Negara Hadapi Zaman Gelap Seperti Kelantan Jika Pas Berkuasa Kata Guan Eng


FMT ReportersLim Guan Eng berkata, rancangan membawa PAS masuk ke dalam kerajaan merupakan berita buruk untuk orang bukan Islam. PETALING JAYA: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengingatkan bahawa Malaysia akan ditarik ke zaman gelap di bawah sebuah “kerajaan yang didominasi oleh orang Islam” yang memusuhi minoriti bukan Islam sekiranya kerjasama politik Pakatan Nasional yang digembar-gemburkan menjadi kenyataan.

“Pakatan Nasional merupakan ancaman yang jelas dan nyata terhadap cara hidup Malaysia berikutan pengumuman pemimpin PAS bahawa mereka tidak mahukan menteri Kabinet bukan Islam, terutama untuk jawatan penting seperti menteri kewangan, walaupun tidak wujud halangan sedemikian dalam perlembagaan persekutuan,” kata menteri kewangan itu dalam satu kenyataan.

Ini berikutan spekulasi bahawa PAS dan Umno, iaitu 2 parti Melayu terbesar yang kini merupakan pembangkang , mungkin bekerjasama dengan PPBM bagi membentuk satu pakatan politik baru.

Dalam kenyataannya, Lim membidas pemimpin PAS, selain mengecam keputusan kontrovesi kerajaan Kelantan membeli kereta Mercedes Benz untuk anggota exconya.

Beliau mendakwa, pemimpin PAS “sangat memusuhi Barat dan teknologi moden”.

Katanya, kerajaan Pakatan Nasional “akan membawa zaman gelap seperti di Kelantan kepada Malaysia, di mana satu-satunya perkara moden yang ada ialah kereta mewah Mercedes Benz dan pemimpin mendapat bonus RM50,000, yang lebih penting daripada kemampuan membayar gaji kakitangan awam mereka sendiri”.

Bulan lepas, FMT melaporkan bahawa pertemuan tertutup antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan presiden PAS Abdul Hadi Awang mungkin membuka jalan kepada PAS kepada kuasa pusat, iaitu langkah yang akan meminggirkan DAP dan presiden PKR Anwar Ibrahim.

Jajaran baru itu akan menyatukan penyokong Mahathir dengan pengaruh PAS di negeri majoriti Melayu di bahagian utara dan pantai timur semenanjung.

Awal minggu ini, ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam membangkitkan tentang kemungkinan berlakunya kerjasama baru politik itu selepas mendakwa presiden Umno, Ahmad zahid Hamidi menyokong rancangan tersebut sebagai satu cara untuk mengelakkan pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

Hadi berkata, PAS bersikap terbuka terhadap kerjasama itu kerana ia boleh menjamin dominasi orang Islam dalam kerajaan.

Lim hari ini menuduh parti pembangkang mengamalkan “politik berbahaya, memecah belah dan destruktif” dengan berkata, mereka malah menyokong cadangan memotong peruntukan kepada sekolah vernacular dan kempen memboikot perniagaan bukan Islam.

Beliau berkata, hanya Pakatan Harapan (PH) mewakili semua rakyat Malaysia.

“PH mahu berkongsi kemakmuran yang inklusif, bukan eksklusif kepada hanya satu-satu kumpulan.
“Masanya telah tiba, bukan sahaja bagi orang bukan Melayu dan bukan Islam, tetapi semua rakyat Malaysia untuk menyokong kesederhanaan berdasarkan demokrasi, kedaulatan undang-undang, pencapaian dan integriti yang menghormati dan melindungi rakyat tanpa mengira kaum, agama, geografi dan demografi,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/negara-hadapi-zaman-gelap-seperti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulak Dah Guan Eng Kata Pas Keliru

Pulak Dah Guan Eng Kata Pas Keliru

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 257 hits
Pas didakwa keliru dengan peranannya sebagai parti pembangkang berhubung hasrat untuk mengemukakan usul menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula bulan depan Setiausaha Agung DAP...
In An Islamophobic Attack Guan Eng Warns Of Kelantan Like Dark Age If Pas Umno Brought Into Govt

In An Islamophobic Attack Guan Eng Warns Of Kelantan Like Dark Age If Pas Umno Brought Into Govt

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 348 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng today warned that Malaysia would be thrust into the dark ages under a Muslim dominated government that is hostile to its non Muslim minority if the rumoured Pakatan Nasional coalition becomes a reality Pak...
Lim Dakwa Kelantan Dalam Zaman Gelap Dan Pemimpin Pas Memusuhi Barat

Lim Dakwa Kelantan Dalam Zaman Gelap Dan Pemimpin Pas Memusuhi Barat

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 300 hits
Mungkin Lim Guan Eng lupa yang sekarang ini Malaysia yang berada di zaman kegelapan Nilai ringgit jatuh teruk Bursa jatuh teruk peluang pekerjaan terhad dan macam macam masalah lagi Guan Eng juga menuduh pemimpin Pas memusuhi Barat dan lupa...
Malaysia Lebih Teruk Di Bawah Ph Berbanding Zaman Gelap Kata Pemimpin Pas

Malaysia Lebih Teruk Di Bawah Ph Berbanding Zaman Gelap Kata Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 318 hits
Isnin lalu Lim Guan Eng memberi amaran Malaysia akan berada di zaman gelap jika kerajaan didominasi orang Melayu termasuk PAS Seorang pemimpin Sarawak PAS membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mendakwa Malaysia akan berada di zama...
Kabinet Belum Setuju Laksana Semula Ppsmi Kata Guan Eng

Kabinet Belum Setuju Laksana Semula Ppsmi Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 413 hits
Kabinet belum setuju laksana semula PPSMI kata Guan Eng Dikemas kini 35 minit yang lalu Diterbitkan pada 1 Feb 2020 2 27PM
Pas Intention To File Vote Of Confidence Shows It Is Confused Says Guan Eng

Pas Intention To File Vote Of Confidence Shows It Is Confused Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 305 hits
Finance Minister Lim Guan Eng says only the ruling parties would table a vote of confidence motion in Parliament BUTTERWORTH Finance Minister Lim Guan Eng said PAS is confused over its role in Parliament as it has proposed to table a motion...
Veteran Umno Pas Desak Tun M Pecat Guan Eng

Veteran Umno Pas Desak Tun M Pecat Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 317 hits
Othman dan Ahmad Subky bersama ahli veteran UMNO dan Pas pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Veteran UMNO dan Pas mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memecat Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana m...
Isu Hutang Negeri Kelantan Lim Guan Eng Menipu Rakyat Malaysia

Isu Hutang Negeri Kelantan Lim Guan Eng Menipu Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 384 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menipu rakyat Malaysia dan tidak bercakap benar tentang hutang dan perbelanjaan negeri Kelantan Sebenarnya ada cerita disebalik isu ini yang melibatkan sejarah dan Perjanjian Persekutuan
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Ceramah Ramadhan Hari Ke 1 Merespon Ayat Puasa Ramadhan

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal