Shafee Dibenar Rayu Kes Saman Terhadap Majlis Peguam


PUTRAJAYA – Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibenarkan merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman fitnah beliau terhadap Majlis Peguam dan tiga lagi berkaitan peranannya sebagai timbalan pendakwa raya dalam rayuan kes liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini susulan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf yang berkata, mahkamah berpandangan persoalan pertama yang dibangkitkan itu mempunyai merit untuk dihujahkan selanjutnya.
Turut bersidang ialah dua Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli.
Seseorang litigan mesti memperoleh kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.
Pada 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah yang difailkan oleh Muhammad Shafee terhadap Majlis Peguam, bekas Peguam Negara Tommy Thomas, bekas Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V C George.
Pada 2018, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Muhammad Shafee dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada prosiding hari ini, Muhammad Shafee yang mewakili diri sendiri memohon kebenaran bagi empat persoalan perundangan namun peguam-peguam yang mewakili setiap responden menghujahkan bahawa persoalan yang dikemukakan tidak memenuhi syarat minimum Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman untuk membolehkan kebenaran diberikan.
Thomas diwakili Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan sementara George oleh Peguam Porres Royan manakala Lambert Rasa-Ratnam dan Andrew Chiew pula masing-masing mewakili Leong dan Majlis Peguam.
Persoalan yang dibenarkan ialah “Bolehkah ahli Majlis Peguam mengemukakan usul menurut Seksyen 64(6) Akta Profesion Undang-undang 1976 untuk menyelesaikan aduan yang dibuat oleh Majlis Peguam terhadap peguam dan peguam cara kepada badan disiplin, secara serentak mengemukakan resolusi inter alia mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan pelanggaran disiplin oleh peguam dan peguam cara, pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)?”
Muhammad Shafee memfailkan saman itu pada Mac 2015 mendakwa pada 28 Februari 2015, Thomas yang disokong oleh George telah menerbitkan dan menyerahkan usul untuk dibincangkan di AGM Majlis Peguam pada 14 Mac 2015.
Usul itu berhubung peranan Muhammad Shafee sebagai timbalan pendakwa raya dalam kes rayuan kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan, mendakwa beliau (Muhammad Shafee) telah melanggar peraturan profesion undang-undang yang melarang peguam daripada mencari publisiti untuk diri sendiri.
Usul itu turut mendakwa Muhammad Shafee terlibat dalam jelajah di seluruh negara bagi menghina banduan dan menarik perhatian terhadap peranannya dalam sabitan ke atas Anwar.
Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan terhadap Anwar meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.
Anwar bagaimanapun menerima pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018.
Dalam permohonannya, Muhammad Shafee antara lain memohon pengisytiharan bahawa usul itu mala fide kerana tujuan usul semata-mata untuk memalukan beliau dan AGM bukan forum yang sesuai untuk mendengar usul itu. – Bernama
The post Shafee dibenar rayu kes saman terhadap Majlis Peguam appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/19/shafee-dibenar-rayu-kes-saman-terhadap-majlis-peguam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lhdn Gagal Dapatkan Penghakiman Terus Kes Saman Terhadap Anak Najib Nooryana Najwa

Lhdn Gagal Dapatkan Penghakiman Terus Kes Saman Terhadap Anak Najib Nooryana Najwa

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 240 hits
SHAH ALAM Lembaga Hasil Dalam Negeri gagal dalam usaha mendapatkan penghakiman terus terhadap saman bagi mendapatkan kembali RM10 3 juta cukai tertunggak daripada anak Datuk Seri Najib Tun Razak Nooryana Najwa Ia selepas Hakim Mahkamah Ting...
Saman Najib Terhadap Ambank Perlu Perbicaraan Penuh Peguam

Saman Najib Terhadap Ambank Perlu Perbicaraan Penuh Peguam

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 295 hits
713 total views 528 views today KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa saman yang dikemukakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap AmBank dan bekas Pengurus Perhubungannya Joanna Yu Ging Ping pe...
Tindakan Yang Sangat Bijak Saman Kamarul Yusoff Fatihah Tidak Tarik Semula Kes

Tindakan Yang Sangat Bijak Saman Kamarul Yusoff Fatihah Tidak Tarik Semula Kes

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 188 hits
Pengarah Komunikasi Wanita Muda AMANAH Fatihah Salahuddin memaklumkan sudah menerima writ saman dan pernyataan tuntutan berhubung dakwaan fitnah terhadap seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia semalam Fatihah bagaimanapun memberi am...
Kes Guna Telefon Semasa Memandu Perlu Diselesaikan Di Mahkamah Dikategorikan Sebagai Saman Tidak Boleh Dikompaun

Kes Guna Telefon Semasa Memandu Perlu Diselesaikan Di Mahkamah Dikategorikan Sebagai Saman Tidak Boleh Dikompaun

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 1772 hits
Pada hari ini boleh dikatakan masih terdapat pemandu kenderaan yang menggunakan telefon semasa memandu Perkara ini sangat membahayakn ramai pengguna dan antara penyumbang berlakunya kemalangan jalan raya Dalam usaha untuk mengurangkan bahay...
Mujahid Yusof Fail Tindakan Saman Terhadap Harakah Berhubung Fitnah Isu Nur Sajat

Mujahid Yusof Fail Tindakan Saman Terhadap Harakah Berhubung Fitnah Isu Nur Sajat

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof telah memfailkan saman fitnah terhadap portal rasmi PAS Harakah susulan laporan berita berkaitan usahawan kosmetik Nur Sajat Peguamnya dari Tetuan Akram Hizri Azad Azmir me...
Polis Sudah Membuka Kertas Siasatan Kes Terhadap Menteri Langgar Kuarantin Wajib

Polis Sudah Membuka Kertas Siasatan Kes Terhadap Menteri Langgar Kuarantin Wajib

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Bukit Aman sudah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali selepas gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada 7 Julai lepas Tim...
Kamarul Zaman Fail Saman Fitnah Rm8 Juta Terhadap Teresa Kok

Kamarul Zaman Fail Saman Fitnah Rm8 Juta Terhadap Teresa Kok

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 356 hits
Pensyarah di Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff memfailkan saman terhadap bekas menteri industri utama Teresa Kok kerana membuat kenyataan fitnah terhadap beliau 3 tahun lepas Kamarul mendakwa pernyataan di laman Facebook Teresa...
Anak Guam Saya Dengan Rendah Diri Memohon Maaf Peguam Remaja Kes Bakar Tahfiz

Anak Guam Saya Dengan Rendah Diri Memohon Maaf Peguam Remaja Kes Bakar Tahfiz

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 1058 hits
Kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada tahun 2017 tekah menjadi satu detik hitam buat seluruh rakyat Malaysia di mana 23 penghuninya telah dilaporkan meninggal dunia Rentetan daripada insiden itu seorang remaja berusia...
Mahkamah Tolak Saman Komital Jururawat Terhadap Linda Rafar Dengan Kos Rm5 000

Mahkamah Tolak Saman Komital Jururawat Terhadap Linda Rafar Dengan Kos Rm5 000

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 389 hits
Air mata gembira Saman komital jururawat terhadap anak guam saya ditolak mahkamah dengan kos RM 5 000 00 Tahniah anak guam saya lindarafar semoga kemenangan lain menyusul Terima kasih atas doa doa kalian source
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur