Tahniah Pengundi Ph Peraturan Baru Eksais Duti Malaysia 2020 Bakal Jadikan Harga Kenderaan Ckd Meningkat Sehingga 15


Executive Editor     minda rakyat    

Disember lalu, sebuah laporan berita memberi petunjuk bahawa kemungkinan kereta pemasangan tempatan akan naik harga bermula tahun ini kesan daripada langkah penstrukturan semula kadar duti kenderaan oleh kerajaan.

Nampaknya ini semakin menjadi kenyataan, berdasarkan apa yang termaktub di dalam Excise (Determination of Value of Locally Manufactured Goods for the Purpose of Levying Excise Duty) Regulations 2019, yang disediakan oleh kementerian kewangan dan telah digazetkan pada 31 Disember 2019, sekiranya perkara berkenaan ditafsir dengan betul.

Terma di bawah peraturan baru ini, yang secara teknikalnya telah berkuatkuasa, kenderaan pemasangan tempatan (CKD) akan dikenakan lebih banyak cukai. Ini adalah disebabkan bagaimana kaedah pengiraan nilai pasaran terbuka (open market value, OMV) bagi kenderaan telah berubah.

Apa sebenarnya OMV? Ia adalah nilai akhir pasaran yang ditetapkan bagi kenderaan CKD yang siap dari kilang, sebelum kerajaan mengenakan duti eksais ke atasnya. Terdapat beberapa komponen yang menentukan OMV, dan ini termasuk kos bagi pek CKD, kos pengilangan dan komponen serta caj pemasangan dan pentadbiran.



Ini berbeza daripada kenderaan import sepenuhnya (CBU), yang mana penetapan harganya berdasarkan Cost, Insurance and Freight (CIF), yang mana duti import dan eksais dikenakan. Duti eksais berada di antara 60% hingga 105% (tidak kira untuk kenderaan CKD atau CBU), dikira berdasarkan kenderaan dan kapasiti enjinnya. Sementara duti import pula boleh mencecah 30%, bergantung kepada dari mana kenderaan itu dikilangkan. Kenderaan dari negara-negara ASEAN tidak dikenakan duti import.

Gazet berkenaan menambah komponen-komponen baru ke dalam pengiraan OMV. Di bawah peraturan baru ini, nilai yang dimasukkan untuk mengenalpasti duti-duti terlibat akan mengambil kira bukan hanya keuntungan dan perbelanjaan umum yang terlibat di dalam pengilangan sesebuah kenderaan, tetapi juga jualannya.

Menurut sumber yang rapat dengan perkara ini, cara baru mengira OMV, yang memperkenalkan duti ke atas jualah barangan menimbulkan persoalan-persoalan baru dan menyebabkan kekeliruan kepada OEM dan pengedar-pengedar.

Sebelum ini, OMV hanya mengambil kira kos pengilangan barang, tetapi bahagian “jualan” berkenaan kini turut merangkumi perkara-perkara lain seperti kejuruteraan, kerja-kerja pembangunan, kerja seni, kerja rekaan, pelan dan lakaran, bayaran royalti dan yuran lesen (paten, tanda dagang, hakcipta).



Klausa 4.2 (d) meluaskan lagi perkara ini dengan memasukkan “kos-kos langsung dan tidak langsung yang dikenakan di dalam pengilangan dan jualan barangan yang boleh dikenakan duti.” Perkara ini, menurut sumber tadi, adalah “menakutkan”, kerana Kementerian Kewangan/Kastam tidak melibatkankan industri automotif ketika perbincangan yang dilakukan sebelum gazet ini dikeluarkan.
Kemasukan “kos pejabat” (berbanding hanya “kos kilang” sebelum ini) berpotensi untuk meluaskan skop dengan agak ketara memandangkan ia akan mengambil kira kos-kos jualan dan pemasaran sesebuah model diperingkat pengedar. Dengan duti eksais (yang kadarnya masih tidak berubah) di “levi” ke atas OMV kenderaan, kenaikan harga asas akan turut memberi kesan kepada duti eksais yang boleh dicaj – dan harga akhir kenderaan juga – akan meningkat sama.

Sumber yang sama juga berkata, kaedah pengiraan nilai sebelum ini – selepas dikilangkan – adalah pendekatan yang lebih adil. Mengenakan levi terhadap sesebuah produk sepatutnya hanya itu; levi ke atas produk. Timbul juga persoalan berkaitan cukai berganda yang dikenakan, memandangkan syarikat-syarikat kenderaan membayar cukai pendapatan korporat ke atas keuntungan mereka juga, sama seperti perniagaan lain.

Perkara lain yang berkait pula ialah kenderaan-kenderaan import sepenuhnya CBU akan terus dicukai dengan cara yang sama – ke atas kenderaan itu sendiri dan tiada tambahan lain – yang cenderung menyebabkan ketaksamaan berlaku. “Ini tidak adil bagi mereka yang telah melabur di dalam operasi CKD di negara ini,” ujar sumber berkenaan.



Agak jelas, langkah ini berutjuan untuk meraih lebih banyak pendapatan daripada perniagaan penjualan kenderaan, tetapi dengan penstrukturan semula duti ini, harga kos kenderaan akan menjadi lebih tinggi, dan sudah tentu pengeluar akan memindahkan beban berkenaan kepada pengguna.

Ditanya mengenai anggaran kadar yang mungkin berlaku, sumber berkenaan menjelaskan; “Untuk kereta CKD, angka kasar kenaikan harga berkemungkinan sekitar 12%-15% jika mengikut pengiraan baru bagi OMV ini.”

Melihat kepada gambaran yang lebih besar daripada kesan secara langsung itu – iaitu pendapatan tambahan untuk kerajaan dan kemungkinan harga kenderaan yang lebih tinggi – akan ada kesan sampingan lain, selain daripada ia bukanlah keputusan popular untuk khalayak umum.

“Harga yang lebih mahal akan menyebabkan jumlah yang lebih rendah bagi pengeluar di Malaysia, yang mana akan memberi kesan pula kepada pekerjaan sekiranya mereka memutuskan untuk mengecilkan operasi,” tambah sumber yang sama.

“Sekiranya itu berlaku, kerajaan akan mengutip kurang cukai koporat, dan Malaysia akan kehilangan pelaburannya kepada negara-negara jiran. Tidak akan ada pendapatan tambahan untuk kerajaan,” tambah beliau, yang menyuarakan keraguan terhadap keberkesanan keseluruhan langkah ini dan membayangkannya sebagai situasi yang merugikan kepada pengguna (sebab harga kenderaan lebih tinggi) dan juga pengeluar (jumlah berkurangan).



Semua ini adalah bertentangan dengan hasrat yang disuarakan oleh MITI tahun lalu, ketika memaklumkan kementerian berkenaan sedang mempertimbangkan pengurangan di dalam duti eksais bagi sebagai satu langkah untuk mengurangkan harga kenderaan. Timbalan Menteri MITI, Ong Kian Ming pernah mengatakan, walaupun dengan pengurangan duti eksais akan bermaksud mengurangkan pendapatan kerajaan, itu akan diimbangkan dengan kutipan keseluruhan disebabkan jumlah jualan kenderaan yang meningkat.

Dengan semua ini, termasuk ketidak-tentuan perubahan dasar-dasar berkaitan (Dasar Automotif Kebangsaan masih ditangguhkan entah berapa banyak kali), syarikat pengeluar kenderaan di Malaysia seperti akan berdepan dengan kesukaran untuk merancang operasi mereka, terutama yang melibatkan pemasangan tempatan. Bagaimana mereka ingin merancang pelaburan sekiranya tiada penetapan yang kukuh dan meyakinkan, dan boleh berubah bila-bila masa tanpa makluman awal terlebih dahulu?

Khabar angin juga kedengaran beberapa jenama telah mempertimbangkan untuk menarik balik pelaburan yang berpotensi sebelum ini, misalnya untuk menaiktaraf kilang CKD, sekiranya ini berlaku. Membawa masuk dan menjual kenderaan CBU kelihatan seperti satu jalan yang lebih mudah, walaupun kenyataannya bukan begitu kerana Approved Permit (AP) untuk kenderaan import tidak boleh melebihi 10% daripada keseluruhan jumlah industri (TIV) kenderaan CKD.

Para pemerhati sebelum ini menyatakan yang struktur cukai telah dinilai semula kerana pengeluar kenderaan CKD “sangat diketahui” kerap mengistiharkan nilai yang lebih rendah bagi kandungan dari luar negara pada kenderaan yang dikeluarkan dan “berjaya terlepas dengan keuntungan yang besar”. Pemerhati industri yang lain pula menyatakan, kenaikan harga kendearan akan memberi manfaat kepada jenama tempatan disebabkan harga jualan mereka yang rendah, walaupun ia juga akan mengurangkan pelaburan langsung asing ke dalam industri
  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/tahniah-pengundi-ph-peraturan-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelekat Kenderaan Visit Malaysia Year 2020 Dirasmikan

Pelekat Kenderaan Visit Malaysia Year 2020 Dirasmikan

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 455 hits
Hello pembaca kesayangan Sebagai rakyat Malaysia tahukah anda bahawa setiap seorang dari kita punyai tanggungjawab tersendiri untuk berbakti kepada negara kita yang tercinta ini Salah satu cara yang kita boleh lakukan adalah dengan menjaga ...
Iltizam 2020 Gandakan Usaha Menuju Malaysia Baru

Iltizam 2020 Gandakan Usaha Menuju Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 327 hits
By 8 Jan 202024Masih ada sinar harapan jika ramai orang berganding bahu melawan ketidakadilan rasuah diskriminasi ketaksuban dan ekstrimisme tulis Prema Devaraj Apakah azam tahun baru kita Bagaimanakah kita mahu mencorakkan jalan perubahan ...
Terus Menghidupkan Tradisi Tahun Baru Lunar 2020 Di Legoland Malaysia Resort

Terus Menghidupkan Tradisi Tahun Baru Lunar 2020 Di Legoland Malaysia Resort

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 636 hits
Bersiap sedialah untuk perayaan dan aktiviti tradisional Lunar New Year 2020 dengan sentuhan LEGO untuk seisi keluarga ISKANDAR PUTERI 2 Januari 2020 LEGOLAND Malaysia Resort menjemput anda sekeluarga untuk bersama sama meraikan sambutan Lu...
Perodua Bezza Harga Baru 2020

Perodua Bezza Harga Baru 2020

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 2318 hits
SOURCE appeared first on Kereta Perodua Bezza 2020 facelift Harga Baru 2020 Sebelum itu tahniah diucapkan kepada Produa Bezza yang berjaya menggungguli di Malaysia bersama sama satu lagi model kereta iaitu Tuutttt anda boleh lihat senarai p...
Bpjamsostek Target Raup 23 5 Juta Peserta Baru Di 2020

Bpjamsostek Target Raup 23 5 Juta Peserta Baru Di 2020

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 233 hits
BPJamsostek menargetkan sekitar 23 5 juta peserta baru pada 2020 Pihaknya optimistis target tersebut bisa tercapai lantaran pemerintah memperhitungkan perekonomian negara di tahun ini akan membaik Masuknya anggota baru ini bukan berarti aka...
Gloomy Malaysia No Peace And Joy For 2020

Gloomy Malaysia No Peace And Joy For 2020

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 383 hits
With the government on a senseless spree of national asset sales endless foreign borrowings and yet debt kept raising larger budget passed in Parliament with revenue uncertain and cutbacks made at will without pondering of larger impact on ...
Huawei Matebook D15 Kini Di Malaysia Pada Harga Rm2499

Huawei Matebook D15 Kini Di Malaysia Pada Harga Rm2499

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 517 hits
https ift tt 2Fk28hj Huawei hari ini telah mengumumkan penawaran satu lagi komputer riba terbaru untuk pasaran tempatan iaitu Huawei MateBook D15 Komputer riba ini hadir dengan skrin 15 6 inci dan akan mula dijual bermula 18 Januari 2020 in...
Tahun Baru Cina 2020 Mekar Dengan Kemewahan Di Paradigm Mall Johor Bahru

Tahun Baru Cina 2020 Mekar Dengan Kemewahan Di Paradigm Mall Johor Bahru

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 570 hits
Tahun baru 2020 menandakan permulaan dekad yang dinantikan jadi sambutan Tahun Baru Cina ini akan disambut dengan istimewa Bertemakan Garden of Fortune Blossom taman bunga peony yang menghidupkan suasana pusat membeli belah bersempena tradi...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids