Lima Kemerdekaan Yang Tidak Disambut Dan Mengapa Kami Rasakan Sepatutnya Diraikan


Bulan kemerdekaan tiba lagi dan sejak 1957 kita memperingati pengorbanan mereka yang berkorban untuk membebaskan Malaysia daripada dijajah British setiap 31 Ogos. Sambutan Hari Merdeka lazimnya adalah dalam bentuk perarakan manusia, jentera dan senjata di Dataran Mereka . Ini membuka persoalan apakah kemerdekaan yang telah dikecapi tetapi tidak diraikan oleh kita semua? Berikut ialah lima Kemerdekaan Teknologi yang tidak disambut dan mengapa kami rasakan sepatutnya diraikan.Merdeka Daripada Wang TunaiKad kredit dalam bentuk semasa dicipta pada tahun 1950 dengan penawaran Diner’s Club. Sebelum itu kad yang membolehkan pembayaran tanpa wang tunai sudah wujud pada penghujung kurun ke-19. Penggunaan kad kredit masih memerlukan seseorang mempunyai rekod perbankan yang baik. Sementara kad debit pula memerlukan mesin fizikal yang tidak mampu ditawarkan oleh peniaga-peniaga kecil.
Pengenalan DuitNow di Malaysia sejak 2018 menyelesaikan isu-isu di atas. Pemilik perniagaan hanya perlu memaparkan kod QR yang diimbas menggunakan telefon pintar. Pada peringkat awal kesedaran mengenai DuitNow adalah rendah. Tetapi Covid-19 mengubah segalanya kerana jutaan rakyat Malaysia berjaya di-Pavlov-kan untuk mengimbas kod QR setiap hari. Kemerdekaan sebenar daripada perlu membawa wang tunai ini amat memudahkan urusan harian. Tiada lagi isu lupa keluarkan duit sebelum pergi ke pasar malam. Sekarang kakak penjual apam balik di pasarpun sudah menerima bayaran DuitNow asalkan ada rangkaian selular di telefon.
Merdeka Daripada Had Media FizikalSemasa masih muda remaja di lewat 1990an, saya bangga dengan koleksi ratusan CD dan DVD di rumah. Lagu pada CD kemudian “dirobek” dan disimpan dalam PC dalam bentuk MP3. Setiap kali sebelum melakukan perjalanan pulang untuk cuti semester dari universiti, kompilasi lagu perlu “dibakar” pada CDR terlebih dahulu. Jika kesilapan dilakukan CD tidak boleh dimainkan dan terpaksalah saya memandu dengan CD yang sudah ada dalam kereta yang mungkin sudah rosak kerana cuaca panas atau bertabah dengan lagu rawak di radio.
Kekurangan media fizikal ini tidak lagi perlu dialami oleh Generasi Z. Mereka membesar dalam dunia iTunes, Spotify dan Netflix. Katalog ratusan juta lagu, siri TV dan filem boleh distrim terus ke sistem stereo kenderaan. Tidak lagi perlu risau CD disimpan dalam kereta rosak kerana cuaca panas. Tak perlu risau juga lagu terlompat apabila terlanggar lubang di atas jalan. Generasi Z dan seterusnya sudah merdeka daripada had-had media fizikal ini.
Merdeka Daripada Terus Tak TahuKita tidak pernah menyambut kemerdekaan daripada “tidak tahu”. Tiga dekad yang lalu jika anda ingin mendapat jawapan kepada sesuatu persoalan, anda perlu membuka ensiklopedia dan membacanya. Proses ini sukar kerana ensiklopedia amatlah mahal (berapa rami di kalangan pembaca membesar dengannya di rumah?) dan jika pergi ke perpustakaan pula ia tidak boleh dipinjam. Maka mengaku “saya tak tahu” adalah sesuatu yang tidaklah memalukan.
Di tahun 2023 kita sudah merdeka daripada masalah “saya tak tahu” ini. Peranti pintar di tangan boleh memberikan jawapan kepada kesemua persoalan duniawi dalam masa beberapa minit sahaja. Dengan ChatGPT, jawapan yang lebih lengkap dengan pautan sumber juga boleh diberikan bagi meningkatkan keyakinan kesahihannya. Untuk kekal menjadi ignoramus ialah pilihan peribadi bukan kerana halangan akses kepada ilmu. Maka kebebasan dari terus tak tahu ini seharusnya disambut.
Merdeka Daripada Storan FizikalDi zaman awal telefon mudah alih menjadi kebiasaan inbox SMS dipadam sebelum Hari Raya, tahun Baru dan sebarang perayaan utama. Ini sebagai persediaan menerima hujan SMS daripada sanak saudara serta rakan taulan. Terdapat juga had 255 nombor telefon yang boleh disimpan dalam kad SIM. Bilakah kali terakhir anda memadam storan SMS? Bila pula kali terakhir anda terfikir apakah had nombor telefon yang boleh disimpan?
Saya tidak mempunyai sebarang memori melakukan dua perkara ini sejak 14 tahun yang lalu. Selain itu kita juga bebas daripada had saiz storan peranti sejak mula melanggan kepada storan awanan. Yang perlu dijaga sekarang hanyalah had storan awanan dan harga langganan bulanannya pula.
Merdeka Daripada Kejutan BilHTC HD7 ialah telefon pintar pertama yang saya ulas di awal kerjaya sebagai penulis. Di zaman awal 3G saya tidak tahu bagaimana untuk menghadkan penggunaan data. Akibatnya bil telefon meningkat ke lebih RM300 sebulan semasa mengulas peranti ini. RM300 bukanlah jumlah yang begitu besar jika dibandingkan dengan pelbagai kes pengguna dikenakan bayaran ribuan ringgit oleh syarikat telekomunikasi selepas tersilap mengaktifkan perayauan data ketika bercuti di Eropah.
Isu kejutan bil menjadi bualan ramai sehingga ada beberapa syarikat telko yang menggunakan terma “tiada lagi kejutan bil” untuk mengiklankan pelan data terbaru mereka. Sekarang kita boleh melihat berapa jumlah data yang telah digunakan secara masa nyata. Notifikasi diberikan jika penggunaan tinggi dikesan. Dengan membayar bawah RM100, anda kini boleh menggunakan data 5G tanpa had selama sebulan jika perayauan diaktifkan di telefon. Kemerdekaan daripada kejutan bil ialah satu lagi perkara yang seakan dilupakan.
Selamat Menyambut Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia. Albert Einstein pernah berkata “Semua yang hebat dan memberi inspirasi dicipta oleh individu yang boleh bekerja dalam kebebasan.” Maka gunakan teknologi untuk membebaskan diri daripada belenggu yang menghalang kita mencapai potensi sebenar.
Amanz


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/08/lima-emerdekaan-yang-tidak-disambut-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hindia Rasakan Nikmatnya Hidup Chord

Hindia Rasakan Nikmatnya Hidup Chord

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 216 hits
G F yang kau dengar dalam hati G F biarlah bergema kali ini F jangan kau redam dan G F yang kau tempa sejauh ini G F jangan kau anggap tak berguna F hanya kau yang tahu G semua pengorbananmu C tuk hal yang kau cinta tanyakan pada dirimu G C...
10 Pengiklanan Yang Tidak Kena Apabila Diletakkan Di Tempat Yang Tak Sepatutnya

10 Pengiklanan Yang Tidak Kena Apabila Diletakkan Di Tempat Yang Tak Sepatutnya

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 173 hits
Kami akan membawa anda menjelajah keanehan tentang kesilapan pengiklanan yang akan membuatkan anda sebak dan ketawa dalam skala yang sama Bercakap tentang pengiklanan papan ikan gergasi agensi perlu menyemak semula dinding atau kedudukan pa...
Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan

Cadangan Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 233 hits
Setiap tahun bulan yang penuh makna bagi seluruh rakyat Malaysia kembali menyapa iaitu bulan Kemerdekaan Ini adalah saat di mana kita bersama sama mengenang dan merayakan detik detik penting dalam sejarah negara kita ketika bendera kemerdek...
Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah

Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 151 hits
Viu Malaysia perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka PCCW meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 66 dengan kempen Viu Lokal Lah Kempen tersebut merupakan salah satu inisiatif dan komitmen Viu dalam menyokong in...
Merayakan Kemerdekaan Indonesia Ke 78 Dari Kolong Tol Angke Kalijodo

Merayakan Kemerdekaan Indonesia Ke 78 Dari Kolong Tol Angke Kalijodo

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 165 hits
Bahkan untuk anak anak perayaan dan lomba dalam rangka HUT Ke 78 Republik Indonesia tahun ini adalah yang pertama kalinya
Pas Sepatutnya Bawa 4 Mb Bertemu Pengerusi Pn Bukan Berjumpa Orang Hilang Deposit

Pas Sepatutnya Bawa 4 Mb Bertemu Pengerusi Pn Bukan Berjumpa Orang Hilang Deposit

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 130 hits
Sebagaimana dilaporkan media dan gambar gambarnya turut tersebar di media sosial Presiden Pas Hadi Awang semalam mengetuai rombongan pemimpin tertinggi parti itu bertemu Tun Manathir Mohamad Yang hadir ialah Menteri Besar Perlis Shukri Raml...
Mahiaddin Sepatutnya Letak Jawatan Hadi Awang Lebih Berwibawa Memimpin Pn

Mahiaddin Sepatutnya Letak Jawatan Hadi Awang Lebih Berwibawa Memimpin Pn

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 243 hits
Sejak semalam beredar satu poster di media sosial tentang kedudukan parti yang mentadbir negeri negeri sebaik berlabuhnya tirai PRN Disebutkan dalam poster itu Pas kini mentadbir negeri Perlis Kedah Kelantan dan Terengganu BN mentadbir Pera...
Sebagaimana Dijanji Amirudin Sepatutnya Dikekal Terajui Selangor

Sebagaimana Dijanji Amirudin Sepatutnya Dikekal Terajui Selangor

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 193 hits
Menjelang majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang dijangka Jumaat ini tiba tiba sejak semalam berlegar khabar angin yang mengatakan Amirudin Shari belum pasti dikekalkan bagi jawatan tersebut Perkhabaran itu mengatakan antara sebab...
The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade

The Escape Machine A Mercedes Inspired Bmw R100r From Brooklyn

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Hiburan Hanya Sekali Lafaz Nina Ismail Sabri Kini Sah Jadi Isteri Rakan Baik

Tak Bercinta Tak Mahu Kahwin Jung Woosung Akui Dia Bapa Kandung Kepada Anak Moon Gabi

Chegu Bard Diam Bisu Mad Jargon Fadli Shaari Tiba Di Negara Khomu Nih

Dr Rozmey Jual Ferrari Rm80 000 Cerita Ditipu Rakan

Tahukah Anda Fasal Delta Airlines

Kek Batik Malt Coklat