Kenderaan Barangan Dibenar Beroperasi Atas Jalan Raya Sepanjang Tahun Baharu Cina


Oleh MOHD HUSNi MOHD NOOR WEE KA SIONGPUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan membenarkan kenderaan barangan untuk beroperasi di atas jalan raya sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina bermula minggu depan.
Menterinya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kementerian tidak melaksanakan perintah larangan tersebut memandangkan semua negeri berada di bawah pelaksanaan PKP sehingga 18 Februari ini dan Sarawak yang berada di bawah PKP Bersyarat (PKPB) sehingga 14 Februari.
“Setiap tahun, kementerian biasanya mengeluarkan perintah larangan kepada kenderaan barangan daripada beroperasi di atas jalan raya bagi beberapa hari yang ditetapkan di sepanjang tempoh perayaan Tahun Baharu Cina.
“Larangan adalah bertujuan meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan mengelakkan berlakunya kesesakan dengan mengurangkan percampuran kenderaan-kenderaan barangan di dalam aliran trafik,” katanya di sini.
Dalam pada itu, Ka Siong berkata, kementerian telah mengemas kini Surat Pengesahan Pengoperasian Perkhidmatan Perlu untuk kegunaan pemain industri pengangkutan dan logistik sepanjang tempoh pelaksanaan lanjutan PKP.
Menurutnya, pengemaskinian itu dibuat dengan mengambil kira maklum balas serta input daripada para pemain industri pengangkutan dan logistik berkenaan isu di lapangan dan demi kepentingan rakyat.
“Semua pemain industri pengangkutan dan logistik yang telah berdaftar dipelawa memuat turun surat berkenaan melalui Sistem SMILE di pautan https://application.mot.gov.my.
“Kementerian ingin menegaskan bahawa pemain industri pengangkutan dan logistik bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Tindakan kompaun akan diberikan selaras Seksyen 25, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 342] jika ia gagal dipatuhi,” katanya.
Katanya, tiada halangan pengoperasian dikenakan bagi perkhidmatan perlu sepanjang tempoh PKP termasuk ketika musim perayaan Tahun Baru Cina.
Ka Siong berkata, ia selari dengan peraturan-peraturan sedia ada di sepanjang tempoh PKP dan PKPB termasuk yang melarang pergerakan rentas negeri dan daerah kecuali bagi sektor kritikal yang telah dibenarkan.
“Namun diingatkan bahawa segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu dipatuhi tanpa sebarang kompromi,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/kenderaan-barangan-dibenar-beroperasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Besar Tahun Baharu Cina Dibenarkan Tidak Lebih 15 Orang

Makan Besar Tahun Baharu Cina Dibenarkan Tidak Lebih 15 Orang

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 428 hits
Putrajaya Masyarakat Cina yang bakal merayakan Tahun Baharu Cina pada 12 dan 13 Februari ini kini boleh meneruskan tradisi makan besar keluarga apabila Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara hari ini meluluskan penambahbaikan prosedur...
Video Filem Pendek Tahun Baharu Cina Tnb Terima Sambutan

Video Filem Pendek Tahun Baharu Cina Tnb Terima Sambutan

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Filem pendek Tahun Baharu Cina terbitan Tenaga Nasional Berhad Nian tastic New Start menarik perhatian luar biasa selepas ditonton lebih 6 08 juta kali selepas seminggu dimuat naik di media sosial Ketua Pegawai Perkhidmatan Kor...
Masyarakat Tionghua Akur Sambut Tahun Baru Cina Dalam Suasana Norma Baharu

Masyarakat Tionghua Akur Sambut Tahun Baru Cina Dalam Suasana Norma Baharu

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 364 hits
Tahun Baru Cina kali ini disambut dalam suasana norma baru disebabkan dunia dan negara ini masih diselubungi penularan Covid 19 Walaupun tidak dapat merayakan Tahun Baru pada tahun ini perkara paling utama dititiberatkan oleh kerajaan ialah...
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri Pulau Pinang Batal

Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri Pulau Pinang Batal

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 401 hits
Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan cadangan untuk mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri yang dijadualkan berlangsung pada 13 Februari depan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Teh Lai Heng berkata keputusan...
Sop Versi Baharu Tahun Baru Cina Diumum Isnin Ini

Sop Versi Baharu Tahun Baru Cina Diumum Isnin Ini

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR 24 Jamadilakhir 1442H Sabtu Versi terbaharu prosedur operasi standard untuk perayaan Tahun Baru Cina kemungkinan akan diumumkan pada hari Isnin kata seorang pemimpin kumpulan agama Presiden Gabungan Persatuan Taois Ma
Ada Sinar Buat Keluarga Miskin Menjelang Tahun Baru Cina

Ada Sinar Buat Keluarga Miskin Menjelang Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 324 hits
Rumah usang milik Chin Kim Choy akan dibaiki selepas berita mengenai kesusahannya mendapat perhatian Chin Kim Choy berkata sesuatu kepada wakil komuniti Cina pejabat Parlimen Ampang Fong Teck Keong ketika melihat keadaan bumbung rumahnya ya...
Masakan Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis Sempena Tahun Baru Cina Untuk Sekeluarga Nikmati

Masakan Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis Sempena Tahun Baru Cina Untuk Sekeluarga Nikmati

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 385 hits
Ayam goreng sememang menjadi kesukaan ramai Namun lebih enak jika dihidangkan berkuah seperti menu ayam goreng cili halia masam manis ini Sempena tahun baru cina menu istimewa ini boleh dihidang untuk makan bersama keluarga Jika anda tidak ...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara