Level Kita Dua Pertiga Akmal Mahu Umno Jadi Parti Dominan


malaysiakini.com
Shakira Buang, Zarrah Morden & Haspaizi Zain & Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Aug 22, 2024 12:04 PM

PAU 2024 | Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh tidak mahu parti Melayu itu selesa dengan situasi semasa dengan sekadar menjadi pelengkap kepada Kerajaan Perpaduan hari ini

Sebaliknya, Akmal berkata Umno perlu kembali menjadi dominan dalam landskap politik tanah air seperti di era kegemilangan sebagai parti Melayu terbesar negara ini.

“Perasaan kita sama juga dengan perasaan akar umbi, kita tak mahu Umno ini terus selesa dengan situasi semasa dengan menjadi pelengkap kepada Kerajaan Perpaduan.

“Umno perlu menjadi parti dominan dalam negara hari ini, angka 26 kita perlu tingkatkan menjadi dua pertiga di Dewan Rakyat.

“Ini barulah level Umno,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Akmal, bagi mencapai hasrat itu, sayap yang diterajuinya memberi sepenuh kepercayaan kepada Presiden, Ahmad Zahid Hamidi untuk merangka strategi terbaik.
“Pemuda Umno komited dan yakin sepenuhnya kepada presiden untuk meningkatkan jumlah 26 kerusi kepada dua per tiga majoriti

“Umno ini bukan parti pelengkap dan kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai level Umno,untuk kembali dominan dalam politik tanah air ini. Ini janji Pemuda Umno,’ katanya.

‘Jangan sentuh 3R’

Sementara itu, Akmal juga turut mengulangi pendirian yang Pemuda Umno akan menentang sesiapa sahaja termasuk rakan dalam kerajaan perpaduan jika mereka menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja).

“Tahun lepas saya dah pesan, tahun ini saya ulang lagi, saya ulang pesanan serupa, kami Pemuda Umno boleh kawan dengan sesiapa sahaja.

“Tetapi kalau sentuh agama, bangsa dan raja, kami akan bangkit lawan tentang kamu habis-habisan,” katanya.

Turut hadir mendengar ucapan dasar itu ialah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Akmal dalam pada itu turut mengambil kesempatan menzahirkan kesediaan Pemuda Umno untuk bertanding di pilihan raya kecil (PRK) DUN Mahkota sekiranya diberi kepercayaan sekali lagi selepas Umno mendapat kemenangan di Nenggiri.

“Pemuda Umno sedia sekiranya diberi kepercayaan sekali lagi untuk DUN Mahkota.

“Nenggiri sudah berjaya. Jika diberi tanggungjawab sekali lagi Pemuda sedia galas di DUN Mahkota,” katanya.

Sabtu lalu, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang PRK Nenggiri dengan majoriti 3,372 undi sekali gus menawan semula kerusi itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/08/level-kita-dua-pertiga-akmal-mahu-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kembalikan Umno Sebagai Parti Dominan Antara Fokus Utama Pau2024

Kembalikan Umno Sebagai Parti Dominan Antara Fokus Utama Pau2024

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 314 hits
malaysiakini comANALISIS Suasana Perhimpunan Agung Umno 2024 berbeza berbanding PAU sebelum ini selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 pada tahun 2018 Aura kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri mewarnai PAU2024 dalam m...
Cita Cita Umno Era Parti Dominan Sudah Berlalu

Cita Cita Umno Era Parti Dominan Sudah Berlalu

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 150 hits
Cita cita Umno Era parti dominan sudah berlalu ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be N ii5V42qJ8 src in org https www youtube com embed N ii5V42qJ8 wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube co...
Dominan Umno Bermakna Mereka Mahu Rebut Kerusi Perdana Menteri

Dominan Umno Bermakna Mereka Mahu Rebut Kerusi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 260 hits
Hasrat dan ingin kembali dominan menjadi topik paling hangat sepanjang berlangsungnya PAU2024 yang berakhir semalam Sama ada di dalam atau di luar dewan mesyuarat dominan adalah perkataan yang hampir tidak lekang diperkatakan Kalaulah UMNO ...
Presiden Umno Ds Zahid Hamidi Sangkal Kenyataan Sombong Akmal

Presiden Umno Ds Zahid Hamidi Sangkal Kenyataan Sombong Akmal

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 108 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan parti itu tidak akan bergerak solo dalam pilihan raya umum akan datang Ahmad Zahid berkata sokongan ahli Umno semata mata tidak mampu untuk memenangkan parti itu kerana yang menjadi penentu ...
Umno Must Dominate Govt Not Just Complement Says Akmal

Umno Must Dominate Govt Not Just Complement Says Akmal

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 165 hits
At Umno Youth s general assembly Dr Akmal Saleh also issues a fiery warning to friends against touching on race religion and royalty Umno Youth has called for the party to work towards regaining its dominance in the federal government sayin...
Akmal Thank You For Being Loyal To Poorest Umno Youth In History

Akmal Thank You For Being Loyal To Poorest Umno Youth In History

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 167 hits
UMNO AGM Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh has thanked his exco members for their loyalty during what he described as the poorest period in the wing s history In his winding up speech at the Umno Youth General Assembly today Akmal ack...
Kenyataan Zahid Buktikan Umno Akan Terus Jadi Pelengkap Bukan Dominan

Kenyataan Zahid Buktikan Umno Akan Terus Jadi Pelengkap Bukan Dominan

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 223 hits
utusantv comOleh August 24 2024Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur GAMBAR Abd Razak AidKETIKA menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agun...
Umno Bn Rampas Semula Nenggiri Kelupoq Pulak Puak Khawarij Pa Dan Parti Bunga

Umno Bn Rampas Semula Nenggiri Kelupoq Pulak Puak Khawarij Pa Dan Parti Bunga

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 140 hits
JENUH meroyan menggelupoq walatok walargon walaun untit KHAWARIJ bila UMNO BN menang besar di PRK Nenggiri Sebabnya mudah selama ini puak PA Parti BUNGA PNyakau Nasional sering MENGHINA UMNO KUNUNnya org Melayu sudah tolak UMNO TAPI UMNO BN...
Umno Tak Jemput Dap Pemimpin Parti Kerajaan Untuk Sejukkan Akar Umbi Kata Penganalisis

Umno Tak Jemput Dap Pemimpin Parti Kerajaan Untuk Sejukkan Akar Umbi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 224 hits
freemalaysiatoday com 15 Aug 2024 08 00 AMUmno semalam memutuskan tidak menjemput pemimpin utama kerajaan perpaduan ke PAU 2024 minggu depan Perhimpunan Agung Umno 2024 akan berlangsung dari 21 hingga 24 Ogos dijangka dihadiri 6 433 perwaki...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Online Presence Is Critical For Business

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini

Makan Nasi Goreng Siang Malam