Besan Najib Dinamakan Suspek Kes Rasuah Berkait Buruan Indonesia


Alyaa Alhadjri


Besan kepada bekas perdana menteri Najib Razak telah dinamakan sebagai suspek kes rasuah berkaitan dengan siasatan yang sedang dilakukan oleh polis Indonesia berikutan penangkapan salah seorang buruan yang dikehendaki, Djoko Tjandra, di Kuala Lumpur bulan lalu.
Jurucakap polis pusat Indonesia Argo Yuwono dilaporkan mengenal pasti suspek sebagai "TS", yang merupakan singkatan bagi nama hartawan Tommy Sumardi.
Tommy dituduh memberi rasuah kepada dua pegawai kanan polis untuk memudahkan penghapusan notis merah Interpol terhadap Djoko dan membantu perjalanannya. Dua pegawai kanan polis itu kemudian digugurkan daripada jawatan mereka kerana disyaki menerima rasuah.
Identiti suspek dan hubungan keluarga dengan Najib kemudiannya didedahkan oleh penyelaras Masyarakat Anti-Korupsi Indonesia (Maki) Boyamin Saiman, menurut portal dalam talian Detik.com.
Ketika dihubungi, Boyamin mendakwa Tommy ialah orang yang rapat dengan Djoko dan Setya Novanto, bekas speaker parlimen Indonesia yang kini menjalani hukuman penjara 15 tahun setelah disabitkan dalam skandal rasuah perolehan kerajaan.
"Dia (Tommy) mengikuti hubungan perniagaan Djoko," kata Boyamin kepada Malaysiakini.
Dia menyebut contoh pembinaan menara 1MDB yang diberi nama Signature The Exchange 106 di Tun Razak Exchange oleh Kumpulan Mulia Indonesia di bawah kendalian saudara Djoko, Eka Tjandranegara sebagai presiden merangkap pengarah dan pemiliknya.
Gambar fail.Sewaktu Djoko menjadi berita utama di sini pada tahun 2015 mengenai kaitan dengan rancangan pembinaan bangunan pencakar langit tertinggi di Malaysia, Najib ketika itu perdana menteri dan menteri kewangan. 
Boyamin mendakwa apa yang bermula sebagai hubungan perniagaan yang melibatkan Djoko, Tommy dan Najib secara beransur-ansur menjadi lebih peribadi.
Dikatakan hal ini membawa kepada pertemuan anak perempuan Tommy, Fitri Aprinasari Utami dan anak Najib, Mohd Nazifuddin, yang akhirnya melangsungkan perkahwinan yang diadakan di Kuala Lumpur pada Julai lalu.
Permintaan bekas AG M'sia 
"Pasangan itu bertunang pada Mei tahun lalu, tetapi Najib tidak dapat menghadiri majlis di Jakarta kerana larangan perjalanannya," katanya.
Malaysiakini telah menghubungi Najib untuk mendapatkan penjelasan beliau.
Menjawab pertanyaan yang diajukan mengenai amaran merah Interpol terhadap Djoko, Mulia Group pada tahun 2015 berkata Djoko tidak lagi memegang sebarang jawatan atau saham dalam kumpulan itu walaupun Boyamin menegaskan hari ini bahawa pengumuman itu hanyalah "penyamaran" untuk menghindari pertanyaan daripada pihak berkuasa.
"Itu hanya penyamaran. Djoko Tjandra ialah pemilik yang mendapat manfaat (beneficial owner)," katanya.
"Tommy masih belum ditangkap. Dia hanya akan dipanggil minggu depan.
"Di Indonesia, siasatan akan dilakukan terlebih dahulu sebelum seorang suspek (yang dinamakan) ditangkap, tidak seperti di Malaysia," jelas Boyamin ketika disoal mengenai status Tommy sekarang.
Dia berkata polis pusat Indonesia diharapkan akan memanggil Tommy sekitar minggu depan.
Dakwaan kaitan Djoko di Malaysia sebelumnya ditimbulkan oleh bekas peguam negara Indonesia, HM Prasetyo, yang mendakwa bahawa peguam negara Malaysia ketika itu, Apandi Ali, pada tahun 2016 telah membuat permintaan peribadi baginya untuk mempertimbangkan supaya menggugurkan sabitan terhadap hartawan berusia 68 tahun itu dan membenarkannya kembali sebagai seorang bebas.
Polis Malaysia setakat ini tidak mengeluarkan sebarang perincian mengenai penangkapan Djoko (gambar, atas) pada 30 Julai, walaupun rakan sejawat mereka dari Indonesia dilaporkan telah mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak berkuasa negara.
Dia diserahkan kepada sepasukan polis Indonesia dan diterbangkan kembali ke Jakarta dengan jet peribadi sewa dari lapangan terbang Subang.
Menteri Koordinator Politik, Perundangan, dan Keselamatan Indonesia Mahfud MD sebelumnya mendedahkan operasi rahsia itu dilakukan atas kerjasama "polis dengan polis" antara Polri dan PDRM di bawah arahan langsung dari Presiden Joko Widodo.
Djoko Tjandra melarikan diri dari Indonesia ke Papua New Guinea pada tahun 2009, sehari sebelum Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda 15 juta rupiah berikutan sabitannya dalam kes rasuah Bank Bali.
Dia kini menjalani hukuman penjara dua tahun dan dijangka diadili atas tuduhan rasuah tambahan berkaitan dengan siasatan dana haram yang sedang berlangsung.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/besan-najib-dinamakan-suspek-kes-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Kes Rasuah Bekas Pengerusi Th Bermula 3 Saksi Dipanggil

Bicara Kes Rasuah Bekas Pengerusi Th Bermula 3 Saksi Dipanggil

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 277 hits
August 19 2020 4 20 PMAzeez Abdul Rahim tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Tiga individu dipanggil pada hari pertama perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas pengerusi Tabung Haji Azeez Abdul Rahim dan abangnya Latif...
Kes Rasuah Rosmah Pembelaan Dakwa Saksi Beri Keterangan Bercanggah Wang Rm1 5 Juta

Kes Rasuah Rosmah Pembelaan Dakwa Saksi Beri Keterangan Bercanggah Wang Rm1 5 Juta

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Perbicaraan kes rasuah Rosmah Mansor berhubung projek solar hibrid berlangsung dalam suasana agak tegang apabila pihak pembelaan menggasak saksi dengan mendakwa bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin ...
Seorang Lelaki Warga S 039 Pura Yang Pulang Dari Indonesia Antara 6 Kes Import Hari Ini

Seorang Lelaki Warga S 039 Pura Yang Pulang Dari Indonesia Antara 6 Kes Import Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 294 hits
SINGAPURA Seorang lelaki warga Singapura adalah antara enam kes import COVID 19 yang dilaporkan pada Ahad menurut kemas kini Kementerian Kesihatan pada sebelah malam MOH sebelum itu menyatakan Singapura melaporkan 86 kes baru virus k
Dua Lagi Individu Bergelar Datuk Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Projek Balak Lebih Rm27 Juta Di Pahang

Dua Lagi Individu Bergelar Datuk Di Reman Bantu Siasatan Kes Rasuah Projek Balak Lebih Rm27 Juta Di Pahang

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 615 hits
PUTRAJAYA Dua lagi individu lelaki bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah melibatkan projek pembalakan bernilai lebih RM27 juta di Pahang lima tahun lepas Seorang daripada suspek yang merupakan bekas timbalan pen...
Sprm Tahan Reman Bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Tunang Untuk Siasatan Kes Rasuah Membabitkan Nilai Rm3 7 Juta

Sprm Tahan Reman Bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Tunang Untuk Siasatan Kes Rasuah Membabitkan Nilai Rm3 7 Juta

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 721 hits
565 total views 565 views today Seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada bekas menteri dan tunangnya direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3 7 juta berkaitan perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelanco...
Indonesia Catat 2 266 Kes Positif Covid 19 Dalam Tempoh 24 Jam

Indonesia Catat 2 266 Kes Positif Covid 19 Dalam Tempoh 24 Jam

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 248 hits
JAKARTA 1 Muharram 1442H Khamis Indonesia melaporkan 2 266 kes baharu jangkitan COVID 19 dalam tempoh 24 jam di republik itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 147 211 kes dengan 79 484 pesakit masih dalam pemantauan virus itu Berdasark...
Kes Adib Cadangan Buka Semula Inkues Tuduh 12 Suspek Menteri Dalam Negeri

Kes Adib Cadangan Buka Semula Inkues Tuduh 12 Suspek Menteri Dalam Negeri

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 229 hits
Kuala Lumpur Kertas siasatan berhubung kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim telah dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara pada 23 Julai lepas disusuli dengan beberapa cadangan kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zain...
Najib Menarik Balik Permohonan Semakan Berkaitan Penangguhan Perbicaraan Kes Src

Najib Menarik Balik Permohonan Semakan Berkaitan Penangguhan Perbicaraan Kes Src

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 258 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menarik balik permohonan semakannya terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengenepikan perintah untuk menangguhkan perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd Peguam Naji...
Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Senarai Saksi Kenyataan Saksi Dalam Kes Src

Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Senarai Saksi Kenyataan Saksi Dalam Kes Src

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 249 hits
366 total views 366 views today Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya bagi dibekalkan senarai saksi yang ditemu bual Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan kenyataan ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

How To Survive Thanksgiving Travel

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Resipi Cheese Tart

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention