Jawatan Timbalan Perdana Menteri Digugurkan Dalam Kabinet Muyhiddin



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menjadikan frasa “masa genting memerlukan langkah luar biasa” sebagai kaedah praktikal ketika berunding dengan penasihat politik, pembantu dan pakar tadbir urus berhubung komposisi Kabinet barunya.

FMT kini boleh mendedahkan maklumat daripada sumber, Kabinet baru akan menyaksikan “aliran fikiran baru dalam peringkat eksekutif” – memetik seorang sumber boleh dipercayai yang tahu mengenai perbincangan sejak beberapa hari ini – dengan satu struktur yang dicipta bagi mengharungi krisis politik.

“Ia tidak pernah berlaku sebelum ini, sekurang-kurangnya di Malaysia, tetapi ia berjaya dilaksanakan di negara jiran untuk memastikan sebuah kerajaan kuat yang boleh berfungsi,” sumber itu memberitahu FMT susulan satu lagi mesyuarat “sulit” lewat malam tadi.

Struktur tidak konvensional itu akan mempunyai fleksibiliti untuk mengisi kementerian yang memerlukan kepakaran, “tidak seperti amalan lama membenarkan orang baru memegang portfolio penting”.

Jawatan TPM

Tetapi, jawatan utama timbalan perdana menteri yang menjadi tumpuan dalam kalangan muka baru eksekutif itu mungkin digugurkan.

“Ada persetujuan sebulat suara yang jawatan nombor 2 ini sentiasa menjadi isu kontroversi dan sudah banyak kali mencetuskan krisis politik dalam 3 dekad lalu. Ia tentu boleh digugurkan ketika keperluan untuk kestabilan politik lebih penting daripada perkara lain,” kata sumber kepada FMT.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 4 menteri daripada kerajaan Pakatan Harapan terdahulu dijangka kembali ke portfolio lama mereka, termasuk dalam kalangan berpuluh ahli Parlimen PKR yang menyertai PPBM bersama Mohamed Azmin Ali.

FMT difahamkan Muhyiddin, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 pada 1 Mac lalu selepas pergolakan politik selama seminggu susulan kejatuhan kerajaan PH, akan menjelaskan kepada lebih 115 ahli Parlimen di bawah gabungan baru Perikatan Nasional berhubung pelan Kabinet barunya.

Muhyiddin dijangka mengumumkan barisan anggota Kabinet barunya petang ini selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan senarai itu pagi ini.

Hujung minggu lalu, beberapa pemimpin Umno menggesa Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dilantik ke Kabinet, walaupun Muhyiddin secara terbuka menyatakan mereka yang terbabit dakwaan rasuah tidak akan dipertimbangkan.

Maklumat diperolehi FMT mengesahkan Zahid dan bekas presiden Umno, Najib Razak tiada dalam barisan Kabinet baru, “begitu juga Ku Nan dan Azeez”, kata sumber merujuk bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas pengerusi Lembaga Tabung Haji yang juga Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.

Keempat-empatnya berdepan pelbagai pertuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dengan jumlah dakwaan dihadapi Zahid paling banyak.

Individu atas pagar

Muhyiddin berjanji tidak akan melantik mereka yang menghadapi pertuduhan rasuah dan jenayah lain dalam pentadbirannya.

Seorang ahli kanan PPBM memberitahu FMT, langkah mengecualikan pemimpin itu tidak mudah dan wujud kebimbangan gabungan lemah mungkin goyah.

“Lagipun, Muhyiddin tidak boleh mengelak membawa sesetengah pemimpin daripada kerajaan lama Barisan Nasional untuk memenuhi perjanjiannya dalam Perikatan Nasional,” katanya merujuk gabungan baru terdiri daripada PPBM, BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Beliau berkata, memilih menteri sama penting dengan janjinya untuk menjadi “perdana menteri kepada semua kaum”.

“Memastikan tiada muka penting BN sebelum Mei 2018 ialah cabaran pertama Muhyiddin.

“Itu bukan hanya akan meyakinkan penyokong tegar PH, tetapi juga Mahathir, yang sokongannya kepada Muhyiddin dilihat bergantung kepada syarat ini.

“Dan ia juga akan menarik individu atas pagar dan ahli PH lain ke dalam kumpulan Muhyiddin.

Semalam, Mahathir dilaporkan berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk menemui Muhyiddin hanya jika tiada “pemimpin Umno rasuah” dalam kerajaan barunya.

“Tidak ada sebab untuk saya berjumpanya, melainkan beliau bersedia membuang semua orang itu. Selepas itu kita boleh jumpa. Itu pun saya akan fikirkan dulu,” kata Mahathir di Langkawi.

Kejayaan struktur eksekutif baru itu perlu bergantung kepada kemampuan untuk menyingkirkan ketakutan terhadap insiden kerajaan tumbang berulang lagi.

Buat masa ini, krisis politik selama seminggu mungkin menyaksikan kemunculan aliran fikiran baru dalam menyatukan politik dan kerajaan di Malaysia.

MR :  Kita lihat nanti pukul 5 petang ini


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/jawatan-timbalan-perdana-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Jawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tiada Jawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 383 hits
Menerusi siarang langsung pengumuman kabinet yang sedang berlangsung kini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada keperluan untuk melantik Ahli Parlimen sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk penggal kali ini Sebaliknya kabin...
Dr Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri

Dr Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 408 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sebentar tadi Peletakan jawatan ini dipercayai berkait...
Terkini Tun Mahathir Serahkan Surat Perletakan Jawatan Perdana Menteri Kepada Agong

Terkini Tun Mahathir Serahkan Surat Perletakan Jawatan Perdana Menteri Kepada Agong

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 228 hits
Terkini Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara mengejut dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada Yang di Pertuan Agong sebentar tadi Perkara ini dilakukan apabila Presiden PKR D...
Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 567 hits
Pejabat Perdana Menteri mengesahkan Tun Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri yang telah dihantar kepada Yang di Pertuan Agong pada jam 1 tengahari kata pejabatnya dalam satu kenyataan media Sebel...
Tun Mahathir Meletakkan Jawatan Perdana Menteri Ke 7

Tun Mahathir Meletakkan Jawatan Perdana Menteri Ke 7

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1383 hits
Tun Mahathir Meletakkan Jawatan Perdana Menteri ke 7 hari ini Assalamualaikum dan selamat sejahtera dari semalam kita di gemparkan dengan berita politik ada yang kata pembubaran parti ada juga berita desas desus Tun Mahathir meletakkan jawa...
Perletakan Jawatan Tun Dr Mahathir Catat Rekod Jadi Perdana Menteri Tiga Kali

Perletakan Jawatan Tun Dr Mahathir Catat Rekod Jadi Perdana Menteri Tiga Kali

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 330 hits
Bacaan saya ialah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi menunjukkan sikap kebertanggungjawaban beliau kepada parti parti komponen Pakatan Harapan Dengan meletakkan jawatan maka Tun Dr Mahathir akan terlepas...
Semua Jawatan Menteri Timbalan Setiausaha Politik Dibatalkan

Semua Jawatan Menteri Timbalan Setiausaha Politik Dibatalkan

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 286 hits
Semua jawatan menteri timbalan setiausaha politik dibatalkanYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan pelantikan menteri menteri atas nasihat Perdana Menteri hari ini seperti mana yang...
Yang Di Pertuan Agong Batal Semua Jawatan Menteri Kabinet

Yang Di Pertuan Agong Batal Semua Jawatan Menteri Kabinet

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 281 hits
Kenyataan Media mengenai Kedudukan Anggota Pentadbiran berikutan Peletakan Jawatan YAB Perdana Menteri Malaysia ang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan pelantikan Menteri Menteri atas...
Video Istiadat Kurnia Suratcara Pelantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan Pm Baharu Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri Ke 8

Video Istiadat Kurnia Suratcara Pelantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan Pm Baharu Tan Sri Muhyiddin Perdana Menteri Ke 8

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 829 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatud...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats