Liga Malaysia Musim 2020 Dilancarkan Secara Rasmi Mfl


Musim baharu cabaran baharu! .Liga Malaysia Musim 2020 Dilancarkan Secara Rasmi
Itu debaran yang semakin kuat dirasai 24 pasukan Liga Super dan Liga Premier yang bakal berentap merebut kejuaraan sebaik saingan Liga Malaysia 2020 dilancarkan secara rasmi oleh Malaysian Football League (MFL) hari ini. Pelancaran Liga Malaysia 2020 yang berlangsung cukup meriah di Hotel Acappella Suite Hotel, Shah Alam itu disempurnakan oleh Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan dan Timbalan Presiden FAM Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Selain itu, barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Exco FAM serta wakil pasukan turut hadir memeriahkan majlis pelancaran itu.

Menurut Dato’ Ab Ghani, beliau berharap Liga Malaysia musim 2020 akan terus mendapat sokongan daripada peminat-peminat dalam usaha mendukung bola sepak tempatan.

Tambahnya, beliau optimis bahawa Liga Malaysia berpotensi untuk terus berkembang menjadi antara liga terbaik di rantau ini.

“Alhamdulillah dengan pelancaran hari ini menandakan persaingan musim baharu bakal bermula. Kami amat berharap Liga Malaysia 2020 akan menjadi lembaran baharu kepada arena bola sepak tanah air.

“Kita dapat lihat kesungguhan semua pasukan dalam memburu kejuaraan kali ini apabila masing-masing giat mempersiapkan pasukan. Jadi kita mengharapkan saingan lebih berkualiti akan disajikan buat peminat tempatan namun dalam masa yang sama semangat kesukanan tinggi tetap diterapkan.


“MFL sebagai badan pentadbir liga pula akan sentiasa berusaha keras untuk mengembangkan potensi liga selaras dengan misi dan visi MFL yang mahu melakukan transformasi dalam bola sepak Malaysia.

“Selain itu MFL juga mahu menyerlahkan potensi pasukan tempatan ke pentas lebih tinggi seperti Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Justeru MFL berharap peminat dapat terus memberi sokongan padu kepada pasukan Liga Malaysia kerana sokongan penyokong itu menjadi azimat kejayaan setiap pasukan,” katanya.

Tirai Liga Malaysia 2020 akan dibuka dengan perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 28 Februari ini antara Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga pemenang Piala Malaysia 2019 menentang juara Piala FA 2019, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

JDT yang merangkul kejuaraan buat kali keenam berturut-turut Liga Super musim lalu pasti mahu melebarkan penguasaan namun 11 lagi pasukan iaitu Selangor, Kedah, Terengganu FC, Felda United, Perak, Pahang, Melaka, PJ City FC dan tiga pasukan baharu iaitu juara Liga Premier, Sabah, UiTM FC dan PDRM juga ingin melakukan sesuatu.

Bagi Sabah pula, mereka kembali membuat kemunculan di Liga Super sejak kali terakhir bermain dalam kancah saingan elit itu pada tahun 2012 diikuti PDRM.

Manakala UiTM FC mencipta sejarah apabila menjadi kelab universiti pertama bermain di Liga Super selepas menggantikan PKNS FC yang kini dikenali Selangor 2.

Sementara itu empat pasukan Reserve Team, JDT II, Perak II, Selangor 2, Terengganu FC II bakal mewarnai kancah Liga Premier selain Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sarawak United FC, Kuala Lumpur, UKM FC serta dua pendatang baharu dari Liga M3, Kelantan United dan Kuching FA.

Musim lalu juga menyaksikan kehadiran seramai 730,036 penonton bagi Liga Super dan 160,029 bilang penonton bagi Liga Premier secara keseluruhan.

Manakala jumlah kehadiran penonton secara keseluruhan bagi kejohanan Piala FA seramai 224,976 diikuti Challenge Cup (20,944) dan Piala Malaysia sebanyak 467,377 penonton.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://obsesbola.blogspot.com/2020/01/liga-malaysia-musim-2020-dilancarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Pemain Skuad Terengganu Fc 2020 Liga Super Malaysia

Senarai Pemain Skuad Terengganu Fc 2020 Liga Super Malaysia

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 612 hits
Senarai Pemain Skuad Terengganu FC 2020 Liga Super Malaysia Perlawanan liga super 2020 bakal membukai tirai tidak lama lagi Setiap pasukan mempersiapkan barisan pemain yang mantap untuk terus bersaing merebut kejuaraan Berikut dikongsikan S...
Perodua Bezza 2020 Dilancarkan Secara Rasmi Harga Bermula Rm34 580 Hingga Rm49 980

Perodua Bezza 2020 Dilancarkan Secara Rasmi Harga Bermula Rm34 580 Hingga Rm49 980

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 566 hits
Ramai yang ternanti nanti kemunculan Perodua Bezza 2020 untuk dilancarkan sejak dari tahun lalu lagi Memandangkan Perodua Bezza sentiasa menjadi pesaing dengan Proton Saga terbaru pada tahun 2019 maka ramai yang menanti kemunculan Bezza bar...
Tahniah Pengundi Ph Peraturan Baru Eksais Duti Malaysia 2020 Bakal Jadikan Harga Kenderaan Ckd Meningkat Sehingga 15

Tahniah Pengundi Ph Peraturan Baru Eksais Duti Malaysia 2020 Bakal Jadikan Harga Kenderaan Ckd Meningkat Sehingga 15

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 456 hits
kenderaan oleh kerajaan Nampaknya ini semakin menjadi kenyataan berdasarkan apa yang termaktub di dalam Excise Regulations 2019 yang disediakan oleh kementerian kewangan dan telah digazetkan pada 31 Disember 2019 sekiranya perkara berkenaan...
5633 Aktiviti Temubual Eksklusif Bersama Toqqi Di Rancangan Selamat Pagi Malaysia Tv1 Ppim 08 01 2020

5633 Aktiviti Temubual Eksklusif Bersama Toqqi Di Rancangan Selamat Pagi Malaysia Tv1 Ppim 08 01 2020

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 1330 hits
Temubual eksklusif bersama Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi membincangkan topik Cari Peluang Perkukuh Kewangan Sendiri di rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1
Bmkg Potensi Hujan Lebat 2 7 Januari Di Jabodetabek Puncak Musim Hujan Februari Maret 2020

Bmkg Potensi Hujan Lebat 2 7 Januari Di Jabodetabek Puncak Musim Hujan Februari Maret 2020

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 412 hits
Badan Meterologi Klimatologi dan Geofisika mengingatkan potensi hujan lebat akan terjadi di wilayah Jakarta Bogor Depok Tangerang Bekasi hingga tujuh hari kedepan Hal tu disampaikan Kepala BMKG Dwikorita Karnawati saat rapat koordinasi banj...
Iltizam 2020 Gandakan Usaha Menuju Malaysia Baru

Iltizam 2020 Gandakan Usaha Menuju Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 408 hits
By 8 Jan 202024Masih ada sinar harapan jika ramai orang berganding bahu melawan ketidakadilan rasuah diskriminasi ketaksuban dan ekstrimisme tulis Prema Devaraj Apakah azam tahun baru kita Bagaimanakah kita mahu mencorakkan jalan perubahan ...
Senarai Pemain Skuad Jdt Musim 2020

Senarai Pemain Skuad Jdt Musim 2020

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 683 hits
Senarai Pemain Skuad JDT Musim 2020 Perlawanan liga super 2020 bakal membukai tirai tidak lama lagi Setiap pasukan mempersiapkan barisan pemain yang mantap untuk terus bersaing merebut kejuaraan Berikut dikongsikan Senarai Pemain Skuad JDT ...
Kedudukan Carta Malaysia Aff Suzuki Cup 2020

Kedudukan Carta Malaysia Aff Suzuki Cup 2020

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 578 hits
Kedudukan Carta Malaysia AFF Suzuki Cup 2020 BILAKAH tarikh Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 bakal membuka tirai Perhatian buat peminat Bolasepak di Malaysia yang ingin ketahui Kedudukan Carta Piala AFF Suzuki 2020 Sedia maklum Kejohanan Piala...
Gloomy Malaysia No Peace And Joy For 2020

Gloomy Malaysia No Peace And Joy For 2020

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 485 hits
With the government on a senseless spree of national asset sales endless foreign borrowings and yet debt kept raising larger budget passed in Parliament with revenue uncertain and cutbacks made at will without pondering of larger impact on ...
Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Komandan Brimob Diberhentikan Tidak Dengan Hormat Terlibat Insiden Maut Ojek Online

Isham Jalil Cubaan Ban Akaun Tiktok

Rasa Baru Boleh Berangkak

Hiburan Peniaga Bunga Dedah Bapa Dua Beradik Lemas Pinjam Wang Sebelum Tragedi Nak Sambut Birthday

Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya

Terung Buat Pc Menangis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

File 168 Memang Df Singgah Blog Setahun Sekali Eh

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Sabah Fc X Adidas Perkenal Jersi Baru Musim 2025 2026