Lim Dakwa Kelantan Dalam Zaman Gelap Dan Pemimpin Pas Memusuhi Barat




Mungkin Lim Guan Eng lupa yang sekarang ini Malaysia yang berada di zaman kegelapan. Nilai ringgit jatuh teruk, Bursa jatuh teruk, peluang pekerjaan terhad dan macam-macam masalah lagi.
Guan Eng juga menuduh pemimpin Pas memusuhi Barat dan lupa Perdana Menteri (bosnya) yang galak serang pemimpin Barat bukan pemimpin Pas pun.
Berikut adalah artikel yang dipetik dari FMT.
Negara hadapi ‘zaman gelap’ seperti Kelantan jika PAS berkuasa, kata Guan Eng
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengingatkan bahawa Malaysia akan ditarik ke zaman gelap di bawah sebuah “kerajaan yang didominasi oleh orang Islam” yang memusuhi minoriti bukan Islam sekiranya kerjasama politik Pakatan Nasional yang digembar-gemburkan menjadi kenyataan.
“Pakatan Nasional merupakan ancaman yang jelas dan nyata terhadap cara hidup Malaysia berikutan pengumuman pemimpin PAS bahawa mereka tidak mahukan menteri Kabinet bukan Islam, terutama untuk jawatan penting seperti menteri kewangan, walaupun tidak wujud halangan sedemikian dalam perlembagaan persekutuan,” kata menteri kewangan itu dalam satu kenyataan.
Ini berikutan spekulasi bahawa PAS dan Umno, iaitu 2 parti Melayu terbesar yang kini merupakan pembangkang , mungkin bekerjasama dengan PPBM bagi membentuk satu pakatan politik baru.
Dalam kenyataannya, Lim membidas pemimpin PAS, selain mengecam keputusan kontrovesi kerajaan Kelantan membeli kereta Mercedes Benz untuk anggota exconya.
Beliau mendakwa, pemimpin PAS “sangat memusuhi Barat dan teknologi moden”.
Katanya, kerajaan Pakatan Nasional “akan membawa zaman gelap seperti di Kelantan kepada Malaysia, di mana satu-satunya perkara moden yang ada ialah kereta mewah Mercedes Benz dan pemimpin mendapat bonus RM50,000, yang lebih penting daripada kemampuan membayar gaji kakitangan awam mereka sendiri”.
Bulan lepas, FMT melaporkan bahawa pertemuan tertutup antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan presiden PAS Abdul Hadi Awang mungkin membuka jalan kepada PAS kepada kuasa pusat, iaitu langkah yang akan meminggirkan DAP dan presiden PKR Anwar Ibrahim.
Jajaran baru itu akan menyatukan penyokong Mahathir dengan pengaruh PAS di negeri majoriti Melayu di bahagian utara dan pantai timur semenanjung.
Awal minggu ini, ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam membangkitkan tentang kemungkinan berlakunya kerjasama baru politik itu selepas mendakwa presiden Umno, Ahmad zahid Hamidi menyokong rancangan tersebut sebagai satu cara untuk mengelakkan pertuduhan rasuah yang dihadapinya.
Hadi berkata, PAS bersikap terbuka terhadap kerjasama itu kerana ia boleh menjamin dominasi orang Islam dalam kerajaan.
Lim hari ini menuduh parti pembangkang mengamalkan “politik berbahaya, memecah belah dan destruktif” dengan berkata, mereka malah menyokong cadangan memotong peruntukan kepada sekolah vernacular dan kempen memboikot perniagaan bukan Islam.
Beliau berkata, hanya Pakatan Harapan (PH) mewakili semua rakyat Malaysia.
“PH mahu berkongsi kemakmuran yang inklusif, bukan eksklusif kepada hanya satu-satu kumpulan.
“Masanya telah tiba, bukan sahaja bagi orang bukan Melayu dan bukan Islam, tetapi semua rakyat Malaysia untuk menyokong kesederhanaan berdasarkan demokrasi, kedaulatan undang-undang, pencapaian dan integriti yang menghormati dan melindungi rakyat tanpa mengira kaum, agama, geografi dan demografi,” katanya. FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/10/lim-dakwa-kelantan-dalam-zaman-gelap-dan-pemimpin-pas-memusuhi-barat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Lebih Teruk Di Bawah Ph Berbanding Zaman Gelap Kata Pemimpin Pas

Malaysia Lebih Teruk Di Bawah Ph Berbanding Zaman Gelap Kata Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 325 hits
Isnin lalu Lim Guan Eng memberi amaran Malaysia akan berada di zaman gelap jika kerajaan didominasi orang Melayu termasuk PAS Seorang pemimpin Sarawak PAS membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendakwa Malaysia akan berada di zama...
Negara Hadapi Zaman Gelap Seperti Kelantan Jika Pas Berkuasa Kata Guan Eng

Negara Hadapi Zaman Gelap Seperti Kelantan Jika Pas Berkuasa Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 293 hits
Lim Guan Eng berkata rancangan membawa PAS masuk ke dalam kerajaan merupakan berita buruk untuk orang bukan Islam PETALING JAYA Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengingatkan bahawa Malaysia akan ditarik ke zaman gelap di bawah seb...
Isu Hutang Negeri Kelantan Lim Guan Eng Menipu Rakyat Malaysia

Isu Hutang Negeri Kelantan Lim Guan Eng Menipu Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 389 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menipu rakyat Malaysia dan tidak bercakap benar tentang hutang dan perbelanjaan negeri Kelantan Sebenarnya ada cerita disebalik isu ini yang melibatkan sejarah dan Perjanjian Persekutuan
Beli Merc Pemuda Pas Digesa Buktikan Wujud Peruntukan Undang Undang Kelantan

Beli Merc Pemuda Pas Digesa Buktikan Wujud Peruntukan Undang Undang Kelantan

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 409 hits
N Faizal Ghazali Pemuda PAS digesa menunjukkan bukti bahawa terdapatnya peruntukan dalam undang undang tubuh negeri Kelantan yang menetapkan keperluan untuk menukar kenderaan rasmi setiap 10 tahun Pengarah Undang Undang PH Kelantan Hisham F...
Anwar Dakwa Usul Undi Percaya Pas Mahu Pecah Belah Ph

Anwar Dakwa Usul Undi Percaya Pas Mahu Pecah Belah Ph

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 375 hits
February 11 2020 7 16 PMPresiden PKR Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Usul undi percaya PAS bagi menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri adalah usaha untuk memecah belahkan Pakatan Harapan kata Anwar Ibrahim Presiden PKR ...
Resep Ayam Bekakak Jawa Barat Yang Pas Buat Hidangan Pesta

Resep Ayam Bekakak Jawa Barat Yang Pas Buat Hidangan Pesta

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 246 hits
Resep ayam bekakak khas Jawa Barat yang cocok buat hidangan pesta syukuran atau kenduri
Saintis Ramal Bumi Masuki Fasa Zaman Mini Ais Lagi 30 Tahun Dakwa Suhu Turun Serendah 55 C

Saintis Ramal Bumi Masuki Fasa Zaman Mini Ais Lagi 30 Tahun Dakwa Suhu Turun Serendah 55 C

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 316 hits
Bumi diramal memasuki era zaman mini ais kira kira 30 tahun lagi dengan suhu turun mendadak serendah 50 darjah celcius ketika itu menurut saintis seperti dilaporkan The Sun Keadaan itu dikatakan berpunca daripada keadaan di Matahari yang me...
In An Islamophobic Attack Guan Eng Warns Of Kelantan Like Dark Age If Pas Umno Brought Into Govt

In An Islamophobic Attack Guan Eng Warns Of Kelantan Like Dark Age If Pas Umno Brought Into Govt

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 357 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng today warned that Malaysia would be thrust into the dark ages under a Muslim dominated government that is hostile to its non Muslim minority if the rumoured Pakatan Nasional coalition becomes a reality Pak...
Zaman Gelap Bawah Ph

Zaman Gelap Bawah Ph

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 370 hits
KUCHING Seorang pemimpin Sarawak PAS membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendakwa Malaysia akan berada di zaman gelap jika parti Islam itu dan Umno menyertai kerajaan Kita tidak perlu tunggu PAS untuk hidup dalam zaman gelap kat...
Deputy Minister Defends Jalur Gemilang Badge Amid Criticism

Last Day Bekerja Di Bulan Ramadhan

Bergambar Dengan Dekorasi Meriah Raya Jalinan Tradisi Di Kl East Mall

Dr Mahathir Urges Compassion For Cancer Stricken Jamal Yunos Says Past Grievances Should Be Set Aside

Lokasi Kami Di Sini Segera Daftar Sebagai Agent Mobile Stokis

Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri

Pelancaran Vending Machine Itik Ke Ayam X Chef Dato Fazley Yaakob

Ayat Al Quran Mengubat Hati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Turning Clutter Into Cash How An Estate Sale Can Be Your Best Financial Decision This Year

Gempa Di Myanmar 144 Terbunuh 732 Cedera Dalam Gempa Bumi 7 7 Magnitud

Lari Jangan Jalan 2 Terbaru Dari Brooks White Mountaineering X Reebok

Scam Kononnya Pmx Sediakan Pelaburan Ia Adalah Palsu Dan Fitnah Tak Pasti Jang

Zamri Vinoth Akan Terus Lawan Demi Kebenaran 13 Peguam Hadir Wakili Saya

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak