneruskan program LCS bakal dapat meningkatkan lagi semangat anggota TLDM untuk terus berjuang demi kedaulatan negara mungkin kedengaran sedikit ‘kosong’.
Mungkin mereka yang diamanahkan untuk merangka, melaksana, menjaga dan menguruskan perolehan platform TLDM perlu bermuhasabah di bulan Ramadan yang mulia ini.
Dari Abu Hurairah R.A, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda, “Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.” (HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998)
Imam Nawawi memberi pencerahan berkaitan hadis ini, iaitu, seorang mukmin itu terpuji ketika ia cerdas, berwaspada dalam pekerjaannya, tidak lalai dalam urusannya, dan tidak akan mengulangi kesalahan sama.
Analogi yang diberi junjungan Nabi kita berkaitan kesilapan yang dilakukan ialah dengan membenarkan seekor ular sama dari lubang yang sama mematuk kita buat kali yang kedua, setelah terkena patukan kali pertamanya.
Bukankah ini satu analogi yang tepat berkaitan program NGPV dan LCS?

Muhammad Fuad Mat Noor ,Penganalisis Pertahanan dan pernah menerima anugerah Wartawan Terbaik oleh Kementerian Pertahanan Malaysia pada tahun 2003, 2004, 2006 dan 2007

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/04/littoral-combat-ship-berapa-kali-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja Video

Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja Video

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 178 hits
Jual Kerepek Nak Balik Raya Selepas 2 Kali Kehilangan Kerja VIDEO JOHOR BAHRU Walaupun diuji dugaan berat apabila kehilangan kerja dua kali berturut turut seorang lelaki di sini nekad berusaha menjual kerepek bagi pulang berhari raya ke Ter...
Biskut Thumbprint Mudah Buat Gerenti Ulang Kali Nak Makan

Biskut Thumbprint Mudah Buat Gerenti Ulang Kali Nak Makan

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 121 hits
Siapa yang suka mengunyah biskut raya kenalah buat yang memang menjadi kegemaran Boleh cuba buat biskut thumbprint dengan menggunakan ibu jari Tambah sedap disalut pula dengan kacang tumbuk yang sudah disangai Confirm ketagih nak makan Bisk...
Kalau Nak Kira Juga Kenalah Intai Che Ta Kali Ini Tak Kongsi Jumlah Baju Raya Buat Awal Elak Kalut

Kalau Nak Kira Juga Kenalah Intai Che Ta Kali Ini Tak Kongsi Jumlah Baju Raya Buat Awal Elak Kalut

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 354 hits
Pelakon popular Rozita Che Wan atau Che Ta memilih untuk tidak berkongsi mengenai persalinan baju rayanya tahun ini atas alasan tersendiri Menurut Che Ta dia bagaimanapun tetap akan berkongsi mengenai aktiviti sambutan lebarannya bersama ke...
Fikir Banyak Kali Tu Tu Lambat Dedah Nak Lompat

Fikir Banyak Kali Tu Tu Lambat Dedah Nak Lompat

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 222 hits
Aktivis bidas ahli Parlimen lambat dedah tawaran berpaling tadah April 18 2022 P Prabakaran dan Rusnah Aluai baru baru ini memberitahu Dewan Rakyat mengenai tawaran yang diterima untuk berpaling tadah daripada parti mereka PETALING JAYA Dua...
Berapa Kali Tetapi Daa

Berapa Kali Tetapi Daa

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 185 hits
Hari ini 1 Mei 2022 protokol Covid 19 baharu dilaksanakan Begitu menurut Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya dan juga Khairy Jamaluddin menterinya menerusi TikTok Bagi saya pengumuman menteri lebih menarik Siap dengan intro jeng jeng j...
Nak Tau Kisah Nabi Saw Dengan Buah Limau Baca Ni

Nak Tau Kisah Nabi Saw Dengan Buah Limau Baca Ni

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 305 hits
NAK TAU KISAH NABI SAW DENGAN BUAH LIMAU BACA NI Selamat pagi sahabat kesayangan Jom baca satu kisah menarik mengenai akhlak Nabi SAW terhadap pemberian orang kepada baginda Nak tau kisah Nabi SAW dengan buah limau Baca ni Suatu hari Rasulu...
Pandai Pandailah Nak Melepaskan Diri Dari Jerat Cinta Lelaki Tua

Pandai Pandailah Nak Melepaskan Diri Dari Jerat Cinta Lelaki Tua

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 92 hits
APABILA membaca e mel yang dihantar oleh Ezora dan berbual dengan beliau di telefon pasal bercinta dengan orang tua membuatkan saya teringat kembali kepada e mel yang pernah dihantar oleh Puan Fifi awal Februari yang lalu Kata kata atau pan...
Memang Tak Bantu La Nak Bantu Macamana Nak Buka Khemah Tapi Tak Mahu Masuk Ph Kuat Mana Sangat

Memang Tak Bantu La Nak Bantu Macamana Nak Buka Khemah Tapi Tak Mahu Masuk Ph Kuat Mana Sangat

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 146 hits
PKR tak bantu PH berdiam diri mengenai kerjasama politik kata penganalisis April 22 2022 Anwar Ibrahim membuatkan penyokong PH tertunggu tunggu manakala Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng menutup pintu kepada Bersatu dan PAS PETALING JAYA Kegaga...
Nak Tau Kategori Prospek Atau Pelanggan Dalam Bisnes Korang Meh Baca Perkongsian Menarik Ni

Nak Tau Kategori Prospek Atau Pelanggan Dalam Bisnes Korang Meh Baca Perkongsian Menarik Ni

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 173 hits
NAK TAU KATEGORI PROSPEK ATAU PELANGGAN DALAM BISNES KORANG MEH BACA PERKONGSIAN MENARIK NI Zaman sekarang tak dinafikan ramai orang libatkan diri dalam bisnes tak kiralah bisnes offline atau online Tapi rasanya kalau cikla tanya sahabat ci...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show