Saintis Ramal Bumi Masuki Fasa Zaman Mini Ais Lagi 30 Tahun Dakwa Suhu Turun Serendah 55 C
Bumi diramal memasuki era zaman mini ais kira-kira 30 tahun lagi dengan suhu turun mendadak serendah -50 darjah celcius ketika itu, menurut saintis seperti dilaporkan The Sun.
Keadaan itu dikatakan berpunca daripada keadaan di Matahari yang memasuki fasa ‘hibernasi’ semula jadi. Dalam fasa berkenaan, Bumi akan berdepan dengan fenomena ‘solar minimum’, satu tempoh dimana Matahari melepaskan tenaga atau haba lebih rendah berbanding biasa.
The Sun turut melaporkan bahawa Matahari akan mencapai tahap aktiviti paling rendah dalam tempoh lebih 200 tahun pada 2020.
Ketika itu, suhu di Matahari akan turun sebanyak 1 darjah celcius. Walaupun nilainya adalah kecil, tetapi mempunyai impak yang sangat besar kepada suhu purata Bumi, menurut pakar dari Universiti Northrumbia, Profesor Valentina Zharkova.
Solar minimum adalah sebahagian daripada kitaran hidup semulajadi Matahari dan ia berlaku sekali setiap 11 tahun. Namun pada 2020, solar minimum yang berlaku dianggap sebagai luar biasa dan menjanjikan cuaca yang lebih sejuk.
Lapor The Sun lagi, ia disebabkan pada 2020, proses solar minimum kali ini adalah satu proses berbeza yang jarang-jarang berlaku dan ia dikenali sebagai permulaan Grand Solar Minimum dimana tenaga yang dilepaskan oleh Matahari kali ini lebih rendah berbanding proses solar minimum yang lain.
Menurut saintis, Grand Solar Minimum hanya berlaku sekali dalam tempoh 400 tahun atau lebih. Bagaimanapun perubahan yang berlaku ketika ini memberi kesan yang tidak berbahaya.
Ujar Profesor Zharkova, fenomena cuaca sejuk dan berais mungkin berpanjangan sehingga suhu Matahari dijangka meningkat kembali pada 2053.
Beliau turut menambah beberapa fenomena cuaca sejuk yang dilaporkan berlaku di Kanada dan Iceland adalah bukti permulaan Grand Solar Minimum.
”Kita mungkin melihat melihat cuaca sejuk luar biasa seperti yang berlaku di Kanada ketika ini dimana cuaca sejuk disana adalah serendah -55 darjah celciu.
”Namun, ia hanyalah permulaan Grand Solar Minimum, dan kita mungkin berdepan dengan lebih banyak kemungkinan untuk 33 tahun akan datang,” katanya.
Kali terakhir Grand Solar Minimum berlaku adalah sekitar tahun 1645 hingga 1715 dan dipanggil sebagai Maunder Minimum.
Sumber: The Sun
The post Saintis Ramal Bumi Masuki Fasa Zaman Mini Ais Lagi 30 Tahun, Dakwa Suhu Turun Serendah -55 ºC appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/02/03/saintis-ramal-bumi-masuki-fasa-zaman-mini-ais-lagi-30-tahun-dakwa-suhu-turun-serendah-55-oc/