Letak Mca Di Kerusi Tradisi Pecah Belahkan Melayu


ismaweb.net
zuhayati

Rakyat sudah bijak memilih, NGO boleh wakil suara mereka

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 18 Jamadilawal 1443H, Khamis – Janji UMNO untuk meletakkan calon MCA di kawasan majoriti Melayu dipercayai akan menyebabkan keadaan pecah belah dalam kalangan kaum Bumiputera itu.

Oleh yang demikian, UMNO diminta untuk insaf dan belajar daripada kesilapan lalu dengan bertegas untuk tidak menyerahkan kerusi yang dianggap sebagai ‘tradisi’ kepada calon daripada parti berkenaan.

Sekiranya UMNO masih berdegil, Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Nor Izzat Mohd Johari tidak menolak kemungkinan calon dari MCA akan tersungkur kali ini.

“Kita pelik kenapa UMNO mahu bekerjasama lagi dengan MCA sedangkan semua tahu siapa MCA sebenar, adakah mereka ini mempunyai agenda tersembunyi?

“Sekiranya UMNO tetap berkeras, suara rakyat pasti muncul dan UMNO kena ingat rakyat hari ini sudah bijak menilai,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai Cikgu Izzat berpandangan, orang Melayu kini memiliki banyak pilihan dalam memilih calon yang akan membawa suara mereka ke Parlimen.

Malah, katanya lagi, tidak mustahil pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan diangkat untuk mewakili rakyat yang sudah hilang kepercayaan terhadap golongan politik.

“Orang Melayu kini mempunyai banyak pilihan untuk memilih wakil rakyat mereka tidak lagi terhad kepada MCA semata-mata.

“Dulu orang Melayu tiada pilihan, kita terpaksa pilih bukan Melayu, namun hari ini kita banyak pilihan, ada parti-parti baharu untuk digerakkan ke seluruh negara,” katanya.

Semalam, Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, jika UMNO kekal memberikan kawasan majoriti Melayu kepada MCA, parti itu tidak teragak-agak untuk meletakkan calon muslim berwibawa di semua kerusi berkenaan.

Katanya, BERJASA kini menunggu keberanian UMNO untuk mempertahankan kawasan majoriti Melayu daripada diambil oleh MCA, maka BERJASA akan mengambil peranan tersebut.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/12/letak-mca-di-kerusi-tradisi-pecah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Filem Syahadan Sasar Pengamal Persilatan Dan Pencinta Silat Melayu

Filem Syahadan Sasar Pengamal Persilatan Dan Pencinta Silat Melayu

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 621 hits
Selepas kemelut dengan Astro First beberapa bulan lalu filem aksi persilatan Malaysia Syahadan akhirnya bakal menjengah pawagam pada Januari 2022 Perkara ini sememangnya agak menggembirakan para peminat filem seni bela diri kerana berpeluan...
12 Penggunaan Ayat Bahasa Melayu Ini Menunjukkan Bm Tu Lebih Simple Daripada Bi

12 Penggunaan Ayat Bahasa Melayu Ini Menunjukkan Bm Tu Lebih Simple Daripada Bi

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 561 hits
Perkataan perkataan dalam Bahasa Inggeris memang selalunya lebih pendek daripada Bahasa Malaysia Dikatakan ayat ayat dalam english lebih catchy dan menarik Tapi tak semua ye ada sahaja perkataan BM yang memudahkan perbicaraan yang digunapak...
Mfmf Trilogi Rindu Dalam Tiga Bahasa Iaitu Bahasa Korea Mandarin Dan Bahasa Melayu

Mfmf Trilogi Rindu Dalam Tiga Bahasa Iaitu Bahasa Korea Mandarin Dan Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 386 hits
MFMF telah menghasilkan sebuag lagu yang sedang hangat bermain di hati peminat R B tanahair yang dianggotai oleh tiga orang anak muda tempatan iaitu Brendam Lim Justin Seow dan Zen dan kini tampil dengan Trilogi RINDU hasil kolaborasi penya...
Isu Chopstick Mahathir Uji Ketahanan Dan Penyatuan Melayu

Isu Chopstick Mahathir Uji Ketahanan Dan Penyatuan Melayu

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 318 hits
Apa yang Mahathir utarakan dalam buku terbaru nya tidak sedikitpun less Mahathir Dari segi ekonomi satu strategi marketing yang berjaya Dari segi politik DAP dan MCA masih tidak berubah dengan ideologi racist mereka Tidak akan ada lagi pemi...
Caitok Dan Kebodohan Melayu

Caitok Dan Kebodohan Melayu

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 234 hits
Ada yang komen tak habis serang orang tua tu Tentulah Aku dah umum Mahathir tu musuh aku Tentulah aku serang Sebab aku bukan macam Mahathir Kata Najib musuh Tapi yang diserangnya DS Anwar Kan boleh nampak busuk hatinya di situ Yang sailang ...
Melayu Tak Kisah Tanah Tergadai Aiman Pun Tak Kisah Melayu Oh Melayu Asal Bukan Dap Hapa Pun Tak Tau

Melayu Tak Kisah Tanah Tergadai Aiman Pun Tak Kisah Melayu Oh Melayu Asal Bukan Dap Hapa Pun Tak Tau

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 196 hits
Melayu tidak peduli tanah tergadai kepada kapitalis asingOleh ARIF ATAN December 18 2021Presiden AMANAH Mohamad Sabu berpendapat masyarakat Melayu majoritinya bersikap tidak peduli apabila sejumlah besar tanah tergadai kepada golongan pemod...
Panduan Lengkap Guna Aplikasi Moomoo Untuk Beginner

Azam Tahun Baru 2026 Arah Hidup Amanah Amalan Sebagai Seorang Muslim

Liga Wanita Nasional 2025 Pertarungan Hebat Antara Selangor Fc Dan Sabah Fa

Takbir Untuk Mas Ermieyati

Nasi Lemak Malam

Top Komen December

Kepentingan Buku Program Dalam Majlis Pelancaran Seminar

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi

14 Deviant Teachings Still Active In Malaysia Says Deputy Igp

Catatan Pertama Di Tahun 2026