Banjir Johor Catat 6 000 Mangsa 7 Daerah Terjejas


Oleh Mohamed Farid NohAnggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan penduduk di Kampung Kangkar Tebrau, di Johor Bahru, malam tadi berikutan air sungai melimpah membanjiri kampung berkenaan akibat hujan lebat. - Foto APM JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di negeri ini meningkat mendadak kepada 5,818 mangsa membabitkan 1,540 keluarga dengan 56 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di tujuh daerah, setakat jam 7.30 pagi ini.
Ia berbanding hanya seramai 1,780 mangsa daripada 500 keluarga dengan 28 PPS dibuka di lima daerah, malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata tujuh daerah paling terjejas ialah Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru diikuti Kulai, Batu Pahat, Mersing dan Pontian.
Beliau berkata, peningkatan paling ketara berlaku di Kluang apabila mencatatkan peningkatan PPS kepada 19 berbanding hanya 12, malam tadi.
Disyorkan Untuk Anda Bah di Johor kian meruncing, hampir 10,000 mangsa di PPSJumlah mangsa banjir Johor berkuranganBanjir kian buruk di Johor, mangsa melonjak 3,319 orangKeadaan banjir di Johor terkawalKatanya, mangsa banjir di Kluang meningkat kepada 1,826 orang daripada 545 keluarga pagi ini berbanding 698 orang daripada 206 keluarga, malam tadi.
"Mangsa banjir di Kota Tinggi turut melonjak kepada 868 orang daripada 221 keluarga di 14 PPS, pagi ini berbanding hanya 286 orang daripada 66 keluarga di tujuh PPS, malam tadi.

Dua buah lori dan rumah di Kampung Sepakat Baru hampir tenggelami air akibat banjir yang melanda di kampung tersebut semalam. - Foto BERNAMA"Johor Bahru juga melonjak dengan seramai 2,452 orang daripada 593 keluarga di 13 PPS, berbanding hanya 690 daripada 189 keluarga ditempatkan di enam PPS, malam tadi.
"Begitu juga Kulai meningkat kepada 581 mangsa daripada 156 keluarga di lima PPS pagi ini berbanding hanya seramai 99 mangsa banjir membabitkan 25 keluarga di dua PPS, malam tadi.
"Batu Pahat juga menokok kepada 28 mangsa banjir daripada 10 keluarga di dua PPS pagi ini, berbanding hanya tujuh mangsa banjir daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bulan, Yong Peng, malam tadi," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hujan lebat tanpa henti sejak awal pagi kelmarin itu menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air banjir berikutan sungai utama yang melimpah.
Paling teruk terjejas adalah di kawasan Skudai, di sini, apabila lebih 200 rumah di Kampung Jaya Sepakat dan Kampung Laut tenggelam sehingga ke bumbung berikutan limpahan air Sungai Skudai, sejak Jumaat lalu.

Keadaan Kampung Laut di Batu 10 Skudai dari atas yang diambil di parkir kereta Tingkat 4, Skudai Parade, semalam. - Foto BERNAMABanjir yang masuk hari ketiga hari ini turut mengorbankan nyawa seorang warga emas wanita, Halijah Majid,59, dari Kampung Contoh di Pekan Kahang, petang semalam, yang lemas selepas tergelincir ke dalam longkang besar di hadapan rumahnya ketika cuba keluar untuk ke PPS.
Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata, dua daerah terbaharu terjejas banjir di Johor adalah Mersing dan Pontian.
Katanya, Mersing memindahkan 57 mangsa banjir daripada 14 keluarga di dua PPS manakala Pontian memindahkan enam sekeluarga di PPS Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai, sejak lewat malam tadi.
Beliau berkata, rakyat Johor diminta terus berwaspada berikutan Jabatan Metereologi Malaysia masih mengeluarkan amaran cuaca buruk berwarna jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di kawasan Johor Bahru; Kota Tinggi; Kluang; Kulai; Pontian; Mersing; Batu Pahat dan Segamat.
"Paras beberapa sungai di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kukup di Pontian juga dijangka meningkat jika hujan berterusan ditambah waktu air pasang tengah hari nanti," katanya.

Penduduk Kampung Sepakat Baru, Johor Bahru, mengharungi banjir yang melanda kampung mereka. - Foto BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/banjir-johor-catat-6000-mangsa-7-daerah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Daerah Terjejas Akibat Banjir Di Pahang 65 Mangsa Telah Di Tempatkan Di Dua Pps

Dua Daerah Terjejas Akibat Banjir Di Pahang 65 Mangsa Telah Di Tempatkan Di Dua Pps

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 411 hits
KUANTAN Seramai 65 penduduk daripada 19 keluarga dari dua daerah di Pahang kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara susulan banjir akibat hujan lebat berterusan sejak semalam Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyaraka...
Uitm Sedia Gerak 15 000 Warganya Bantu Mangsa Banjir

Uitm Sedia Gerak 15 000 Warganya Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 354 hits
Inisiatif program UiTM Prihatin libat kesemua kampus UiTM SHAH ALAM Universiti Teknologi Mara bersedia menggerakkan 15 000 warganya termasuk alumni di bawah Misi Sukarelawan Pascabanjir untuk membantu mangsa banjir di beberapa negeri ketika...
Lzk Bawa 18 000 Kampit Beras Untuk Mangsa Banjir Di Pahang

Lzk Bawa 18 000 Kampit Beras Untuk Mangsa Banjir Di Pahang

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 330 hits
Peserta misi bantuan banjir ke Pahang bergambar sebelum berlepas pada pagi ini CYBERJAYA 8211 Lembaga Zakat Kedah melalui Projek Asnaf Care menyampaikan bantuan bernilai RM241 000 bagi membantu mangsa banjir di Pahang M
Yadim Kelantan Bantu 3 200 Mangsa Banjir Asnaf Dan Golongan Terjejas Covid 19

Yadim Kelantan Bantu 3 200 Mangsa Banjir Asnaf Dan Golongan Terjejas Covid 19

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 222 hits
TUMPAT Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Kelantan menyantuni 3 200 mangsa banjir golongan terkesan pandemik COVID 19 dan asnaf menerusi Tabung Musa adah pada tahun ini Klik untuk baca artikel penuh Sumber The post YADIM Kelantan bantu 3 20
Banjir Beberapa Daerah Di Pahang Belum Surut Jumlah Mangsa Menurun

Banjir Beberapa Daerah Di Pahang Belum Surut Jumlah Mangsa Menurun

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 332 hits
Pemandangan udara menunjukkan sebahagian kawasan Temerloh yang masih dilanda banjir yang belum surut sepenuhnya KUANTAN Ibarat lautan teh tarik itulah gambaran beberapa daerah di Pahang selepas negeri ini dilanda banjir sejak Ahad lepas Ban...
3 Daerah Di Johor Dilanda Banjir

3 Daerah Di Johor Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 837 hits
Jalan utama di Komtar JBCC ditenggalami air akibat banjir sejak semalam JOHOR BAHRU Hujan lebat sejak semalam di negeri ini menyebabkan tiga daerah iaitu Johor Bahru Kluang dan Kota Tinggi dilanda banjir Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesih...
Banjir Pantai Timur Memburuk Lebih 9 000 Mangsa

Banjir Pantai Timur Memburuk Lebih 9 000 Mangsa

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 217 hits
Situasi banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara sehingga pukul 8 pagi ini melebihi 9 000 orang melibatkan lebih 3 000 keluarga Di Terengganu jumlah mangsa terus me...
Op Murni Tudm Hantar Satu Tan Bekalan Ke Kawasan Terjejas Dengan Banjir Di Pahang

Op Murni Tudm Hantar Satu Tan Bekalan Ke Kawasan Terjejas Dengan Banjir Di Pahang

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 305 hits
KUALA LUMPUR Tentera Udara Diraja Malaysia menghantar lebih satu tan bekalan makanan dan barangan keperluan asas ke kawasan terjejas banjir menerusi Op Murni di Pahang sejak Isnin lepas Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan hari in...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur