Lhdn Gagal Dapatkan Penghakiman Terus Kes Saman Terhadap Anak Najib Nooryana Najwa


 

SHAH ALAM -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) gagal dalam usaha mendapatkan penghakiman terus terhadap saman bagi mendapatkan kembali RM10.3 juta cukai tertunggak daripada anak Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa.
Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Faizah Jamaludin menolak permohonan LHDN, dengan memutuskan bahawa pegawai LHDN yang mengemukakan afidavit bagi menyokong permohonan kerajaan, tidak menyatakan dalam afidavit bahawa beliau percaya defendan (Nooryana Najwa) 'tidak mempunyai pembelaan' terhadap tuntutan kerajaan untuk cukai yang perlu dibayar.
Hakim juga mendapati sijil yang dikemukakan oleh kerajaan sebagai bukti amaun cukai tertunggak dan perlu dibayar itu, tidak ditandatangani oleh ketua pengarah LHDN, yang diperlukan di bawah Seksyen 142 Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Tidak ada bukti di hadapan mahkamah ini bahawa orang yang menandatangani sijil itu adalah pegawai yang dilantik untuk melaksanakan sebarang tugas ketua pengarah “dalam bentuk tulisan tangan” selaras dengan Seksyen 136 (5) Akta berkenaan, bagi menandatangani sijil itu bagi pihaknya.
"Sijil yang ditandatangani oleh Ketua Penolong Pengarah LHDN, Cawangan Guaman Kuala Lumpur, tanpa sebarang bukti bahawa beliau dilantik bagi melaksanakan sebarang tanggungjawab ketua pengarah di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, atau diberi kuasa dalam bentuk tulisan tangan bagi menandatangani sijil itu bagi pihaknya, adalah bukti yang tidak mencukupi mengenai amaun cukai tertunggak. Sijil itu juga tidak cukup bagi mahkamah ini untuk memberi penghakiman mengenai cukai tertunggak dan perlu dibayar defendan,” katanya.
Penghakiman terus adalah apabila mahkamah membuat keputusan mengenai satu kes tanpa mendengar keterangan saksi.
Hakim Faizah bagaimanapun menjelaskan bahawa keputusan mahkamah menolak permohonan kerajaan untuk penghakiman terus bukanlah satu keputusan mengenai merit tuntutan plaintif terhadap cukai tertunggak yang perlu dibayar oleh defendan pada tahun 2011 hingga 2017.
“Ia juga bukan satu keputusan terhadap merit tuntutan defendan bahawa taksiran cukai adalah tidak berasas dan/atau taksiran yang tidak betul.
"Ketepatan taksiran cukai dan merit pembelaan defendan adalah persoalan mengenai fakta yang akan ditentukan oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan pada pendengaran rayuan defendan terhadap taksiran itu," katanya.
Mahkamah menetapkan 8 Sept untuk pengurusan kes bagi LHDN mengemas kini mahkamah, sama ada untuk merayu terhadap keputusan itu atau sebaliknya.
Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad dan Al-Hummidallah Idrus mewakili LHDN manakala Nooryana Najwa diwakili oleh Wee Yeong Kang dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.
Pada 24 Julai lepas kerajaan Malaysia sebagai plaintif menfailkan saman dan pernyataan tuntutan menerusi LHDN, dengan menamakan Nooryana Najwa, 32, sebagai defendan.
Menurut kenyataan tuntutan, plaintif mendakwa Nooryana Najwa gagal menyerahkan Borang Nyata Cukai Pendapatan Individu kepada LHDN di bawah Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran dari 2011 hingga 2017.
LHDN menegaskan bahawa sehingga hari ini, defendan tidak membayar amaun cukai pendapatan yang perlu dibayar, termasuk peningkatan, yang menjangkau jumlah RM10,335,292.36.
Plaintif menuntut defendan sejumlah RM10,335,292.36, faedah berjumlah RM10,335,292.36 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman kepada tarikh pelaksanaan, kos, dan lain-lain bayaran yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/lhdn-gagal-dapatkan-penghakiman-terus.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Penghakiman Terus Lhdn Tuntutan Cukai Anak Najib Ditolak

Permohonan Penghakiman Terus Lhdn Tuntutan Cukai Anak Najib Ditolak

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 329 hits
239 total views 239 views today SHAH ALAM Lembaga Hasil Dalam Negeri gagal dalam usaha mendapatkan penghakiman terus terhadap saman bagi mendapatkan kembali RM10 3 juta cukai tertunggak daripada anak Datuk Seri Najib Tun Razak Nooryana Najw...
Saman Najib Terhadap Ambank Perlu Perbicaraan Penuh Peguam

Saman Najib Terhadap Ambank Perlu Perbicaraan Penuh Peguam

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 371 hits
713 total views 528 views today KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa saman yang dikemukakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap AmBank dan bekas Pengurus Perhubungannya Joanna Yu Ging Ping pe...
Shafee Dibenar Rayu Kes Saman Terhadap Majlis Peguam

Shafee Dibenar Rayu Kes Saman Terhadap Majlis Peguam

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 431 hits
PUTRAJAYA Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibenarkan merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman fitnah beliau terhadap Majlis Peguam dan tiga lagi berkaitan peranannya sebagai timbalan pend...
Kes Guna Telefon Semasa Memandu Perlu Diselesaikan Di Mahkamah Dikategorikan Sebagai Saman Tidak Boleh Dikompaun

Kes Guna Telefon Semasa Memandu Perlu Diselesaikan Di Mahkamah Dikategorikan Sebagai Saman Tidak Boleh Dikompaun

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 2259 hits
Pada hari ini boleh dikatakan masih terdapat pemandu kenderaan yang menggunakan telefon semasa memandu Perkara ini sangat membahayakn ramai pengguna dan antara penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya Dalam usaha untuk mengurangkan bahay...
Anak Guam Saya Dengan Rendah Diri Memohon Maaf Peguam Remaja Kes Bakar Tahfiz

Anak Guam Saya Dengan Rendah Diri Memohon Maaf Peguam Remaja Kes Bakar Tahfiz

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 1168 hits
Kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada tahun 2017 tekah menjadi satu detik hitam buat seluruh rakyat Malaysia di mana 23 penghuninya telah dilaporkan meninggal dunia Rentetan daripada insiden itu seorang remaja berusia...
Polis Sudah Membuka Kertas Siasatan Kes Terhadap Menteri Langgar Kuarantin Wajib

Polis Sudah Membuka Kertas Siasatan Kes Terhadap Menteri Langgar Kuarantin Wajib

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 357 hits
KUALA LUMPUR Bukit Aman sudah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali selepas gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lepas Tim...
Anak Tak Henti Henti Menangis Pakar Kongsikan 5 Teknik Buat Anak Terus Senyap

Anak Tak Henti Henti Menangis Pakar Kongsikan 5 Teknik Buat Anak Terus Senyap

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 409 hits
Bila berdepan dengan masalah anak yang tak henti henti menangis kita mula rasa resah Lebih lebih lagi bila mencuba semua cara untuk meredakannya tetapi anak masih tidak berhenti menangis Bayi menangis sebenarnya ada sebabnya Salah satu seba...
Besan Najib Dinamakan Suspek Kes Rasuah Berkait Buruan Indonesia

Besan Najib Dinamakan Suspek Kes Rasuah Berkait Buruan Indonesia

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 339 hits
Besan kepada bekas perdana menteri Najib Razak telah dinamakan sebagai suspek kes rasuah berkaitan dengan siasatan yang sedang dilakukan oleh polis Indonesia berikutan penangkapan salah seorang buruan yang dikehendaki Djoko Tjandra di Kuala...
Mahkamah Tolak Saman Komital Jururawat Terhadap Linda Rafar Dengan Kos Rm5 000

Mahkamah Tolak Saman Komital Jururawat Terhadap Linda Rafar Dengan Kos Rm5 000

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 485 hits
Air mata gembira Saman komital jururawat terhadap anak guam saya ditolak mahkamah dengan kos RM 5 000 00 Tahniah anak guam saya lindarafar semoga kemenangan lain menyusul Terima kasih atas doa doa kalian source
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Siti Nordiana Seribu Setia Chord

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sehijau Warna Itu

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor

Resepi Kek Lapis Dendam Aurora

Sir Ni Blippi Malaysia Kan Teknik Chant Cikgu Ini Buat Anak Mudah Ingat Ejaan

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Agrodana Campus Trading Competition 2025 Ajang Edukasi Dan Unjuk Kemampuan Mahasiswa Di Dunia Trading