Sebagaimana Dijanji Amirudin Sepatutnya Dikekal Terajui Selangor


 
Menjelang majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor yang dijangka Jumaat ini, tiba-tiba sejak semalam berlegar khabar angin yang mengatakan Amirudin Shari belum pasti dikekalkan bagi jawatan tersebut.
Perkhabaran itu mengatakan, antara sebab Amirudin tidak dikekalkan ialah kerana PKR dan PH yang diterajuinya gagal menyumbang jumlah kerusi yang signifikan bagi mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Selangor.
Nama yang paling disebut untuk menggantikan Amirudin adalah Dr Fahmi Ngah, Adun baru Seri Setia yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya kali ini.
Disebut-sebut dalam banyak perbualan politik bahawa Dr Fahmi dikatakan dikehendaki oleh Anwar Ibrahim sendiri sebagai Menteri Besar.
Dalam hal ini, saya sama sekali tidak terperanjat dengan khabar angin mengenai Dr Fahmi itu.
Ini kerana, saya sudah mendengar sejak kira-kira lima bulan dulu lagi tentang nama beliau sebagai bakal Menteri Besar Selangor itu, malah saya telah bercakap dengan beberapa orang mengenainya.
Perkhabaran jtu muncul bila seorang pemimpin PKR Selangor ketika saya naik kereta dengannya untuk solat Jumaat, pada waktu itu lagi beliau sudah memberitahu saya tentang perkara tersebut.
Dr Fahmi yang merupakan Pengarah Institut Penyelidikan Selangor, sebuah badan pemikir untuk kerajaan negeri serta pernah berkhidmat dengan Anwar semasa Presiden PKR itu menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selamgor, dikatakan menjadi pilihan untuk ditonjolkan kerana bakat kepimpinan yang dimilikinya.
Soalnya, wajarkah Amirudin ditukar?
Memang menamakan calon Menteri Besar adalah hak kepimpinan mana-mana parti yang berjaya memenangi kerusi majoriti dan ini tidak terkecuali untuk negeri Selangor.
Tetapi, Amirudin tiada “dosa besar” yang menyebabkannya perlu dipancung serta merta, lagi pun kegagalan memperolehi majoriti dua pertiga bukan suatu isu sangat jika dilihat bagaimana ghairahnya seluruh pimpinan utama PN datang menggempur untuk menawan negeri tersebut.
Dengan serangan yang begitu hebat, berjaya memimpin untuk PH terus kekal dan tidak tumbang di Selangor sudah boleh dikira sebagai suatu kejayaan buat Amirudin.
Kegagalan memperolehi majoriti dua pertiga tidak harus dilihat sebagai kegagalan Amirudin seorang diri, sebaliknya mesti dianggap sebagai beban yang perlu dipikul secara bersama oleh semua kepimpinan parti untuk diperbaiki dan dilonjakkan lagi prestasi dalam pilihan raya yang seterusnya.
Sejak menerajui Selangor bermula 2018, Selangor boleh dikata aman, tenang dan tiada isu-isu besar yang melanda ketika di tangan Amirudin.
Selain itu, beliau juga disenangi oleh semua lapisan rakyat, daripada singgahsana istana hinggalah rakyat biasa di kampung serta desa.
Ditambah dengan kedudukan sebagai Naib Presiden PKR, keberadaannya di negeri terpenting dan termaju seperti Selangor ini amatlah sesuai sekali.
Pun begitu, jika Anwar tetap ingin meletakkan calon baru bagi mengisi kerusi Menteri Besar Selangor, proses itu sebaiknya dilakukan sekurang-kurangnya pada satu pertiga penggal yang ada sekarang.
Menukar Menteri Besar secara mendadak hanya mencetuskan polemik dan perbalahan yang tidak perlu dalam PKR.
Maknanya, sebagaimana dijanji Anwar sendiri dalam kempen PRN baru-baru ini untuk mengekalkan Amirudin, beliau mesti terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor buat ketika ini.
Setelah setahun atau setahun setengah beliau memegang jawatan itu, bersama di ketika yang sama Dr Fahmi diberi jawatan Exco terlebih dahulu untuk beliau memahami selok-belok pentadbiran dan bercampur dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan, ketika itu barulah proses peralihan itu nampak cantik untuk dilakukan.
Amirudin pula, sesuai dengan pengalaman dan kedudukannya sebagai Naib Presiden PKR, sewajarnya dibawa ke pusat untuk mengemudi mana-mana kementerian yang selama ini dilihat lemah dan kurang berfungsi.
Agak-agak kementerian mana yang paling sesuai untuk Amirudin? – ShahbudinHusin 16/08/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/sebagaimana-dijanji-amirudin-sepatutnya_16.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stop Speculating On Selangor Mb S Appointment Says Amirudin S Aide

Stop Speculating On Selangor Mb S Appointment Says Amirudin S Aide

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 336 hits
Selangor PH chief Amirudin Shari retained his Sungai Tua seat in Saturday s state election with a 5 185 vote majority over Perikatan Nasional s Hanif Jamaluddin PETALING JAYA An aide to Amirudin Shari has hit out at sources claiming that th...
Amirudin To Be Dropped As Selangor Mb

Amirudin To Be Dropped As Selangor Mb

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 367 hits
Amirudin Shari was first appointed to the post of Selangor menteri besar in 2018 PETALING JAYA Rumours abound that Amirudin Shari will not be appointed as the menteri besar of Selangor for a second term after Pakatan Harapan failed to secur...
Claim That Amirudin May Not Being Appointed Selangor Mb Not True Says Press Sec

Claim That Amirudin May Not Being Appointed Selangor Mb Not True Says Press Sec

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 222 hits
Speculation that Datuk Seri Amirudin Shari will not be appointed Selangor Menteri Besar for the second term is untrue NSTP MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALIKUALA LUMPUR Speculation that Datuk Seri Amirudin Shari will not be appointed Selangor Men...
Tidak Rasmi Ph Peroleh Majoriti Mudah Di Selangor Amirudin Selesa Mendahului

Tidak Rasmi Ph Peroleh Majoriti Mudah Di Selangor Amirudin Selesa Mendahului

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 211 hits
Wartawan HMam hmetro com myKuala Lumpur Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Selangor berjaya memperoleh majoriti mudah apabila berjaya memenangi 22 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri setakat jam 9 20 malam ini Calon Sungai Tua Dat...
Polling Day Harapan Bn Can Retain Selangor Amirudin

Polling Day Harapan Bn Can Retain Selangor Amirudin

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 183 hits
POLLING DAY Voting for the six state elections is underway News reports from the ground Caretaker K tan deputy MB casts his vote8 30am Panchor Pengkalan Chepa Caretaker Kelantan deputy menteri besar Mohd Amar Abdullah casts his vote at the ...
Parti Hijau Rayu Sultan Selangor Tolak Amirudin Sebagai Mb

Parti Hijau Rayu Sultan Selangor Tolak Amirudin Sebagai Mb

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 278 hits
MalaysiakiniParti Hijau merayu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Abdul Aziz Shah tidak melantik Amirudin Shari sebagai menteri besar Selangor bagi penggal kedua Setiausahanya Abdul Razak Ismail berkata ini berikutan dakwaan kero...
Selangor Cuti Isnin Jika Pakatan Bn Menang Prn Kata Amirudin

Selangor Cuti Isnin Jika Pakatan Bn Menang Prn Kata Amirudin

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 213 hits
Selangor cuti Isnin jika Pakatan BN menang PRN kata Amirudin Dikemas kini 5 minit yang lalu Diterbitkan pada 11 Aug 2023 12
Amirudin Dilantik Mb Selangor Penggal Kedua

Amirudin Dilantik Mb Selangor Penggal Kedua

papar berkaitan - pada 21/8/2023 - jumlah : 223 hits
Amirudin Shari mengangkat sumpah jawatan menteri besar di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah PETALING JAYA Adun Sungai Tua Amirudin Shari dilantik sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua Naib presiden PKR itu a...
Amirudin Istana Selangor Akan Umumkan Calon Mb Yang Baharu

Amirudin Istana Selangor Akan Umumkan Calon Mb Yang Baharu

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 195 hits
Norzamira Che Noham hmetro com myShah Alam Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu akan diumumkan oleh pihak istana Beliau berkata pengumuman itu adalah bidang k...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar