Pm Beri Bayangan Pkp Mungkin Hingga Lepas Raya



SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan rakyat di negara ini perlu bersedia sekiranya tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti kebiasaan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilaksanakan untuk tempoh yang lebih lama bagi mengelakkan penularan semula wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, ia mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan sebelum dapat betul-betul memastikan penularan wabak ini diatasi 100 peratus.

Beliau berkata, tempoh yang lama ini juga selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya negara-negara dunia tidak menamatkan PKP terlalu awal.

"Bulan Ramadan akan menjelang tiba tidak lama lagi. Kita tidak boleh ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa, tidak boleh ke masjid untuk bertarawih. Jadi bertarawihlah di rumah bersama keluarga. Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa.

"Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama," katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas Covid-19 yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen hari ini.

Umat Islam di Malaysia dijangka menunaikan ibadah puasa pada 24 April ini dan Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 24 Mei depan.

Muhyiddin berkata, walaupun sukar untuk membayangkan perkara itu tetapi inilah kenyataan yang rakyat Malaysia perlu hadapi hari ini bagi membendung wabak Covid-19.

"Sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab menjaga keselamatan nyawa saudara-saudari. Setiap nyawa adalah berharga. Baik bayi, orang muda, orang dewasa atau warga emas, semuanya bernilai.

"Kehilangan satu nyawa kerana virus ini bukan bererti kehilangan kepada suami, isteri, anak-anak atau keluarga terdekat sahaja tetapi juga satu kehilangan besar buat negara. Kerana itu, marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri kita, keluarga kita dan orang-orang di sekeliling kita dengan mematuhi perintah kawalan pergerakan," katanya.

Dalam masa sama, Muhyiddin berkata, kadar kematian akibat wabak Covid-19 di negara ini juga rendah iaitu sebanyak 1.6 peratus berbanding 5.8 peratus kadar kematian di peringkat dunia.

Katanya, setakat ini seramai 1,830 pesakit telah keluar dari hospital.

"Ini bermakna 43 peratus pesakit Covid-19 telah pulih. Hari ini sahaja jumlah pesakit yang pulih ialah seramai 220 orang melebihi jumlah kes positif baharu iaitu sebanyak 118 kes.

"Jumlah kes positif baharu juga telah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari yang lalu. Jika trend penurunan ini berterusan untuk tempoh dua minggu akan datang, insya-ALLAH kita akan dapat mengawal wabak Covid-19 ini daripada menular," katanya.

Sementara itu, rakyat perlu membiasakan diri menjalani kehidupan 'the new normal' atau kebiasaan baharu pada masa hadapan pasca pandemik Covid-19.

Muhyiddin Yassin berkata, secara ringkasnya kehidupan rakyat negara ini untuk bulan-bulan atau tahun mendatang ini tidak akan kembali seperti biasa.

Menurutnya, segala perkara yang menjadi kebiasaan suatu ketika dahulu, sudah tidak boleh dilakukan lagi seperti amalan berjabat tangan.

"Apa yang biasa kita buat dahulu, tak boleh kita buat lagi. Contoh mudahnya, berjabat tangan. Kalau dulu berjabat tangan bila berjumpa adalah satu perkara yang biasa dibuat.

"Kalau tak dibuat ianya dianggap janggal, atau tak beradab. Tetapi sekarang ini lain. Kita tak boleh berjabat tangan bila berjumpa untuk mengelakkan jangkitan virus. Mungkin kita tunduk sahaja sebagai tanda hormat.

"Ini adalah 'the new normal', atau kebiasaan baharu," katanya sewaktu menyampaikan perutusan khas kerajaan melalui saluran media rasmi hari ini.

Muhyiddin turut menegaskan amalan kebiasaan itu juga diamalkan masyarakat dunia lain memandangkan seluruh dunia terkesan dengan Covid-19 termasuk negara-negara jiran.

Pada masa sama, Muhyiddin telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Imigresen, RELA dan lain-lain agensi yang berkaitan supaya perketatkan kawalan di sepanjang sempadan negara.

Menurutnya, arahan itu dikuatkuasakan susulan pihaknya mendapati banyak lorong-lorong tikus dikesan di sepanjang sempadan negara.

"Saya nak beritahu, di sepanjang sempadan negara kita ini banyak terdapat lorong-lorong tikus. Pendatang asing tanpa izin (PATI) biasanya bolos menerusi lorong-lorong ini.

"Jika kita tidak tingkatkan kawalan, mereka mungkin bolos dan membawa virus masuk ke negara kita. Na’uzubillah," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/pm-beri-bayangan-pkp-mungkin-hingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkp Sambung Lagi Hingga 12 Mei Pm Bagi Hint Mungkin Raya Pun Tak Boleh Balik

Pkp Sambung Lagi Hingga 12 Mei Pm Bagi Hint Mungkin Raya Pun Tak Boleh Balik

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 462 hits
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 yang akan berakhir pada 28 April depan akan dilanjutkan lagi untuk tempoh dua minggu sehingga 12 Mei Kenyataan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin itu sebagai langkah berjaga jaga w...
Liga M Mungkin Tak Dibenarkan Meski Lepas Pkp

Liga M Mungkin Tak Dibenarkan Meski Lepas Pkp

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 446 hits
Saingan Liga Malaysia 2020 kemungkinan tidak dibenarkan meskipun selepas tamat tempoh perintah kawalan pergerakan menurut Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob Ismail menjelaskan keputusan tersebut dibuat sejajar dengan prosedur semasa unt...
Mungkin Umat Islam Sambut Raya Ketika Pkp

Mungkin Umat Islam Sambut Raya Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 327 hits
SALAM RAMADAN hari ini merupakan hari pertama umat Islam Negara ini berpuasa semuga amalan wajib ini dapat memperbaiki kepercayaan dan memperkuatkan keyakinan atau akidah kepada Zat Allah Yang Maha Esa COVID 19 yang melanda dunia bukan peng...
Kumpulan Doktor Gesa Sambung Pkp Sampai Lepas Raya

Kumpulan Doktor Gesa Sambung Pkp Sampai Lepas Raya

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 271 hits
Akademi Perubatan Malaysia menggesa kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri Kata kumpulan profesional itu balik kampung secara beramai ramai boleh memburukkan lagi penyebaran wabak Cov...
Tragis Cinta Hingga Nafas Akhir Anak Sedar Sesuatu Selepas Lihat Bapa Teresak Tak Lepas Peluk Keranda Ibu

Tragis Cinta Hingga Nafas Akhir Anak Sedar Sesuatu Selepas Lihat Bapa Teresak Tak Lepas Peluk Keranda Ibu

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 425 hits
Cinta hingga nafas akhir Anak sedar sesuatu selepas lihat bapa teresak tak lepas peluk keranda ibu Mereka lupa suami yang bersamanya lebih 35 tahun Selain anak Mohamad Rozi antara yang paling terkesan dengan pemergian isteri tercinta pada 1...
Ini Cara Jimat Beli Barang Keperluan Puasa Raya Aidilfitri Sepanjang Pkp Ini

Ini Cara Jimat Beli Barang Keperluan Puasa Raya Aidilfitri Sepanjang Pkp Ini

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 2504 hits
Assalamualaikum semua Eh tak sabarnya nak puasa next week Walaupun sekarang tengah Perintah Kawalan Pergerakan tak jadi masalah pun nak cari barang barang keperluan bulan Ramadan persiapan Hari Raya Aidil Fitri sebab semua boleh beli online...
Jika Rakyat Masih Degil Pkp Kemungkinan Besar Lanjut Hingga Jun

Jika Rakyat Masih Degil Pkp Kemungkinan Besar Lanjut Hingga Jun

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 287 hits
Ditanya berkenaan lanjutan PKP hingga Jun Ini penjelasan Ketua Polis Negara pada semua Baca seterusnya Jika Rakyat Masih Degil PKP Kemungkinan Besar Lanjut Hingga Jun
Polis Cedera Ditumbuk Warga Indonesia Ketika Buat Sekatan Jalan Raya Pkp

Polis Cedera Ditumbuk Warga Indonesia Ketika Buat Sekatan Jalan Raya Pkp

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 489 hits
Putrajaya Seorang anggota polis cedera dipercayai dipukul seorang warga Indonesia ketika sedang membuat sekatan jalan raya bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Presint 14 hari ini Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner R...
Pkp Dilanjutkan Lagi Dua Minggu Hingga 28 April 2020 Pm

Pkp Dilanjutkan Lagi Dua Minggu Hingga 28 April 2020 Pm

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 304 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan perintah kawalan pergerakan akan disambung lagi dua minggu sehingga 28 April Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media Perutusan Khas...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord