Lihat Apa Yang Anak Anak Lelaki Ini Buat Untuk Menceriakan Ayah Mereka Sempena Harijadi Ke 62
Seorang lelaki dari New Jersey pasti tidak akan melupakan hari jadi ke-62 nya selepas anak-anaknya mencatatkan nombor telefonnya di sebuah papan tanda di pinggir jalan besar yang membuatkan orang ramai membuat panggilan dan mengucapkan selamat kepadanya. Setakat ini Chris Ferry telah mendapat lebih daripada 15,000 panggilan dan teks daripada orang ramai di seluruh dunia.
Setiap kali sambutan harijadinya anak-anak nya akan membawanya ke restoran dan kemudian memaklum kan kepada pelayan bahawa hari tersebut adalah harijadinya. Anak-anak nya suka mengusiknya dan dia akan tersipu malu dan tidak selesa apabila pelayan membawa kek ke meja mereka.
Pada tahun ini, mereka membuat sesuatu yang baru dengan menyewa papan iklan di luar Linwood dan meletak kan nombor telefon ayahnya diatas papan tanda tersebut.
Awalnya mereka fikir ia akan menjadi satu jenaka namun lama kelamaan ianya mula tidak dapat dikawal apabila Chris Ferry mendapat beberapa panggilan daripada orang asing secara rawak selepas gambar papan iklan tersebut menjadi viral.
Papan iklan itu dinaikkan pada 6 Mac, dan pada 12 Mac Chris Ferry telah menerima lebih daripada 15,000 panggilan dan teks hari lahir dari orang ramai di negara-negara seperti Filipina, Kenya, Luxembourg, Ireland, Guatemala, Nepal dan Australia.
Dia sebenarnya cuba menjawab setiap panggilan dan menjawab semua teks pada mulanya, tetapi akhirnya dia menukar mail suaranya kepada "terima kasih kerana memanggil untuk mengucapkan selamat hari jadi, saya benar-benar menghargai ...".
Chris Ferry mendakwa dia mendapat 10 hingga 600 panggilan dalam masa hanya beberapa minit. Disebab kan itu dia tidak dapat lagi menggunakan telefon bimbitnya seperti biasa.
Chris mengetahu mengenai prank yang dilakukan oleh anak lelakinya pada Khamis minggu lalu ketika dia mendapat panggilan dari seorang lelaki bernama Nick yang ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya. "Bagaimana anda tahu hari jadi saya datang?" Ferry bertanya, lelaki itu menjawab "Saya melihatnya di papan iklan".
"Ayah saya memandu dengan serta-merta ke papan iklan itu dan mengambil gambar dengannya," kata seorang anak lelaki Ferry kepada CNN.
Memandangkan hari ulang tahun ke-62 Chris sudah berlalu itu tidak menjamin yang dia tidak akan menerima lebih banyak panggilan kerana papan iklan tersebut tidak akan diturunkan sehingga bulan April.
Chris hanya ketawa dengan apa yang berlaku jadi anak-anaknya mencadangkan tahun depan mereka boleh menyewa papan iklan yang lebih besar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2019/03/lihat-apa-yang-anak-anak-lelaki-ini.html