Lima Menteri Empat Timbalan Menteri Wanita Perkuat Kabinet


KUALA LUMPUR, 9 Mac – Barisan jemaah menteri baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyaksikan wanita diberi kepercayaan menerajui lima kementerian selain empat orang lagi dilantik menjadi timbalan menteri.
Mereka terdiri daripada gandingan mula lama yang telah berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini dan muka baharu termasuk pelantikan julung kalinya wakil rakyat wanita daripada PAS selain wakil daripada Bersatu, Barisan Nasional (BN), dan GPS.
Bilangan wanita yang dilantik kali ini tidak berbeza dengan jumlah dalam barisan Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
Lima Ahli Parlimen yang diberi kepercayaan menjawat jawatan menteri ialah Datuk Seri Rina Harun (Menteri Wanita dan Keluarga); Datuk Dr Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi); Zuraida Kamaruddin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan); Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan); dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan).
Rina dalam Kerajaan PH sebelum ini memegang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar, manakala Zuraida kembali menjawat jawatan yang pernah disandangnya sebelum ini.
Nancy, pula sebelum ini pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) semasa Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Halimah adalah bekas Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagi jawatan timbalan menteri pula, Muhyiddin turut memberi kepercayaan kepada Ahli Parlimen Wanita daripada PAS dengan melantik muka baharu Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff sebagai Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga.
Pelantikan Siti Zailah yang merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merupakan merupakan sejarah baharu dalam politik negara.
Dua lagi muka baharu yang dilantik menjadi timbalan menteri ialah Datin Mastura Yazid (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas); dan Datuk Hanifah Hajar Taib (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).
Sementara itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang pernah menjadi Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia semasa pentadbiran Kerajaan BN sebelum ini, kini dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
 
Sumber: Bernama
The post Lima Menteri, Empat Timbalan Menteri Wanita Perkuat Kabinet appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/09/lima-menteri-empat-timbalan-menteri-wanita-perkuat-kabinet/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Menteri Dan Empat Timbalan Dalam Kabinet Baharu Dari Sabah

Dua Menteri Dan Empat Timbalan Dalam Kabinet Baharu Dari Sabah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 385 hits
Enam pemimpin dari Sabah dilantik bagi menyandang dua jawatan Menteri dan empat lagi Timbalan Menteri dalam Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di Jabatan Perdana Ment...
Gambar Senarai Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia 2020 Berserta Teks Ucapan

Gambar Senarai Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia 2020 Berserta Teks Ucapan

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 2132 hits
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 8 Tan Sri Muhyiddin YassinTIMBALAN PERDANA MENTERI BARISAN MENTERI KANAN DAN TIMBALAN MENTERI1 Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriDatuk Seri Mohamed Azmin AliTimbalan Menteri Datuk Lim Ban...
Tiga Wakil Pas Dilantik Menteri Lima Lagi Timbalan Menteri

Tiga Wakil Pas Dilantik Menteri Lima Lagi Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 540 hits
KUALA LUMPUR PAS yang kali kedua menjadi parti peringkat Persekutuan diwakili tiga wakil sebagai menteri penuh dalam Kabinet baharu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang diumumkan hari ini Lima lagi pemimpinnya dilantik sebagai timbalan menter...
Muhyiddin Yassin Umum Senarai Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2020

Muhyiddin Yassin Umum Senarai Menteri Dan Timbalan Menteri Dalam Kabinet 2020

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 972 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun diumumkan Pengumuman mengenainya telah dilakukan di semua media rasmi termasuklah siaran langsung di televisyen oleh Yang Berbahagia Perdana Menteri Pengumuman ini sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepa...
Jawatan Timbalan Perdana Menteri Digugurkan Dalam Kabinet Muyhiddin

Jawatan Timbalan Perdana Menteri Digugurkan Dalam Kabinet Muyhiddin

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjadikan frasa masa genting memerlukan langkah luar biasa sebagai kaedah praktikal ketika berunding dengan penasihat politik pembantu dan pakar tadbir urus berhubung komposisi Kabinet barunya ...
Buat Timbalan Menteri Wanita Pas

Buat Timbalan Menteri Wanita Pas

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 565 hits
Group cytroBila hang silap nafi Hang pun tunjuk hang nak perjuang pramugari patuh syariah Hang kata nak jumpa Menteri Agama untuk perjuangkan pramugari tutup aurat Nak bagi tahu hang Tak perlu jumpa Menteri Agama Bukan bidang Menteri Agama ...
Senarai Menteri Kabinet Dan Timbalan Dari Kelantan

Senarai Menteri Kabinet Dan Timbalan Dari Kelantan

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 554 hits
Menteri dari KelantanMenteri Pendidikan Radzi Jidin Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri Pembangunan Wilayah Annuar Musa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan T...
Empat Figura Terengganu Dilantik Sebagai Menteri

Empat Figura Terengganu Dilantik Sebagai Menteri

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 448 hits
PUTRAJAYA 9 Mac Barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menampilkan empat figura Terengganu Mendahului senarai tersebut ialah bekas mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang ...
Pm Lantik 4 Menteri Kanan Bantu Selaras Hal Ehwal Kabinet

Pm Lantik 4 Menteri Kanan Bantu Selaras Hal Ehwal Kabinet

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 438 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik empat Menteri Kanan bagi membantu dalam penyelarasan hal ehwal Kabinet yang berkaitan dengan bidang bidang ekonomi keselamatan pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial...
Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy

Perkhidmatan Line Clear Express Yang Mengecewakan

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sedekah Kepada Ahli Keluarga

Trust The Vision Ellaspede Delivers A Radical Honda Cbx750 Caf Racer

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Holiday Gift Guide For Teachers Cute Teacher T Shirts Christmas Shirts Cozy Sweatshirts

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Edisi Terhad Asean25 Dan Dosm75


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Remaja 17 Tahun Suspek Utama Letupan Ketika Solat Jumaat Di Jakarta Polis