Liga M Peminat Gesa Nama Dan Logo Skuad Tok Gajah Di Ubah Sri Pahang Fc Tak Sesuai
KUANTAN - Para peminat skuad Tok Gajah tetap menggesa nama dan logo pasukan itu ditukar baharu dalam mengharungi Liga Malaysia musin hadapan. Ini kerana, prestasi permainan Sri Pahang FC begitu hambar dan merudum sejak awal musim lagi.
Menurut seorang peminat dari Cenderawsasih dekat sini, beliau harap pengurusan bolasepak Pahang mendengar komen dan pandangan mereka kali ini. Jika tidak katanya, kebangkitan yang didambakan pasti tidak menjadi kenyataan.
"Pada awal musim satu pertandingan mencipta logo diadakan, dan ada 570 penyertaan yang diterima. namun difahamkan logo yang menjadi pemenang tidak dipilih. Sebaliknya pihak pengurusan sewenangnya mengubahnya dengan menggabungkan logo pertama dan kedua. Akhirnya terciptalah logo yang tertera nama Sri Pahang di atasnya. Pemenang utama dinafikan hak walau pun sudah memeras otak untuk mencipta logo yang lebih menarik dan canggih sebenarnya." kata beliau.
"Begitu juga nama pasukan, awalnya diadakan pertandingan. Namun entah kenapa tiba-tiba nama Sri Pahang FC dipilih atas ilham pihak pengurusan sendiri. Walhal, nama tersebut langsung tidak sesuai untuk sesebuah pasukan bolasepak.
"Perkata Sri hanya sesuai untuk sebuah kumpulan kebudayaan seperti tarian dan drama. Ia adalah seni yang penuh dengan kelembutan. Malah Sri juga dikaitkan dengan anugerah pingat kebesaran iaitu Tan Sri dan Dato' Sri.
"Sri juga dikaitkan nama-nama tuhan, dewa dan kuil bagi agama Hindu seperti Kuil Sri Murugan, Kuil Sri Mariamman di Kuantan dan Kuil Kuil Sri Marathandavar di Maran", tambahnya.
Ini bermaksud, perkataan Sri itu tidak sesuai untuk dijadikan nama sebuah kelab bolsepak. Maka itulah kita tidak pelik Skuad Tok Gajah asyik dihantui dengan badi kekalahan dan seri pada Liga M musim ini.
Malah dakwanya, kita terselamat kerana masik kekal di Liga Super. Itu pun tinggal nyawa-nyawa ikan dengan UiTM FC.
"Pada penghujung perlawanan musim dengan UiTM FC itu sendiri pun Tok Gajah kalah sebenarnya. Maka, apalah boleh dibanggakan lagi dengan nama Sri Pahang FC. Ubahlah satu nama baru yang lebih gagah dan menyengat contohnya Tok Gajah FC (TGFC) atau lain-lain nama yang lebih relevan dengan sukan bolasepak.
"Pengurusan perlu mendengar lauahan hati peminat. Jika masih pekak badak dan buta tuli, maka akhirnya yang menjadi mangsa ialah skuad Tok Gajah terus dikutuk oleh peminat terutamanya netizen di media sosial seperti sebelum ini," katanya lagi. #PDO
http://www.pahangdaily.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/liga-m-peminat-gesa-nama-dan-logo-skuad.html