Lima Resipi Comfort Food Ayam Brand Untuk Melangkah Ke Tahun Baharu
Lima Resipi Comfort Food Ayam Brand™ untuk Melangkah ke Tahun Baharu| ‘Comfort food’ adalah makanan ringkas yang pernah menjadi kegemaran di masa lampau. Ia mampu membawa kita kembali ke zaman sewaktu kecil, melangkah ke dapur melihat ibu atau nenek memasak makanan yang kita gemari disediakan dengan penuh kasih sayang. Mari melangkah ke Tahun Baharu dengan penuh kasih sayang, harapan dan semangat yang baru!
Ayam Brand telah menghasilkan lima resipi ‘comfort food’ yang mudah disediakan dan menyihatkan bagi mengembalikan nostalgia makanan lampau sambil membawa kegembiraan tahun baharu 2021. Resipi ringkas ini menggunakan bahan-bahan asas dapur yang biasa ditemui di rumah. Jika ketiadaan mana-mana bahan, gantikan sahaja dengan apa yang ada. Tiada masalah. Terokai lebih banyak Resipi Comfort Food di www.ayambrand.com.my/comfortfood
1. Nasi Goreng Sardin & Udang
Nasi goreng merupakan ‘comfort food’ yang serba guna dan wajib ada di rumah. Resipi Nasi Goreng Sardin dan Udang yang menyelerakan ini hanya memerlukan 8 bahan yang mudah didapati di rumah iaitu satu tin Ayam Brand™ Sardines in Extra Virgin Olive Oil, udang, telur, kicap, cili kembung merah, jagung manis, nasi yang telah ditanak dan minyak masak.
Pukul telur bersama-sama secubit garam, dan goreng. Semasa menggoreng, potong udang menjadi kepingan-kepingan panjang. Tiada udang? Gantikan dengan kepingan ayam atau daging. Atau cukup sekadar ada sardin sebagai sumber protein apatah lagi ia juga padat dengan Omega 3! Panaskan lebih banyak minyak, goreng kilas bahan-bahan selebihnya sehingga betul-betul masak, dan gaulkan kesemuanya dengan sempurna. Ringkas namun cukup berkhasiat.
Masa penyediaan bahan: 10 minit Memasak: 10 minit Hidangan: 2 orang
2. Paratel Makerel
Bagi penggemar kari, paratel iaitu sejenis masakan kari kering dengan hanya sedikit kuah seharusnya menjadi makanan asas yang lazat dan mudah disediakan. Malah memasaknya pun lebih cepat berbanding memasak kari biasa!
Anda perlukan satu tin Ayam Brand™ Mackarel in Tomato Sauce, daun kari, bawang merah yang dihiris, cili merah, serbuk cili, limau nipis dan garam. Ramuan yang biasa sahaja namun apabila digabungkan mampu membangkitkan selera!
Panaskan minyak, lalu tumis bawang, daun kari dan cili merah sehingga berbau harum. Masukkan makerel dengan sos tomato dan tekan dengan lembut. Perah limau nipis dan tambahkan serbuk cili serta garam secukup rasa. Biarkan masak sehingga sedikit kering, kemudian hidangkan dengan nasi, roti atau capati.
Masa penyediaan: 5 minit Memasak: 10 minit Hidangan: 4 orang
3. Loco for Cacao
Masih ingat lagi semasa ibu membancuh minuman coklat panas di waktu malam yang hujan dan sejuk? Sedap dan mampu memanaskan badan. Kembalikan tradisi ini dengan membancuh minuman berkhasiat gabungan Timur dan Barat yang kami panggil Loco for Cacao. Campurkan 80ml Ayam Brand Coconut Super Light dengan serbuk minuman coklat kegemaran anda, 20ml sirap vanila dan 10ml sirap kayu manis. Untuk lebih rasa, hiaskan dengan kelapa bakar.
Masa penyediaan: 5 minit Membancuh: 5 minit Hidangan: 4 orang
4. Mufin Pastri Saba
Minum petang dengan karipap pusing dan kuih-muih yang dibeli dari makcik di seberang jalan merupakan sebahagian daripada keindahan hidup di Malaysia.
Mufin pastri saba yang dibakar ini padat dengan kebaikan Omega 3. Bentangkan doh pastri lapis yang dibeli di kedai. Gunakan mangkuk untuk membuat bentuk bulat. Letakkan di dalam panci mufin kemudian isikan dengan Ayam Brand Chilli Saba atau Ayam Brand Saba Mayo ditambah dengan jagung manis, cili hijau yang dihiris dan bawang hijau. Bakar sehingga berwarna keperangan dan ia sedia untuk dihidang.
Masa penyediaan: 10 minit Memasak: 20 minit Hidangan: 12 orang
5. Pastri Pinwheel Saba
Meskipun kita tidak digalakkan kerap makan di luar buat masa ini, kita masih boleh membuat kafe sendiri di rumah! Pastri ini sesuai dimakan sambil menunggu janji temu di Zoom.
Cuba kaedah baru membuat sandwic telur dadar pedas yang pernah dibuat oleh nenek.
Mulakan dengan asasnya iaitu pastri lapis segera. Sapukan campuran dua tin Ayam Brand Saba atau Ayam Brand Tuna in Chili, jagung, serbuk kari, keju dan ketumbar, kemudian gulung. Potong pastri yang telah digulung tadi menjadi hirisan setebal 2cm, letakkan di atas dulang yang dilapik, sapukan pelicau telur dan bakar sehingga keperangan.
Masa penyediaan: 10 minit Memasak: 20 minit Hidangan: 12 orang
Layari laman Facebook Ayam Brand Malaysia dan sertai peraduan Memories with Ayam Brand dan kuiz lain untuk berpeluang memenangi kalendar Ayam Brand 2021!
Terokai lebih banyak resipi yang enak dan mudah disediakan daripada Ayam Brand di https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video.html, laman Facebook https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia dan Instagram https://www.instagram.com/ayambrandmy/ bagi menambah pilihan makanan berkhasiat untuk si kecil. Kekal selamat dan kekal sihat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eldarwena.com/2020/12/lima-resipi-comfort-food-ayam-brand.html