Lim Ingatkan Fadhlina Bukan Menteri Pendidikan Pas


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 26, 2024 5:27 PM
Pengerusi DAP Lim Guan Eng mengingatkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya tidak berpendirian seiring dengan PAS dan Pemuda Umno dalam isu kutipan dana pendidikan Cina dan menegaskan dia bukan "menteri pendidikan PAS."
“Komen Fadhlina sebelum ini mengenai acara kutipan dana pendidikan Cina agak keras. Saya harap dia akan mempertimbangkan semula pendiriannya itu.

"Beliau bukan menteri pendidikan PAS; beliau mewakili Pakatan Harapan, kerajaan perpaduan dan seluruh negara," kata Lim, yang juga Adun Ayer Itam pada sidang media di pusat khidmatnya hari ini.

Menurut Nanyang Siang Pau, Lim turut menyoal Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh mengapa dia mencampuri isu yang tidak ada kena-mengena dengan masyarakat Melayu dan Islam, kerana ia melibatkan masyarakat Cina.
Kata Lim, DAP mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara bahawa usaha mengumpul dana untuk pendidikan Cina tidak boleh diganggu gugat. Pendirian ini jelasnya telah dibangkitkan dalam kabinet dan jemaah menteri sedang menunggu maklum balas daripada Kementerian Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Makaysia (KPM) hari ini berkata kerajaan mengekalkan garis panduan sedia ada untuk kutipan dana sekolah yang termasuk larangan sebarang pameran dan promosi minuman beralkohol di premis sekolah.

Bagaimanapun kerajaan juga bersetuju untuk mempertimbangkan membenarkan sekolah vernakular terus menerima sumbangan melalui lembaga pentadbiran sekolah, seperti yang diamalkan sebelum ini.

“Bagaimanapun, kabinet menegaskan bahawa penganjuran sebarang aktiviti melibatkan mana-mana jenama minuman beralkohol tidak boleh melibatkan mana-mana pelajar Islam,” kata kementerian itu.

Lim menjelaskan sejak 1994, Tiger Beer telah mengumpul RM413 juta melalui persembahan amal untuk pendidikan Cina manakala Carlsberg telah mengumpulkan RM568 juta sejak 1987, memberi manfaat kepada 684 sekolah Cina. Jumlah keseluruhan yang diperoleh ialah RM981 juta, hampir RM1 bilion.

“Jika bukan kerana usaha mengumpul dana ini, adakah sekolah rendah Cina akan menjadi seperti hari ini,” soal bekas ketua menteri Pulau Pinang.

Lim juga bertanya adakah PAS dan Pemuda Umno bersedia untuk menampung kekurangan dana sekiranya kaedah mengumpul dana melalui persembahan amal untuk sekolah rendah Cina dihentikan.

[Baca berita asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/lim-ingatkan-fadhlina-bukan-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Pendidikan Yb Fadhlina Sidek Dan Kumpulan Atasan Kementerian Pendidikan

Menteri Pendidikan Yb Fadhlina Sidek Dan Kumpulan Atasan Kementerian Pendidikan

papar berkaitan - pada 27/7/2024 - jumlah : 137 hits
Menteri Pendidikan YB Fadhlina Sidek dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan sesi perbincangan berkaitan inisiatif pemerkasaan pendidikan Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik bersama sama dengan beber...
Tahniah Pemangku Menteri Pendidikan Dr Akmal Bidas Loke Lagi

Tahniah Pemangku Menteri Pendidikan Dr Akmal Bidas Loke Lagi

papar berkaitan - pada 31/7/2024 - jumlah : 2013 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 30 2024 4 32 PMGabungan Pakatan Harapan dan BN yang tidak selesa antara Umno dan DAP terus diuji dengan Dr Akmal Saleh sekali lagi membidas sekutunya Anthony Loke dari DAP Dalam satu hantaran di Facebook peta...
Tular Isu Pajsk Menteri Besar Pahang Exco Pendidikan Negeri Perlu Main Peranan Sewajarnya

Tular Isu Pajsk Menteri Besar Pahang Exco Pendidikan Negeri Perlu Main Peranan Sewajarnya

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 199 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang dan Exco Pendidikan negeri itu dimohon memainkan peranan sewajarnya berhubung isu yang tular di media sosial mengenai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang gagal mendapat
Jika Pas Umno Bertaut Bersatu Rugi Kata Penganalisis

Jika Pas Umno Bertaut Bersatu Rugi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 223 hits
freemalaysiatoday com24 Jul 2024Azmi Hassan berkata penyebab PN dilihat kukuh dan kuat disebabkan PAS PAS mempunyai 43 kerusi di Dewan Rakyat manakala Bersatu 25 PETALING JAYA Kerjasama PAS dan Umno andai ditautkan kembali akan merugikan Be...
Bersatu Biggest Loser If Umno Pas Alliance Materialises Says Analyst

Bersatu Biggest Loser If Umno Pas Alliance Materialises Says Analyst

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 295 hits
Bersatu stands to lose the most should an alliance between Umno and PAS materialise says an analyst Azmi Hassan of Akademi Nusantara said the reason Perikatan Nasional has looked formidable and strong is down to PAS not Bersatu Bersatu need...
Enflaming Brewery Donations Par For The Course For Pas

Enflaming Brewery Donations Par For The Course For Pas

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 186 hits
The federal government collected RM4 5 billion from gambling taxes between May 2018 and September 2019 These figures were not picked from thin air Then Finance Minister Lim Guan Eng said in a written parliamentary reply that the sin tax imp...
Bersatu Should Be Worried Sick Over Umno Pas Talks Fahmi Says

Bersatu Should Be Worried Sick Over Umno Pas Talks Fahmi Says

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 238 hits
Bersatu should be worried sick about rumoured talks between Umno and PAS potentially cooperating in the next general election said government spokesperson Fahmi Fadzil Speaking in a press conference today Fahmi who is also PKR information c...
Dozens Of New Mobile Apps Are Coming To Cars With Google Built In

Benefits Of A User Friendly Website

F C House A Sustainable Architectural Masterpiece In The Heart Of Verona

Yono Superapp Semakan Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025

Girls Leadership Institute

3 Metre Crocodile Near Mid Valley Trap Set For Capture

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

Euro Kembali Ke Realiti


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ibis Melaka Sentuhan Ramadan Lengkap Dengan Pakej Penginapan 3 Hari 2 Malam

Apa Itu Diploma Pengurusan Logistik

Mick S Fish Practical Fishkeeping

Prep Kenduri

Tercekik Gula Gula 39 Gummy 39 Mata

Increment Finance On Flow A One Stop Platform For Trading Lending And Staking