Liga M Mungkin Tak Dibenarkan Meski Lepas Pkp



Saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020 kemungkinan tidak dibenarkan meskipun selepas tamat tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), menurut Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Ismail menjelaskan keputusan tersebut dibuat sejajar dengan prosedur semasa untuk memastikan penjarakan sosial dan melarang sebarang bentuk perhimpunan besar-besaran pada jangka masa lama setelah tamat tempoh PKP.

“Bola tidak boleh bermain seorang-seorang.

“Mesti ada pasukan. Jadi maknanya dua pasukan di atas padang sahaja sudah ada 22 orang,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

“Bola tidak seperti badminton sendiri, sebelah sana tak bertemu sebelah sini.

“Bola mungkin akan berlaku kontak fizikal antara satu sama lain. Jadi berdasarkan SOP (prosedur operasi piawai) sudah tentu kita tak boleh membenarkan pertandingan bola diadakan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas permintaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap pandangan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya Liga Malaysia dapat disambung semula setelah tamat PKP.

Ismail turut menambah, setelah PKP tamat, beberapa prosedur terhadap perjumpaan besar-besaran akan dikekalkan dan peraturan baru turut akan dilakukan.

Tambahnya, pihak MKN kini sedang merangka prosedur baru yang akan dikuatkuasa selepas tamat tempoh perintah tersebut – yang akan bermula fasa keempat pada 29 April ini.

“Berapa lama prosedur baru itu akan diumumkan kemudian,” tambahnya.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata permohonan itu dikemukakan selepas Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang juga merupakan presiden FAM dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL Ab Ghani Hassan mengadakan mesyuarat khas bersama dengan Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican di Putrajaya.

"FAM dan MFL sudah tentu mengutamakan aspek kesihatan negara mendahului bola sepak, namun sebagai badan induk bola sepak di Malaysia, kami perlu berusaha untuk mencari jalan supaya bola sepak dapat diteruskan dan sebab itulah kami mahu mendapatkan nasihat pakar,” katanya seperti dipetik oleh Bernama

Beliau berkata FAM sedia menerima dan akan mematuhi segala arahan yang diberikan kelak walaupun ia mungkin membawa kepada pembatalan semua aktiviti bola sepak.

FAM dan MFL menangguhkan semua aktiviti bola sepak di bawah kelolaan mereka sejak 16 Mac lalu susulan penularan Covid-19, selain mematuhi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian wabak itu.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/liga-m-mungkin-tak-dibenarkan-meski.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Jaminan Liga M Bersambung Lepas Pkp Kata Menteri

Tiada Jaminan Liga M Bersambung Lepas Pkp Kata Menteri

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 221 hits
TIADA jaminan liga bola sepak tempatan akan dibenarkan bersambung jika kerajaan menarik semula perintah kawalan pergerakan kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Menteri Pertahanan itu berkata Majlis Keselamatan Negara sedang merangka opera...
Pm Beri Bayangan Pkp Mungkin Hingga Lepas Raya

Pm Beri Bayangan Pkp Mungkin Hingga Lepas Raya

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 278 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan rakyat di negara ini perlu bersedia sekiranya tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti kebiasaan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan perlu dilaksanakan untuk tempoh ...
Pkp Fasa 4 2 Orang Sekeluarga Dibenarkan Keluar Sekali

Pkp Fasa 4 2 Orang Sekeluarga Dibenarkan Keluar Sekali

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 394 hits
Kemaskini terbaru mengenai Perintah Kawalan Pergerakan warta persekutuan baharu mengenai Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020 kini membolehkan dua orang dari keluarga sama melakukan perjalanan keluar Namun hanya terhad ...
Sektor Ekonomi Yang Dibenarkan Beroperasi Pada Pkp Fasa 1 2 3 Boleh Beroperasi Pada Kapasiti Penuh Mulai Esok Miti

Sektor Ekonomi Yang Dibenarkan Beroperasi Pada Pkp Fasa 1 2 3 Boleh Beroperasi Pada Kapasiti Penuh Mulai Esok Miti

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 492 hits
KUALA LUMPUR 28 April Kerajaan bersetuju untuk membenarkan sektor ekonomi yang telah dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 1 2 dan 3 meningkatkan kapasiti beroperasi sepenuhnya dan beroperasi tanpa sekatan masa meng...
Orang Ramai Dibenarkan Keluar Berdua Bermula Pkp Fasa 4

Orang Ramai Dibenarkan Keluar Berdua Bermula Pkp Fasa 4

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 543 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4 yang bermula hari ini dilonggarkan dimana ketua keluarga yang keluar membeli makanan atau barangan keperluan boleh membawa seorang lagi ahli bersamanya Kebenaran itu diberikan kerajaan menerusi kemas kini ...
Pkp Fasa 4 Hanya Penerbangan Domestik Dibenarkan

Pkp Fasa 4 Hanya Penerbangan Domestik Dibenarkan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 549 hits
PKP Fasa 4 Hanya Penerbangan Domestik DibenarkanPKP 4 Hanya penerbangan domestik dibenarkanPKP 4 HANYA PENERBANGAN DOMESTIK DIBENARKANPenerbangan domestik sahaja yang dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Empat Bagaimanapu...
Kehidupan Selepas Pkp Berakhir Mungkin Tak Sama Macam Dahulu Ia Tak Mudah Seperti Kita Jangka

Kehidupan Selepas Pkp Berakhir Mungkin Tak Sama Macam Dahulu Ia Tak Mudah Seperti Kita Jangka

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 382 hits
Tak dinafi kehidupan semasa PKP ini sangat meresahkan Masakan tidak seluruh rakyat Malaysia dikehendaki duduk diam diam sahaja di rumah dan tidak dibenarkan keluar Hanya ketua keluarga saja dibenarkan keluar sebagai wakil untuk membeli bara...
Pkp Sambung Lagi Hingga 12 Mei Pm Bagi Hint Mungkin Raya Pun Tak Boleh Balik

Pkp Sambung Lagi Hingga 12 Mei Pm Bagi Hint Mungkin Raya Pun Tak Boleh Balik

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 462 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 yang akan berakhir pada 28 April depan akan dilanjutkan lagi untuk tempoh dua minggu sehingga 12 Mei Kenyataan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin itu sebagai langkah berjaga jaga w...
Pelajar Ipt Mungkin Dibenarkan Pulang Tetapi Kerajaan Akan Kaji Sop Terlebih Dahulu

Pelajar Ipt Mungkin Dibenarkan Pulang Tetapi Kerajaan Akan Kaji Sop Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 586 hits
Hari ni Menteri Kanan mengumumkan di dalam sidang media mungkin pelajar IPT dibenarkan pulang tetapi Kerajaan akan mengkaji SOP terlebih dahulu Keputusan juga akan diumumkan kelak jika ianya dibenarkan oleh beberapa pihak terutmanya KKM Kit...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord