Enam Ketul Bertih Jagung Tersekat Dalam Paru Paru Nash Padah Beri Anak Kudapan Ini Jika Mereka Di Bawah Usia 5 Tahun


Sudah menjadi kebiasaan kalau menonton filem, kita gemar mengunyah bertih jagung. bahkan ini jugalah kudapan yang akan kita berikan kepada anak-anak supaya mereka leka ketika filem sedang ditayangkan dan tidak merengek itu ini.
Tahukah anda, tabiat itu sebenarnya bahaya apatah lagi jika bertih jagung diberikan kepada anak yang berusia lima tahun ke bawah?
Satu insiden buruk telah berlaku kepada seorang budak lelaki yang diberikan bertih jagung oleh ibunya didapati tercekik makanan ini. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh ibunya, Nicole Johnson Goddard melalui statusnya di laman Facebook.
“Saya mahu berkongsi pengalaman yang membuka mata kerana tidak ramai yang tahu bahaya bertih jagung terhadap anak kecil. Kami menonton filem pada Sabtu lepas dan makan bertih jagung seperti yang selalu kami lakukan. Saya tidak berfikir dua kali ketika memberi bertih jagung kepada Nash. Nash ada tercekik sedikit ketika makan tapi dia nampak baik saja. Kami tak nampak apa-apa yang keluar dari mulutnya, jadi kami fikir semuanya elok. Apa yang kami perhatikan, dia sering terbatuk selepas itu.

Esoknya, dia masih elok saja tetapi saya perasan bunyi batuknya agak pelik. Itu yang membimbangkan saya. kemudian Nash nampak seperti kepanasan dan mula meragam. Saya dapati dia demam dan saya berikan dia ubat. Selepas itu, saya tidurkan dia. ketika tidur, saya dapati nafasnya lain macam.

Saya terus hubungi pakar kanak-kanak yang kami biasa dan beritahu padanya yang Nash harus diperiksa segera. Kami bawa Nash ke hospital dan doktor menjalankan ujian X-ray terhadapnya. Dia nampak seperti tidak suka dengan apa yang dia lihat, jadi dia jadualkan untuk buat pembedahan Bronchoscopy. Kami terus diterbangkan ke Denver untuk menjalankan prosedur itu. Saya menangis sepanjang dia dibedah.
Kata doktor, dia tercekik bertih jagung dan ia tersekat di paru-parunya. Hal ini menyebabkan Nash mengalami pneumonia pada paru-paru kiri. Doktor juga memberitahu mereka dapat mengeluarkan enam ketul bertih jagung ketika pembedahan. untuk memastikan mereka berjaya mengeluarkan kesemua bertih jagung itu, doktor terpaksa menjalankan prosedur yang sama selama dua hari.
Apabila para doktor sudah yakin Nash pulih, kami dibenarkan untuk membawanya pulang. Sememangnya pengalaman ini umpama menaiki roller coaster. Nash sememangnya anak yang kuat dan dia pulih dengan cepat.

Kalaulah saya tidak mempercayai naluri keibuan saya, dah tentu penyudahnya lebih teruk. Saya juga diberitahu bahawa bertih jagung tidak sesuai diberikan kepada anak kecil berumur lima tahun ke bawah. Saya benci untuk menggunakan alasan yang dia merupakan anak ketiga kami jadi saya terlepas pandang dan tidak peka dengannya.”
Ada masanya, perkara remeh boleh menjadi pengajaran kepada kita. Setiap hari kita mencuba yang terbaik untuk berikan keselesaan kepada anak-anak. Tidak pernah kita sangka, bertih jagung boleh mendatangkan kemudaratan seperti itu sekali kepada anak kecil. Maka, beringatlah dan pastikan anda pilih snek lain yang lebih sihat ketika menonton filem bersama yang tersayang.
Perkongsian ini diambil dari laman FB: NICOLE JOHNSON GODDARD 
The post “Enam Ketul Bertih Jagung Tersekat Dalam Paru-Paru Nash.” Padah Beri Anak Kudapan Ini Jika Mereka Di Bawah Usia 5 Tahun appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/enam-ketul-bertih-jagung-tersekat-dalam-paru-paru-nash-padah-beri-anak-kudapan-ini-jika-mereka-di-bawah-usia-5-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Muda Usia 30 Tahun Sudah Punya 8 Anak Tetap Cantik Dan Berjualan Jamu

Ibu Muda Usia 30 Tahun Sudah Punya 8 Anak Tetap Cantik Dan Berjualan Jamu

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 561 hits
Dewi adalah wanita yang saat ini ini tinggal di Pangkal Pinang Sumatra Selatan Selain cantik jika dilihat sepintas tidak ada yang istimewa dari wanita entrepreneur ini Tapi jika kita sudah mengenalnya barulah kita tahu dia itu istimewa alia...
Bersedialah Ibu Gejala Kurang Tidur Ibu Akan Terjadi Hingga Anak Usia 6 Tahun Kajian

Bersedialah Ibu Gejala Kurang Tidur Ibu Akan Terjadi Hingga Anak Usia 6 Tahun Kajian

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 247 hits
Gejala kurang tidur atau tidak cukup tidur berlaku kepada semua ibu pada hari pertama kelahiran bayi Wanita yang baru menjadi ibu khususnya akan mengalami rehat yang tidak cukup kerana sibuk menyusukan menguruskan dan menenangkan anak yang ...
Sekurang Kurangnya Hingga Usia 4 Tahun Ibu Ayah Kena Hadap Drama Bila Anak Mengamuk

Sekurang Kurangnya Hingga Usia 4 Tahun Ibu Ayah Kena Hadap Drama Bila Anak Mengamuk

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 335 hits
Toodler tantrums atau defiant age pernah dengar Adakah ini normal untuk mengamuk atau sekadar mengambil perhatian si dewasa oleh si cilik Perkongsian dari Terapis Cara Kerja boleh membantu ibu bapa yang berdepan keadaan ini Anak memang muda...
Bermodal Tabungan 44 Ribu Anak 13 Tahun Ini Merawat 2 Adiknya Karena Ibunya Pergi Tak Kunjung Kembali

Bermodal Tabungan 44 Ribu Anak 13 Tahun Ini Merawat 2 Adiknya Karena Ibunya Pergi Tak Kunjung Kembali

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 224 hits
Bermodal tabungan Rp44 ribu seorang bocah 13 harus merawat dua adiknya yang masih kecil kecil setelah ditinggal ibunya Kabarnya sudah seminggu sang ibu Novinta Pontoh pergi dan tak ada kabar kapan hendak kembali Karena itulah Velin Rossi Po...
Berbaktilah Kepada Ibu Bapa Di Usia Emas Mereka Kerana Itulah Lubuk Pahala Kita

Berbaktilah Kepada Ibu Bapa Di Usia Emas Mereka Kerana Itulah Lubuk Pahala Kita

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 903 hits
Apabila bercakap tentang tanggungjawab terhadap ibu bapa saya pernah mendengar satu ceramah berkenaan hal ini daripada video yang telah diterbitkan oleh IluvUAllah Diceritakan bahawa seorang lelaki pernah datang kepada Rasulullah SAW dan be...
Boeing Bakal Lancarkan Pesawat Tanpa Juruterbang Mereka Tahun Hadapan

Boeing Bakal Lancarkan Pesawat Tanpa Juruterbang Mereka Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 374 hits
Nampak Boeing yang merupakan syarikat pengeluar pesawat telah mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan sebuah pesawat tanpa juruterbang di Pameran Udara Antarabangsa Australia Pesawat tanpa juruterbang itu diberi nama Loyal Wingman dan dib...
Elak Beri Anak Umur 2 Tahun Ke Atas Hisap Jari Atau Pacifier Gigi Akan Kelihatan Jonggang Atau Overjet

Elak Beri Anak Umur 2 Tahun Ke Atas Hisap Jari Atau Pacifier Gigi Akan Kelihatan Jonggang Atau Overjet

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 630 hits
Doktor apa beza anak hisap jari dengan hisap pacifier Kesan sama ke lain Sebenarnya kesan dalam jangka masa panjang memang ada tapi kalau anak hisap jari atau pacifier sekejap sekejap dan berhenti seawal 12 bulan tiada kesan jangka panjang ...
Ajari Anak Untuk Meminta Maaf Dan Memaafkan Agar Mereka Tak Tumbuh Jadi Pendendam

Ajari Anak Untuk Meminta Maaf Dan Memaafkan Agar Mereka Tak Tumbuh Jadi Pendendam

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 272 hits
Meminta maaf dan memberi maaf semudah kita mengungkapkannya tapi tidak mudah untuk melakukannya Namun ini harus diajarkan kepada anak anak sejak mereka masih kecil Kita terkadang sering berbuat salah tetapi tetap harus mau membuka hati untu...
Bermain Olok Olok Membantu Anak Anak Dalam Perkembangan Tumbesaran Mereka

Bermain Olok Olok Membantu Anak Anak Dalam Perkembangan Tumbesaran Mereka

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 434 hits
Setiap kanak kanak mempunyai imaginasi yang sangat tinggi dalam kehidupan seharian mereka Dengan imaginasi yang tinggi ini mereka dapat belajar dan juga berfikir dalam satu masa Jadi mereka lebih aktif dan berdaya saing Mama tak nafikan den...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik

Pertiwi Trending Boikot Bangkit Usahawan Bumiputera Tv Pertiwi 23 04 2024

Piala Presiden 2024 Senarai Pasukan Format

Saff One Zaidie Shidee Izmir Zoul Dzikri Sor Maaf Raya Kosong Kosong Chord