Lia Natalia Lebur Rm50 000



Menutup tirai 2020 dengan episod menyedihkan, pelakon, Lia Natalia serik untuk menjalinkan hubungan selepas perkahwinan yang dirancang dibatalkan pada saat akhir, hujung tahun lalu.
Lia berkata, dia mahu mengambil masa, sebelum kembali menjalinkan hubungan serius.
"Jujurnya, saya amat serik. Saya jadi takut untuk kembali membuka hati pada lelaki. Sebab takut, akhirnya saya yang sakit. Ini kerana saya tahu bila bercinta, komitmen saya tahap mana.
"Jadi, sekarang malaslah nak fikir mengenai lelaki. Penat, duit, masa dan tenaga pun habis. Berilah saya masa untuk mengubati kekecewaan hati.
"Siapa tak sedih, segala persiapan nak berkahwin sudah dilakukan, tetapi tak jadi," katanya kepada BH Online.
Lia ditemui pada majlis sidang media drama terbaharu, A. I. In Love arahan Nor Ashikin Zainal di Wisma TV, Angkasapuri, hari ini.
Awal tahun ini, pada majlis perkahwinan rakan baiknya, Ayda Jebat, Lia berkongsi perkahwinan yang dengan jejaka dikenali hampir setahun lalu sepatutnya berlangsung Disember lalu tetapi dibatalkan selepas hampir 70 peratus persiapan sudah disediakan.
Lia atau nama sebenarnya, Alia Afiqah Abden yang enggan mendedahkan punca perpisahan dengan jejaka berusia 40 tahun itu berkata, hampir RM50,000 yang digunakan untuk persiapan perkahwinan lebur begitu sahaja.
"Semua persiapan sudah tersedia seperti tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah. Bayangkan, tiket sahaja sekitar RM20,000, tidak masuk persiapan lain seperti tempahan lokasi, hantaran dan sebagainya.
"Selain itu, penggambaran pra-perkahwinan juga sudah dijalankan September lalu dan tunggu untuk dikeluarkan. Bagaimanapun, saya reda dengan ketentuan ini dan menyifatkannya bukan rezeki saya.
"Alasan perpisahan kami, biarlah saya dan keluarga sahaja yang tahu. Saya tak mahu membuka aib bagi menjaga nama baiknya dan keluarga," katanya.
Dalam pada itu, Lia bersyukur ahli keluarga yang menetap di Tawau tidak putus memberikan sokongan dan semangat.
"Perkara ini terjadi sekitar November lalu dan saya berada di Tawau, ketika itu. Jadi, keluarga menjadi kekuatan untuk saya berdepan dengan kesedihan ini.
"Ibu berpendapat lebih baik tak jadi daripada saya menyesal selepas berkahwin. Malah, keputusan ini juga saya buat selepas berbincang dengan keluarga. Kami merasakan membatalkan perkahwinan adalah jalan terbaik," katanya.
Lia berkenalan dengan jejaka berkenaan selama sebulan, sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Katanya, mereka bertemu selepas pulang mengerjakan umrah, awal tahun lalu.
Tidak menyalahkan takdir, Lia turut berkongsi pengajaran yang diperoleh selepas kejadian itu.
"Mungkin dia adalah hamba yang Allah kurniakan untuk saya belajar supaya tidak mengambil langkah terlalu cepat untuk membuat keputusan menamatkan zaman bujang.
"Lebih baik mengambil masa dan mengenali hati budi serta latar belakangnya terlebih dahulu," katanya yang mahu fokus pada kerjaya, buat masa ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/01/lia-natalia-lebur-rm50000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Foto Pre Wedding Dah Siap Lia Natalia Putus Cinta Tak Jadi Kahwin Disember Lalu

Foto Pre Wedding Dah Siap Lia Natalia Putus Cinta Tak Jadi Kahwin Disember Lalu

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 993 hits
Pelakon cantik kelahiran Sabah Lia Natalia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden memaklumkan sepatutnya dia melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka yang dikenalinya hampir setahun pada Disember yang lalu Menerusi temu bual bersama ...
Hiburan Persiapan Sudah 70 Siap Lia Natalia Akur Perkahwinan Dibatalkan

Hiburan Persiapan Sudah 70 Siap Lia Natalia Akur Perkahwinan Dibatalkan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 492 hits
Siapa sangka persediaan perkahwinan yang sudah hampir siap sebanyak 70 peratus kini terpaksa dilupakan terus apabila pelakon Lia Natalia mendedahkan bahawa dia sudah berpisah dengan kekasihnya yang dikenali hampir setahun lalu Lia memilih u...
5 000 Produsen Tahu Tempe Di Dki Kompak Mogok Produksi

5 000 Produsen Tahu Tempe Di Dki Kompak Mogok Produksi

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 300 hits
Puskopti mengimbau kepada seluruh anggota untuk menaikkan harga jual tahu dan tempe minimal 20 persen dari harga awal untuk mengantisipasi kerugian
Pemerintah Siapkan 23 000 Dosis Vaksin Untuk Tenaga Kesehatan Sulut

Pemerintah Siapkan 23 000 Dosis Vaksin Untuk Tenaga Kesehatan Sulut

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 285 hits
Dokter Steaven menambahkan untuk pendataan penerima vaksin tahap pertama ini finalisasinya pada besok Minggu malam pukul 24 00 WITA
Banjir Johor Catat 6 000 Mangsa 7 Daerah Terjejas

Banjir Johor Catat 6 000 Mangsa 7 Daerah Terjejas

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 542 hits
Oleh Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu memindahkan penduduk di Kampung Kangkar Tebrau di Johor Bahru malam tadi berikutan air sungai melimpah membanjiri kampung berkenaan akibat hujan lebat Foto APM JOHOR BAHRU Mangsa banji...
Bersatu Aims To Open 8 000 More Branches

Bersatu Aims To Open 8 000 More Branches

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 180 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia aims to open at least 8 000 more branches nationwide within three months to prove that it is not a weak party said its secretary general Datuk Seri Hamzah Zainudin If not for Covid 19 the annual general assemb...
Muslimat Pas Pahang Serahkan Sumbangan Rm43 000 Pembinaan Kompleks Pendidikan

Muslimat Pas Pahang Serahkan Sumbangan Rm43 000 Pembinaan Kompleks Pendidikan

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 306 hits
TEMERLOH Muslimat PAS Negeri Pahang telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM43 000 kepada Muslimat PAS Malaysia bagi tujuan pembangunan Kompleks Pendidikan Saidatina Aisyah baru baru ini Serahan cek dana itu disampaikan Pengarah Akademi Pe...
Wajah Terbaru Syed Saddiq Selepas Berjaya Kumpul Rm383 000

Wajah Terbaru Syed Saddiq Selepas Berjaya Kumpul Rm383 000

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 393 hits
519 total views 256 views today Misi botakchallenge oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya berjaya Usaha Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu untuk mengumpul RM200 000 untuk membeli komputer riba b...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhkan Anak Dari Pedofilia Ajar Anak Sentuhan Tak Selamat

Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri