Lindungi Warga Emas Daripada Covid 19
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua. Naim harap kalian sihat dan gembira bersama-sama keluarga tercinta di waktu PKP di lanjutkan selama dua minggu lagi iaitu sampai 28 April 2020. Kali ini PKP akan berada di bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan. Amin!. Seperti biasa , jangan di lupa berselawat kepada Nabi Muhammad. Semoga kelak kita bersama-sama Nabi Muhammad di syurga.
Seperti tajuk entri di atas, Naim just paste gambar dari MKN (Majlis Keselamatan Negara ) berkenan COVID-19 kepada warga emas. Sedar tak sahabat-sahabat semua, kes yang meninggal dunia akibat COVID-19 hampir semua adalah warga emas dan ada penyakit sedia di hidapi oleh warga emas seperti darah tinggi , kencing manis dan jantung. Yang pasti kekuatan badan warga emas untuk lawan covid-19 adalah 50-50 jika ada penyakit yang Naim sebutkan tadi.
Akan tetapi, dengan pencegahan kita lakukan , Insha Allah ibu bapa kita akan selamat daripada terkena COVID-19. Dengar nasihat kerajaan stay safe dan stay at home. Ada beberapa langkah-langkah yang di cadang oleh kerajaan seperti gambaran di atas :-
1) Barangan keperluan harian mencukupi
2) Bekalan ubatan mencukupi dan patuhi temu janji rawatan
3) mendapat rawatan segera jika sakit
4) Memberi sokongan (sentiasa positif)
5) Jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter
6) Pakai penutup mulut dan hidung jika bergejala penyakit
7) Guna tisu apabila batuk dan bersin
8) Kerap cuci tangan dengan air dan sabun
8 Lankah ini akan menjadi ibu bapa kita selamat dan terhindar daripada COVID-19 ini. Insha ALlah. Pada waktu sama kita kena sentiasa positif dengan COVID-19 kerana ia makhluk Allah yang halus datang kepada manusia. Sama ada ia ingin mencuci dosa-dosa kita terhadap Allah. Jangan putus berdoa supaya COVID-19 segera lenyap di muka bumi ini. Kerana kita hanya hamba Allah. Kena banyakkan :-
1) Solat sunat Hajat
2) Beistighfar
3) Berselawat kepada Nabi Muhammad
Semoga wabak ini terus lenyap di muka bumi ini. Insha Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2020/04/lindungi-warga-emas-daripada-covid-19.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)