Mahiaddin Sepatutnya Letak Jawatan Hadi Awang Lebih Berwibawa Memimpin Pn







Sejak semalam, beredar satu poster di media sosial tentang kedudukan parti yang mentadbir negeri-negeri sebaik berlabuhnya tirai PRN.


Disebutkan dalam poster itu, Pas kini mentadbir negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu; BN mentadbir Perak, Pahang, Johor dan Melaka; PH mentadbir Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang; GRS di Sabah serta di GPS di Sarawak.


Di mana Bersatu?


Ohhhh…terbukti dan ramai kini tersedar bahawa Bersatu tidak memiliki satu negeri pun di bawah tadbirannya di negara ini.


Kesiannya…


Setelah berakhirnya PRN yang memperlihatkan hajat besar PN untuk menawan negeri dikawal PH, khususnya Selangor tidak menghasilkan kejayaan, ketiadaan negeri ditadbir Bersatu ini juga menyerlahkan satu lagi sisi kegagalan Mahiaddin Md Yasin selaku Presiden parti tersebut.


Adalah jelas lagi nyata kini, parti yang benar-benar unggul dalam PN ialah Pas dan bukannya Bersatu.


Menyusuli kejayaan memenangi paling banyak kerusi Parlimen pada PRU15 lalu, pencapaian Pas sekali lagi amat membanggakan dalam PRN yang baru saja berakhir Sabtu lalu.


Di Kedah, Kelantan dan Terengganu, tanpa Bersatu dan Pas bergerak secara solo pun sebenarnya mereka mampu mencipta kejayaan yang gemilang.


Tidakkah dengan keadaan ini, Mahiaddin sepatutnya ada sedikit rasa malu dan wajar meletak jawatan selaku Pengerusi PN?


Di sisi yang lain pula, jika dibandingkan antara Pas dengan Bersatu, parti pimpinan Hadi Awang itu juga sentiasa jelas hala tuju perjuangannya serta amat berwibawa di mata pengundi.


Sebab itu, yang benar-benar diterima oleh pengundi Melayu ialah Pas dan apa yang berlaku sepanjang kempen adalah kebangkitan gelombang hijau dan bukan gelombang biru kelabu.


Dengan kedudukan parti yang kukuh, berwibawa dan sentiasa berkembang, Ahli Parlimen lebih ramai serta menguasai empat negeri, PN sepatutnya lebih wajar diketuai oleh pemimpin daripada Pas berbanding Bersatu.


Lalu, bila lagi Mahiaddin nak letak jawatan dan serah jawatannya kepada Hadi Awang?


Tidak harus kita lupa, satu lagi kecacatan Mahiaddin sebagai pemimpin ialah beliau kini merupakan kluster mahkamah, sama seperti Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.


Dalam kedudukan demikian, selain tidak tidak pernah bersedia melepaskan jawatannya dalam parti, Mahiaddin diketahui masih lagi bercita-cifa untuk jadi Perdana Menteri.


Jika peluang terbuka, pasti Mahiaddin lebih menombor-satukan dirinya untuk mengisi jawatan Perdana Menteri berbanding Hadi Awang atau Hamzah Zainuddin.


Dalam hal ini, apa bezanya beliau dengan Zahid Hamidi?


Lebih daripada itu, di ketika menantunya sendiri sedang dicari SPRM dan dipercayai berada di luar negara sejak Mei lalu, beliau terbukti gagal memainkan peranan yang signifikan, sama ada memberi maklumat di mana menantunya itu berada atau mengarahkannya balik dengan segera.


Sebagai bekas Perdana Menteri dan masih bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Mahiaddin seharusnya sedar beliau ada tanggungjawab moral untuk memastikan dirinya serta ahli keluarganya sentiasa patuh kepada undang-undang negara.


Kalau itu tidak mampu dilakukan, lebih baik jangan bertangguh lagi nak letak jawatan dan serahkan saja jawatan Pengerusi PN kepada Hadi Awang. – ShahbudinHusin 14/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/mahiaddin-sepatutnya-letak-jawatan-hadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Perlu Letak Jawatan Kata Idris

Zahid Perlu Letak Jawatan Kata Idris

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 305 hits
Zahid perlu letak jawatan kata Idris Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 13 Aug 2023 11 28AM
Muhyiddin Patut Letak Jawatan Gagal Tawab 2 Negeri

Muhyiddin Patut Letak Jawatan Gagal Tawab 2 Negeri

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 323 hits
Pengerusi PN Mahiaddin Yassin masih meroyan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 11 apabila meminta Pengerusi Kerajaan Perpaduan serta Pengerusi BN meletak jawatan selepas prestasi Pilihan Raya Negeri di 6 negeri yang kurang memberangsa...
Muhyiddin Desak Anwar Dan Zahid Hamidi Letak Jawatan

Muhyiddin Desak Anwar Dan Zahid Hamidi Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 412 hits
Nora MahparSHAH ALAM Muhyiddin Yassin berkata Anwar Ibrahim perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri susulan referendum rakyat hasil keputusan PRN di enam negeri yang majoritinya dikuasai Perikatan Nasional Tuntutan sama turut dibuat k...
Muhammad Faiz Letak Jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

Muhammad Faiz Letak Jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 219 hits
bharian com myMUHAMMAD Faiz Na aman FOTO arkib NSTPKuala Lumpur Dr Muhammad Faiz Na aman hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU termasuk berhenti sebagai ahli parti itu Beliau turut mengutuskan...
Rentasan 1416 Gempar Ternyata Usaha Tun M Hadi Awang Jatuhkan Pm10

Rentasan 1416 Gempar Ternyata Usaha Tun M Hadi Awang Jatuhkan Pm10

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 426 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1416 1 EKONOMI MADANI PERKASA RAKYAT 2 ANTARA PEJUANG BANGSA DAN PENCIPTA MASALAH 3 PENYOKONG TANGGUNG DOSA FITNAH PEMIMPIN 4 PILIHAN RAYA NEGERI LEGASI TUN FATIMAH LAWAN SI KITOL
Letak Jawatan Presiden Bam Norza Kata Tiada Kaitan Kemelut Misbun

Letak Jawatan Presiden Bam Norza Kata Tiada Kaitan Kemelut Misbun

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 437 hits
Norza Zakaria akan meletakkan jawatan presiden BAM hujung tahun ini lebih awal daripada yang diumumkannya sebelum ini KUALA LUMPUR Presiden Persatuan Badminton Malaysia Norza Zakaria membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk mele...
Najib Letak Jawatan Presiden Masalah Umno Tak Selesai Puad Ulas Desakan Zahid Undur

Najib Letak Jawatan Presiden Masalah Umno Tak Selesai Puad Ulas Desakan Zahid Undur

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 386 hits
Puad Zarkashi berkata mencari apa yang salah lebih penting bukannya mencari siapa salah PETALING JAYA Puad Zarkashi berkata tuding jari mencari siapa salah membawa prestasi buruk Umno pada PRN baru baru ini tidak akan menyelesaikan masalah ...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean